I prefer a phone call rather than texting. Bergantung kepada situasi-lah. Jika ianya hal-hal yang tak begitu penting atau sekadar untuk bertanya khabar, aku lebih selesa menghantar teks. Bukan apa, jika ianya hal yang penting, aku fikir phone call lebih praktikal di samping more straight forward. I mean, kamu pernah lihat orang menulis karangan panjang ketika menghantar teks? Ya, akulah orangnya. Ini kerana aku punyai terlalu banyak perkara yang berlegar di dalam kepala.
"Kamu bosan?" aku kerap bertanyakan soalan yang sama ini kepada manusia lain. Aku tak tahu kenapa. Mungkin aku terlalu paranoid dengan beranggapan aku adalah manusia paling membosankan di atas muka bumi. Aku sentiasa mempunyai anggapan, jika kamu bosan, there's no fucking point of having conversation or wasting your time (and money) to send me a text. Bagi aku, ianya tak ubah seperti perbuatan retorik, tiada makna.
Jika kamu rasa aku menjengkelkan (annoying), you better tell me. Jika kamu rasa aku membosankan, you better tell me. Sejujurnya, aku tak ambil hati. Aku lebih rela kamu berlaku jujur dan beritahu perkara sebenar instead of leaving me hanging without any replies. Just in case you don't know, menunggu adalah perkara paling membosankan di dalam dunia.
Tak, tak. Aku tak marah, jangan ambil hati. I'm telling you the truth. That's all.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan