Rabu, 30 September 2015

Of dinner and everything in between (3)

It was 10PM by the time we finished our dinner. Aku pun tak boleh nak berlama-lama di meja makan, because I got a long drive home. Dua jam berjumpa Miss F sudah cukup bagi aku. Dua jam yang lebih bermakna daripada seluruh hari aku.

Lebuhraya Ipoh-Lumut selalunya lengang pada waktu malam. Kalaupun tidak lengang, aliran trafiknya masih lagi masuk akal, dan tidak melelahkan. 

Tambahan aku jenis tak pandu kereta dengan laju. Aku boleh patuh kepada kelajuan 110km/j atas lebuhraya tanpa ada keperluan untuk memecut walaupun tiada kamera perangkap laju bersembunyi di bahu jalan.

Sepul telefon sebaik sahaja aku hidupkan enjin kereta. Ajak lepak sekali. Aku cakap aku sedang dalam perjalanan pulang. "Kome relaks jap. Pukul 11 lebih aku sampai."

I'm a man of my word. Yeah right...

Kita sedang bercakap tentang jalanraya dua lorong (satu di setiap arah), dan tiga puluh batang lampu isyarat sepanjang perjalanan sebelum dapat sampai ke rumah. Kalau bernasib baik, tiga puluh batang lampu isyarat ini akan sentiasa bertukar hijau dengan segera. But how often can one get so lucky?

As one of my friends put it eloquently, "Kelajuan tak penting. Sebab thrill tak sama. Atas highway bawak laju memang la tak rasa apa. Sebab jalan lurus. Ingat tak masa kita pergi Perhentian lalu jalan Gua Musang waktu tengah malam? Kabus tebal, jalan teruk, bawak 120-140km/j pun dah rasa cukup bahaya. Siap nyaris bertembung dengan lori terbalik tengah jalan lagi. Nasib baik kita tak mati."

Anecdotes (11)

1. "Dia cantik, Miss."

2. Hilang selera makan sudah hampir seminggu. Makan roti canai sekeping pun jenuh nak habis. Ini sesuatu yang merisaukan.

3. Of dinner and everything in between (3).

4. Bila kawan hantar apa-apa video berdurasi bawah sepuluh saat dalam WhatsApp, sentiasa tonton dengan audio di-mute.

5. Fedde Le Grand feat. Mr. V - Back & Forth (Fedde's Future Funk Remix)

6. Komputer di rumah dah hampir dua bulan tak shut down.

7. David Beckham.

Nota mabok tak cukup tidur petang

Bayangkan media sosial ini sebagai sebuah arkib, or if you will, Lauh Mahfuz dalam skala mini. By just using the right tools, and perhaps using the right keywords, everything is just one click away. You see, that is exactly why I rarely left any trace of my social life on the internet. Kalau adapun, ia (gambar, teks, interaksi dsbnya) tak kekal lama. I'll get rid of them as soon as I can.

Meminjam kata-kata seorang penulis terkenal, "I believe in the power of now." Live in the moment. Seize the day. Carpe fucking diem.

Because some things you can just infer right away. Tak payah nak tanya depan-depan. Tak perlu selidik dalam-dalam. Tak perlu bukti empirikal. Yang penting cuma pemerhatian jitu dan deria fikir analitikal untuk mencantumkan segala-galanya dalam susunan yang betul.

Semua yang kenal rapat dengan aku tahu ini: I'm a manipulative being. And I'll always get what I want. Aku kira, tak susah untuk tanamkan elemen keyakinan (terhadap aku) dalam diri manusia lain.

The easiest way is to tell people things they want to hear. Kerana manusia, secara alaminya, perlukan messiah. Mereka dahagakan dorongan. Mereka perlukan suara kedua (how unnecessary) untuk validate pendapat sendiri.

3:42PM Wednesday 30 September 2015

Selasa, 29 September 2015

Of dinner and everything in between (2)

"How long have you known her?" Miss F terus tanya sebaik sahaja aku habis pesan menu makan malam. Dia pun tahu aku datang bukan untuk makan sebenarnya. Sebab aku datang untuk mengadu dan bercerita. Tentang harapan. Tentang masa depan. Tentang impian.

Segelas white coffee dan iced lemon tea tiba tak lama kemudian. Selang lima minit, makanan pula sampai. Fish and chips untuk Miss F dan sepinggan spaghetti untuk aku, yang sayangnya tak mampu dihabiskan sebab tak sedap.

"If I recall correctly, three. Or four months. Lebih kurang."

Miss F pandang aku macam tak percaya. Aku, yang dapat mengagak apa yang sedang bermain dalam kepalanya, terus ketawa. Untuk orang lain, tempoh ini mungkin singkat. Dan mungkin tak beri apa-apa makna. Tetapi berlainan pula bagi aku.

"You really are serious this time around. Knowing you, that period of time bukannya sekejap. Selalunya you cepat sangat bosan. Belum apa-apa dah malas."

Miss F tahu banyak tentang aku. She's like the older sister I never had. Dia tahu apa yang aku cari dalam hidup. Yang setiap kali aku beritahu dia tentang perkara yang aku ingin lakukan, sering pesan kepada aku, "Go for it Alep, never hesitate."

"Get to know her first. Then see how it goes. And don't worry too much. Tak elok untuk you. You should be happy."

9:59PM Tuesday 29 September 2015

Of dinner and everything in between

Setiap kali keluar makan di Ipoh, ia selalu mendatangkan runsing kepada aku. Tak tahu nak makan apa walaupun secara harfiahnya kafe/resto hipster terlalu banyak dan boleh didapati dalam radius kurang satu kilometer antara satu sama lain.

Kerana yang selalu aku tuju untuk makan malam adalah mee kari Jalan Labrooy. Gerai tepi jalan. Tak fancy. Tak serabut. Tak mengada-ngada. Tetapi yang penting bagi aku, ia tempat makan mee kari paling sedap dalam dunia.

Tetapi apa boleh buat. Miss F tak makan mee kari. Maka terpaksa cari tempat makan malam lain untuk kami berdua.

So we went back to the same place when we last met forty weeks ago. Cuma kali ini, tak ada F. Dan tak ada N untuk menemani aku.

"Still dengan company lama?" Miss F tanya tentang hal kerja. Right now I think there are less than twenty people who really know what I do for a living.

I haven't told Miss F yet. Maybe I'm a bit afraid she won't approve of my life decision. Well... a part of me to say the least. Sisi lain diri ini yang nampak gayanya masih peduli tentang penerimaan manusia-manusia penting di sekeliling aku.

"Cutenya!" was her initial reaction when I told her. And she kept on giggling. Walaupun aku sendiri tak faham apa benda entah yang cute. But she took it pretty well. "As long as you're happy, baguslah dapat selalu dekat dengan family."

Indeed. Aku selalu nak bagitahu yang aku rasa semacam lega dapat bantu ringankan beban keluarga. Sekalipun terpaksa korbankan sebahagian besar masa, tenaga dan hidup aku untuk mereka.

But you know what, it don't matter. Because God as my witness, I'll do anything for them.

Isnin, 28 September 2015

Above anything else, a decent dinner conversation.

I was having my dinner alone last night. Nak ajak kawan-kawan teman makan sekali, terasa malas. Sebab demam aku belum sembuh sepenuhnya. Takut aku tak larat nak melayan borak-borak panjang di meja makan. Jadi aku pasang niat untuk makan secepat mungkin, hisap rokok sebatang dua, dan balik rumah tidur dengan lena.

Kemudian datang juga dua orang kawan setelah mereka bertanyakan di mana lokasi aku. Terpaksa pesan segelas lagi air untuk meneruskan sesi berbual.

Dua orang kawan ini secara rasminya penganggur sepenuh masa. Seorang baru habis belajar, dan majlis konvokesyen-nya bakal berlangsung pada minggu hadapan. Baru semalam dia datang ke rumah aku untuk cetak keluar resumé untuk ditebarkan kepada sebuah syarikat demi menjala nasib mencari kerja.

Seorang lagi pula masih berbaki dua tahun untuk tamatkan pengajian ijazah. Terkandas pengajian ijazah di Jerman, he came back to Malaysia for good, kemudian sambung semula pengajian di sebuah universiti swasta di pinggir Kuala Lumpur.

"Kau datang KL, jangan risau, kau tidur je rumah aku."

Pelawaan ini bukan pelawaan kosong. Ini pelawaan untuk berseronok. Yang seringkali aku tolak dengan alasan tak ada masa dan ada hal kerja. Because I've made that mistake once during Ramadhan 2014. No, it's not going to happen again.

Tak semena-mena kami tiba pada topik tentang hal-hal bercuti. Aku dah beritahu mereka awal-awal, aku ada sedikit jeda waktu rehat untuk diri sendiri pada awal atau pertengahan bulan November. Selain daripada itu, I'll be busy as hell. Mereka petik beberapa nama tempat percutian sebagai cadangan. Aku cakap, aku tak kisah. Semua orang okay, aku pun okay.

Kali terakhir kami bercuti beramai-ramai adalah pada awal bulan Jun 2014 di Pulau Perhentian. Road trip dengan bajet sederhana namun penuh adventure. Tak banyak yang aku tulis mengenai perjalanan kami (tak pasti kenapa), melainkan sebuah anekdot ringkas dan sebuah nota permenungan pasca-bercuti.

Nevertheless, it was fun.

But I'm glad they came last night. Dua orang kawan ini adalah antara yang dominan dalam sesi perbualan antara kami. Sentiasa ada sesuatu untuk dikatakan. Sentiasa ada topik untuk diulas. Naik kereta dengan mereka, riuh rendah sepanjang perjalanan. Dan kalau duduk di meja makan, tak akan ada yang tak ketawa.

Waktu di kaunter pembayaran, aku suruh pelayan kira semua sekali makan malam kami. Ini salah satu ritual yang aku anuti. Bila aku kurang sihat, atau jiwa aku sedih, atau perasaan aku tak tenteram, aku akan belanja orang makan. Sekurang-kurangnya, melihat orang lain berasa gembira juga membuatkan aku turut sama dapat menumpang gembira.

Tetapi itu sebelum kawan aku ucap terima kasih kemudian menyambung, "Kau kena nombor ekor ke apa belanja kami ni?"

Down low, too slow (2)

To be honest, I wasn't good at keeping my thoughts together. Seringkali ia datang berulang-ulang, dalam kadar tidak masuk akal. Ia punyai isi yang sama tetapi hadir dalam konteks (atau sub-konteks) yang berbeza. Potato, potahto. Tomato, tomahto.

I think that's what prompted me to write a lot lately. Buah fikir sesetengah orang pula lebih teratur, not too cluttered, and perhaps more concise. Jadi mereka tahu apa yang mahu disampaikan dengan lebih telus, tanpa perlu berselindung dan berkias dan berlapik.

I remember writing back in 2013.  I thought to myself, "I was calm. Too calm actually. Have I lost the urge to react accordingly?"

I guess I saw this one coming already. Ergo, nothing could ever surprises me anymore.

And I certainly don't have time to prove anyone's wrong. No. Not anymore. Memetik rujukan pop Sweet Brown, "Ain't nobody got time for that."

Aku selalu pesan pada diri untuk selalu tinggalkan kesan dalam hidup seseorang. Biarpun sekadar hal-hal kecil. Biarpun untuk seketika cuma. Kerana bila kau lihat tingkah kata, gerak badan, alunan suara, gaya tulis, lenggok bahasa seseorang, hey, apparently there's a bit of you in everything they do.

Most of the time, I've succeeded. Because, get this, people tend to imitate things, once they feel comfortable.

Down low, too slow

Terjaga pukul empat setengah pagi, tatkala keluarga baru pulang dari Bangi. Bukakan pintu rumah, kemudian aku cuba sambung semula tidur tetapi gagal.

It's raining outside. Tambahan pula pagi ini pagi Isnin. Dan sewaktu menaip ini, aku ada lebih kurang lima belas minit sebelum memulakan rutin harian. I don't know why, but once in a while, it feels good to be ahead of my own schedule.

Ahad, 27 September 2015

A clumsy metaphor

I guess it's true, in some sense, first-hand experience teaches us a lot. Macam orang selalu cakap, pengalaman mendewasakan kita. Mungkin tidak secara fizikal, tetapi lebih kepada cara bagaimana menghadapi situasi-situasi canggung dalam hidup di masa akan datang.

Supaya aku tak lagi tenggelam punca. Supaya aku boleh berlagak apa yang sedang berlaku sekarang tak lebih daripada sekadar sebuah episod déjà vu dalam hidup.

I'm struggling right now. Dan masih lagi dalam cubaan mencari restore point yang ideal untuk aku berpatah balik dan mulakan segala-galanya dalam keadaan lebih tenang.

Aku ingatkan ada tangan-tangan ghaib yang menjerut leher aku. Yang cuba melemaskan aku. Yang cuba melemahkan semangat aku. Rupa-rupanya, bila aku lihat betul-betul, yang menjerut leher aku selama ini adalah tangan sendiri.

5:21PM Sunday 27 September 2015

Sabtu, 26 September 2015

Live long and prosper you two love birds!


Selalunya upacara majlis tunang, melibatkan hanya ahli keluarga terdekat. Jarang orang luar turut serta. Tetapi memandangkan manusia-manusia di dalam gambar ini sudah kenal antara satu sama lain lebih daripada sepuluh tahun, dan muka-muka ini yang melepak bersama hampir setiap malam, dan mereka yang sentiasa ada sewaktu susah dan senang, maka kami dijemput hadir meraikan.

Kalau nak diikutkan, aku dan Amir (I still can't believe he's engaged now) seakan-akan sepanjang masa berebut tempat pertama untuk menjadi syaitan di kalangan kami. Tetapi selepas trip ke Thailand empat bulan lepas, masing-masing tinggalkan segala hal sia-sia tanpa peduli untuk menoleh semula ke belakang. We decided  it's in everyone's best interest to move the fuck on.

Di meja makan, Sepul buka bicara, "Kawan yang kita selalu ingat kahwin lambat, mesti kahwin dulu daripada semua orang."

"Lepas ni mesti Alep. Senyap-senyap je dia ni," Sepul tambah lagi.

Aku hanya mampu geleng kepala. Dan ketawa.

Jumaat, 25 September 2015

Long way to go, and not even halfway there.

As I never tire of pointing out, in any kind of situation, it's always good to retain the upper hand. Kerana ia lebih mudah begitu, pada perkiraan aku.

Kadang-kadang, dalam sedar tak sedar, I found myself doing the same thing over and over again. Tiba-tiba wujud keperluan dalam diri untuk buktikan sesuatu kepada manusia lain. Atas tujuan apa, entahlah, aku sendiri tak pasti.

Don't you learn anything from past mistakes, dear Self?

Anecdotes (10)

1. Paracetamol dan tegukan air kosong yang tak sedap.

2. Tak sentuh langsung apa-apa rendang untuk AidilAdha kali ini.

3. "Ni gatal sangat mintak gambar anak dara orang nape ni." It pierced right through my heart.

4. Dah nama pun inside jokes. Jadi bila ia dibawa keluar dari konteks asal, harus ada sedikit pengubahsuaian untuk ia berfungsi dengan sempurna.

5. Semalam aku pesan sotong goreng tepung untuk makan malam. Aku makan sotong, kawan-kawan pula tolong habiskan tepung yang maha tebal.

6. Satu meja kecil kongsi lapan orang. #borakian

7.     Stay
       I whispered
       as you
       shut the door behind you. - Rupi Kaur

8. Calming effect: ucapan-ucapan laconic yang mendoakan kesihatan diri ini.

9. Dua malam berturut-turut tidur pukul lima pagi, and now I can see sounds.

10. Playlist watch later akaun YouTube aku penuh dengan siri tivi Oggy and the Cockroaches. Aku syak ini kerja Haikal.

Khamis, 24 September 2015

Late night conversation

S tanya, "Do you value your writing more than your actual life?"

No, not really. But it manifested a part of my life, I said. I told her that I don't write well when I'm happy, but that doesn't mean I don't embrace Happiness in my life.

Mujur S faham bahawa ada sisi hidup yang aku simpan hanya untuk diri sendiri. Ujarnya lagi, "Do whatever that makes you feel alive. Don't focus on being happy, focus on being alive."

Tulisan-tulisan aku sekadar mencerminkan fragmen-fragmen kecil yang berterabur dalam hidup. And yes, it takes a lot of time if you try to put the pieces back together. See that's why sometimes I think the presence of social media(s) is highly overrated. I don't get the hype to showcase every single thing I've done, or every places I've been, or every people I've met and all.

Matematiknya mudah pada pandangan orang kebanyakan: tak muatnaik apa-apa tentang hidup kamu di laman-laman sosial, maka kamu tak wujud. Logiknya seakan-akan begitu. How preposterous, I tell you.

Sudah tentu, ada sedikit gambar-gambar peribadi yang aku lepaskan untuk umum, ada sedikit kisah-kisah yang aku rasa berbaloi untuk dikongsi, ada sedikit masalah tentang hidup yang aku fikir tidak membebankan telinga yang sudi mendengar. Nak kata diri ini perahsia, tak sangat. Orang tanya, aku jawab. Kadang orang tak tanya pun, aku beritahu. Dan kalaupun tak jawab dengan segera, lambat-laun aku akan jawab juga.

How people perceive my personalities, or how people analyze my character, is none of my business. For all I care, judge me all you want. Like I give a flying fuck.

4:01PM Thursday 24 September 2015

Past midnight

Seorang penulis kata, penting untuk tahu bagaimana untuk tamatkan sesebuah cerita. Dan bagaimana untuk tamatkan ia pada masa yang tepat.

I guess it takes wisdom to do such thing. And courage as well.

Sometimes I wonder how I got this far. As for now, I have a decent life script. Segala-galanya sedang berlaku dalam konteks yang aku mahu. Mungkin ada sedikit kebetulan, dan sedikit nasib datang menyebelahi, but it all worked out for the best.

Seorang lagi penulis kata, bila kau rasa kau berada dalam sebuah cerita yang kurang bagus, angkat kaki dan berambus.

I've been writing a lot lately. Mengenangkan kali terakhir aku menulis sebegini banyak adalah pada Oktober 2012, maka harus ada terdetik rasa gusar dalam diri. Am I doing the right thing?

Macam seorang penyajak ini kata, aku tidak pernah takut untuk jatuh daripada tempat tinggi tetapi aku lebih takut apa yang akan terjadi sewaktu badan aku terhempas ke atas permukaan bumi.

I gotta ask you a question, dear Self. Is this what you really want all along?

Rabu, 23 September 2015

Two different worlds that won't coalesce

"Even if we were to be in a serious relationship, I still don't own you. As a matter of fact, I can't never ever own your soul. I won't let myself do such thing to you. Who the fuck am I to control your Life. You, as far as I'm concern, are free as a bird. But I'm always here. Will always be happy for you. Because after all that's what being for each other (or so I thought) really means."

Be careful what you wish for

Teringat berkata kepada diri sendiri minggu lepas yang aku ingin habiskan cuti sehari AidilAdha dengan buat hal sendiri, dan dengan tiada siapa dapat paksa aku untuk keluar beraya.

God is great. Dia beri apa yang aku minta tanpa bertangguh. Tetapi Dia juga beri aku sakit kepala, hidung berair, dan sakit sendi. Now I got to stay at home, tanpa siapa peduli untuk ganggu hari raya aku.

Yes my friends, God is great.

9:04PM Wednesday 23 September 2015

Anecdotes (9)

1. New pair of running shoes. And new haircut. Okay, now my AidilAdha is sorted.

2. Flu, please go away.

3. "Now you're an admin." You fuckers just wait. Just wait for total chaos.

4. "Tak kaya satu hal. Hidup penuh dengan komitmen pula satu hal."

5. Flu, please go away (2).

6. Do you ever feel like you don't belong anywhere?

7. "Apa boleh buat, bukan semua manusia memahami." - diri sendiri kepada diri sendiri.

8. Minum laici suam dan makan nasi kosong.

9. Jangan gusar. Jangan bimbang. Dalam jarak 300 meter anda akan dapat lihat garisan penamat.

10. Ke garisan. Sedia. Mula!

Selasa, 22 September 2015

Anomaly, anomaly.

Aku tidur daripada lepas waktu Maghrib sehinggalah dua orang kawan tiba-tiba datang ke rumah aku pada pukul sebelas malam. Terlena, sebenarnya. Letih semacam, tak tahu apa punca. Sebab apa mereka berdua datang, aku sendiri tak pasti. Sedar-sedar dah terpacak di depan rumah, sambil menunggu aku keluar.

"Jomlah lepak," pelawa H. Aku yang muka penuh mamai dan rambut macam hobo terus balas, "Ahh malas."

Kami habiskan sisa malam dengan berbual panjang sampai pukul dua pagi. Elok juga mereka datang. Aku pun sedari petang tadi bosan terperap dalam rumah. Nak keluar makan malas. Nak bersiap pun malas.

Bila aku cakap aku tak ramai kawan, I really mean business. Apatah lagi di usia begini. I just don't make friends anymore. Kalau ada pun kenalan baru, kenal sekadar untuk hal-hal tertentu. Setiap malam (this is no fucking joke), aku keluar dengan muka yang sama. Tak ada mereka, maka aku buat hal sendiri. Kerana aku lebih rela kesunyian daripada membuang masa aku bergelumang dengan manusia-manusia yang tidak clique dengan diri ini.

I have known him since day one of high school. I went to an all-boys primary school. Bila masuk sekolah menengah, aku jadi sedikit canggung untuk bergaul dengan perempuan. Mujur ada H. Kawan paling rapat dengan aku sehingga hari ini. Apa-apa benda, semua kami buat bersama.

Aku masih ingat sewaktu kami terlibat dalam kemalangan. Dilanggar oleh sebuah kereta sehingga tercampak ke tengah jalan. Nasib baik tak mati. Aidilfitri lepas, H ikut aku sekali balik kampung. Dia manusia sama yang selalu tanya aku bila nak kahwin. Walhal dia pun dua kali lima sama macam aku, tak ada calon. Dia juga manusia sama yang selalu pesan kalau nampak perempuan cantik, jangan tenung seorang diri, panggil dia untuk tenung sama.

Maybe this is my weakness. I'll stick with my loved ones until the very end. Nak mengaku diri ini setia, macam sedikit keterlaluan. But once you enter my life, you just got yourself a lifetime companionship.

Pukul satu pagi, aku mula menguap tanpa henti. Aku halau mereka berdua balik. Namun mereka buat-buat tak tahu aku kena bangun seawal jam enam pagi dengan berkata, "Relaks dulu. Awal lagi."

Mereka tahu, setiap hari aku cuma sibuk sampai pukul dua petang. Dan waktu petang dan malam aku selalunya lapang tanpa komitmen kerja. "Tak payah buat teruk. Kau ubah je waktu tidur kau. Petang tidur, malam berjaga sampai Subuh, lepas tu terus pergi kerja."

Cadangan mereka, sekali dengar macam satu gurauan. Tetapi cadangan ini datang dari dua ekor syaitan yang aku dah lama kenal, believe you me, ia bukanlah satu gurauan.

9:49PM Tuesday 22 September 2015

Anecdotes (8)

1. I feel completely drained of energy. Badan aku terlalu letih, sampaikan bila sampai ke rumah lepas balik kerja, aku habiskan sepuluh minit dengan termenung di kerusi pemandu.

2. Nak mengadu tentang hidup tapi tak berapa pandai nak mengadu.

3. Dalam rumah ini, semua orang panggil Aisyah dengan panggilan Kakak. Cuma Haikal seorang panggil Aisyah dengan panggilan Akak.

4. Beli penyegar udara Ambi Pur. Sekarang atmosfera kereta aku berbau teh hijau.

5. Ada pageviews dari Macedonia. Hello, S!

Isnin, 21 September 2015

Forbidden voices

I've made a mistake once. Bila aku minta F tulis sesuatu tentang aku. I told her, "Write something about me. Teringin nak baca."

Entah dirasuk apa, aku tiba-tiba mahu diri ini diabadikan dalam sebuah tulisan dari sudut perspektif manusia lain. Menulis kadang-kadang boleh jadi pekerjaan yang sunyi. Sama nasib macam tukang tangkap gambar, orang sentiasa lupa di belakang sekeping gambar, ada seseorang yang bertanggungjawab merakam segala-galanya dengan indah ke dalam sebuah kerangka memori.

Sudah tentu, gambar dan tukang tangkap gambar yang bagus akan diingati sebelah-menyebelah. Sama juga halnya dengan menulis. Penulis dan tulisan yang bagus tidak akan mendepani antara satu sama lain. Kerana tak kira apa atau siapa subjek kamu, jika kamu bagus, ada manusia yang akan setia mengingati. 

Ia bukan kerja mudah. Menulis, maksud aku. Aku bukan bercakap soal cerpen atau novel atau sajak atau apa. Ia tentang hidup aku. Dokumentasi diri. Autopsi diri. Dua puluh empat jam sehari berlalu terlalu pantas, bagi aku. Dan bukan semua perkara kepala aku dapat tangkap dan ingat selama-lamanya. Jadi aku temui jalan alternatif kepada masalah ini. Dengan menulis.

Bila aku baca semula tulisan-tulisan lama. Aku bertembung dengan memori-memori lampau. Memori ini melingkari; pahit dan manis; ia wujud dan benar, tetapi dalam kebanyakan waktu, manusia yang bersama-sama mencipta memori-memori ini dengan aku, telah tiada lagi dalam hidup aku. Tiada dalam bentuk yang bagaimana (mati atau perpisahan dsbnya), tidaklah begitu penting untuk ditanggapi.

Namun seperkara yang pasti, aku tidak pernah menyesal apabila bertindak menyandarkan punca Kegembiraan aku kepada manusia lain. Takut, ya. Ragu-ragu, ya. Menyesal, tidak sama sekali. Malah satu hari nanti, jika ditakdirkan Tuhan semua orang pergi tinggalkan aku seorang diri dalam hidup, dan apa yang aku ada ketika itu cumalah cebis-cebis memori tentang kamu, itu sudah lebih daripada mencukupi.

Berbalik kepada F. Yes, she did write something about me. Siri tulisan yang, rupa-rupanya, telah lama wujud tanpa aku sendiri ketahui, atau sedari. Aku baca satu demi satu tulisan-tulisan yang F beri kepada aku. Dan demi Tuhan, aku sentiasa berharap aku dapat lupakan segala-galanya yang pernah F tulis tentang aku.

Tulisan F ada sesuatu untuk diceritakan tetapi ia tidak begitu teratur. Ia bernada peribadi. Ia bersifat anti-audiens. Ia tidak mahu menemui mana-mana pembaca. Apatah lagi menemui aku. Sampai satu tahap, aku sendiri jadi kurang selesa untuk teruskan bacaan. Seolah-olah seperti sedang menyelak halaman diari seseorang secara curi-curi.

Kerana sejujurnya, tulisan F bukan untuk aku, walaupun ia becerita tentang aku.

9:29PM Monday 21 September 2015

Unrelated; and disjointed.

Aku keluar menonton filem Polis Evo dengan dua orang kawan. Entah kenapa aku setuju untuk turut serta, aku sendiri kurang pasti. Mungkin kerana terdesak untuk penuhkan petang Sabtu aku dengan sesuatu selain daripada tidur petang semata-mata.

Semua orang yang kenal rapat dengan aku tahu bahawa aku tak pernah minat tonton filem Melayu. Bukan koya elitis atau selektif, tetapi kebanyakan filem-filem Melayu terkesan repulsif. Sekurang-kurangnya-lah, bagi aku.

Kali terakhir adalah filem Khurafat pada tahun 2011. Dan kemudian tontonan intensif filem KL Gangster di skrin komputer di rumah sewa Seri Iskandar dengan housemates. Sebelum pergi kelas waktu pagi, tonton KL Gangster. Rehat makan tengah hari, KL Gangster. Balik dari kelas waktu petang, KL Gangster. Sebelum keluar makan malam, KL Gangster. Sebelum masuk tidur, KL Gangster.

KL Gangster bukanlah filem yang bagus. Tetapi ia punyai dialog-dialog superficial maha kelakar yang seronok bila dibikin mimicry sesama kami. Sampai satu tahap, kami bertindak meredamkan bunyi audio; tak ada langsung suara. Cukup sekadar gerak bibir untuk tahu apa yang disebut oleh semua pelakon kerana dialog-dialog ini telah melekat dalam kepala sehingga menjadi hafalan dari awal sehingga penghujung cerita.

9:54PM Saturday 19 September 2015

Ahad, 20 September 2015

Anecdotes (7)

1. Dua hari berturut-turut tonton wayang. Sabtu Ahad yang langsung tak masuk akal.

2. ♪ How deep is your love? 

3. Kau tahu kenapa Sitiawan hujan lebat? Sebab aku baru lepas cuci kereta.

4. Macam Enrique Iglesias cakap, "Una noche loca."

5. Masih tak ada idea macam mana nak tempuh hari Isnin esok.

6. Laburkan sedikit duit untuk sistem audio kereta yang bagus, ia sesuatu yang tidak merugikan.

7. Makan dua ketul ayam dan sebiji burger sebagai lunch dan dinner sekaligus.

8. You and your one-liners can go choke on a dick.

9. N/A

10. "Pity u, genius, tapi kena delete semua komen buku kat goodreads lepas kena komen pukimak kat arsonist jalan labrooy. are u scared? berani macam babi tapi penakut pun macam babi ke?" - Rashomon on Laughing from the sidelines 10 Mac 2013 9:26 PG

Tulisan lewat pagi

To be honest, aku sentiasa ragu dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup. I had my doubt from the very beginning. I've lost count how many times I told myself to give everything up. To not let myself become vulnerable. To not let myself indulge in uncertainties. Dan untuk selalu kembali berpatah balik kepada petak pertama. Apatah lagi selaku seorang pesimis yang terpaksa pujuk diri hampir setiap hari dengan bermacam-macam harapan. Aku selalu berharap Tuhan buang sangsi yang bersarang dalam hati aku. Untuk lebih percaya dan lebih banyak menghargai. Tak semua orang faham aku bergelut dengan Kehidupan sepanjang masa. Bottling up emotions inside me. Kerana aku tak pandai bercerita masalah aku kepada sesiapa. Depan orang, tak terzahir langsung beban aku. But I'm trying my best here, to not lose what I have now. Bukan senang nak dapat apa yang aku dapat sekarang. Bukan senang untuk kekalkan acuan hidup seperti sedia ada. Bukan senang untuk ada orang sanggup terima aku dalam hidup mereka, walau sekecil mana signifikan kehadiran aku. I just want to be happy, is all I'm asking for if it's not too much. But still, I'm thankful each and every day, kerana Tuhan tetap beri kegembiraan kepada aku. Walaupun ia selalu datang sekejap-sekejap dan tidak tentu. Tak apalah, aku bisik pada diri, mungkin ia rezeki aku setakat untuk hari ini. Esok lusa dan masa akan datang tak ada siapa tahu.

3:13AM Sunday 20 September 2015

Jumaat, 18 September 2015

Anecdotes (6)

1. Saya susah nak percaya dengan citarasa manusia yang makan apa benda pun semua dia cakap sedap.

2. Pukul empat petang, perut lapar, dan saya pergi ke dapur. Jumpa udang masak lemak dalam periuk. Atas meja makan ada lebihan nasi goreng pagi tadi. Dan saya lebih rela makan nasi goreng itu berbanding udang masak lemak.

3. Tak pernah faham dengan manusia yang berani mengaku diri seorang foodie tapi sebenarnya tak tahu apa-apa tentang makanan yang dimakan. Please have a little respect for yourself.

4. I'm a picky eater. Ada banyak makanan yang tak pernah dan tak akan saya makan. Pernah protes makan nasi dengan kicap semata-mata sebab tak berkenan dengan menu lauk atas meja makan. But get this, kalau makanan kegemaran saya dimasak tak berapa sedap sekalipun, saya tetap mampu habiskan. 

5. Ayam over ikan anytime anywhere.

6. Yes yes yes, nasi lemak is pure love.

7. Saya ada banyak memori manis, dan kenangan pahit, dan tragedi di dapur sewaktu memasak. Pernah sekali, hampir buat dapur terbakar dalam satu cubaan menggoreng nugget ayam.

8. Kalau ada sesiapa tanya saya apa yang berbaloi dimakan di Ipoh, saya selalu pesan supaya mereka cuba mee kari di Jalan Labrooy. Saya suka ke sini. Dan saya ada seribu satu kenangan indah di sini. Sanggup memandu selama sejam lebih, makan, kenyang, kemudian balik rumah, dan tidur dengan hati yang puas.

9. Saya tak berapa gemar dengan kafe-kafe hipster.

10. Lima gelas air for the win!

Khamis, 17 September 2015

Keeping my sanity in check

Two hours to kill before badminton session with friends tonight. Petang tadi dihabiskan dengan minum di sebuah kopitiam. Lepak tak sampai sejam, kemudian aku minta diri untuk pulang. Sebab aku mengantuk. Badan aku letih. Mata aku berat. Sebab tak cukup tidur.

Tak susah untuk tahu aku berada keadaan mengantuk. Aku yang selalunya riuh dengan perbualan dan gelak ketawa, akan jadi pasif dan tak selesa. R faham benar perangai aku. Kalau aku senyap di dalam kereta, atau meja makan, atau di mana-mana, he'll leave me alone. Biarkan aku larut dalam mimpi-mimpi separa sedar.

I don't always get cranky, but when I do, it's usually in the morning. Tak faham bila ada manusia cuba-cuba nak berbual dengan aku pada waktu pagi, like what the fuck is wrong with you people?

Rabu, 16 September 2015

Clos--

Why do I feel the need to have closure to every single thing. I'll always be the last one to leave a conversation. Always the last one to leave a dining table. Always the last one to clean up other people's messes. Always the last one to say goodnight. Always the last one until the very end. Always the last one to move on in Life.

11:52AM Wednesday 16 September 2015

Selasa, 15 September 2015

Parenthood, my ass.

Hujung minggu, selesai makan malam bersama, kenyang dan kami tak tahu bagaimana untuk habiskan malam yang masih bersisa. Seorang kawan cadangkan sesi karaoke. Jawapan balas yang dia terima, "Butohlah karaoke. Esok Isnin, nak kena bangun awal."

Entah macam mana, kami tercampak ke sebuah pasar raya milik konglomerat British. Aku tengok jam tangan, sudah pukul dua belas tengah malam. Ada lagi jeda dua jam sebelum sampai waktu aku masuk tidur. Yes my friends, because nothing good happens after two AM.

Dalam dompet aku ada lebihan tujuh belas ringgit pasca isi minyak kereta dan makan malam. Dalam poket aku ada lebihan duit syiling. Dan aku masih tidak tahu untuk cari apa di sini sebenarnya. Kalau bawa Haikal dan Ihsaan ke tempat begini, they simply grab everything off the shelves. Itu nak. Ini nak. Itu dah lama tak makan. Ini dah lama tak makan.

Retail therapy at its finest. For them both. Yang geleng kepala waktu membayar: Aku.

Kami akhirnya lalu di kawasan menjual barangan bayi, setelah habis menggeledah seluruh pasar raya. Masing-masing terkejut beruk tengok harga susu formula, lampin pakai buang, dan barang keperluan bayi yang lain.

"That's it then, anak aku nanti cukup umur setahun, terus aku bagi minum Milo." Kawan aku berseloroh.

2:42PM Tuesday 15 September 2015

No reason needed

I think I have
found my Muse.
Right now, it's you.

Longer than 140

1:46PM Sunday 13 September 2015:
Sibuk dari pagi sampai tak ada masa untuk makan apa-apa. Sometimes I hate my life. Tetapi apa boleh buat. Sebab hidup yang ini, yang beri aku rezeki.

7:25AM Monday 14 September 2015:
Seorang uncle berbangsa Cina berjoging lalu depan rumah, dan senyum kepada aku. Dia tengok aku tengah hisap rokok sambil panaskan enjin kereta, terus dia buat isyarat tangan thumbs down. Walk of shame seorang pelacur yang berjalan terhuyung-hayang pulang ke rumah dari sebuah hotel berdekatan. Kulit putih macam anak patung, rambut warna emas keperangan, pakai dress singkat, dan pakai kasut tumit tinggi. Ah lantaklah, aku dah lambat nak pergi kerja, aku bisik dalam hati.

9:48AM Monday 14 September 2015:
Jerebu celaka buatkan tekak aku perit, mata aku sedikit rengsa, dan nafas aku terasa berat. Walaupun jerebu beri pemandangan ala-ala kawasan pelancongan tanah tinggi yang menawan, tetapi ia ternyata dibayar dengan satu penyeksaan.

12:07PM Monday 14 September 2015:
Cadang nak sembur cat baru pada rim kereta aku. Dimanakah kerajinan dan kesanggupan bersembunyi di saat aku memerlukan?

8:06PM Monday 14 September 2015:
Terjaga dari tidur petang pukul tujuh setengah malam. Bilik gelap. Skrin komputer masih menyala. Stereo masih memutarkan lagu-lagu Keaton Henson. Aku cuma dapat genggam semula kewarasan lima puluh minit kemudian.

0.002

Kadang-kadang aku dapati diri ini duduk bersembang dengan kawan-kawan, sambil mendengar mereka bercerita tentang pengalaman hidup masing-masing. I'm a good listener, jenis yang tak gelojoh untuk mencantas jika seseorang sedang sibuk bercerita. Dengar dulu, menyampuk kemudian.

Seperti pengalaman membaca buku, pengalaman menerima cerita juga berbeza untuk setiap manusia. Kita mungkin mendengar daripada satu pihak yang sama, tetapi output yang terlahir adalah pelbagai dan tidak tentu. 

Aku tersedar ini sewaktu masih menuntut di kolej. Seorang kawan bercerita tentang abangnya yang masuk ke tandas, sambil telefon berada dalam poket dada baju, tunduk untuk ambil sesuatu, dan telefon itu meloroih masuk ke dalam lubang jamban.

Selepas mendengar cerita lucu ini. Kami sepakat ketawa. Perbezaan hanya muncul bila kawan aku buka mulut dan bertanya, "Telefon okay tak? Habis tu abang kau seluk tangan dalam lubang jamban tak? Dalam jugak tu."

Rupa-rupanya kawan aku ingatkan telefon itu tercelup dalam tandas jenis cangkung. Walhal telefon itu tercelup dalam tandas jenis duduk. Pada saat itu, tafsiran telah menjadi bercanggah. Aftertaste ketara tidak sama antara satu sama lain. Variasi cerita menjadi terpecah dan boleh diubah-ubah.

Because, get this, we can only process or approach things from within our level of perception.

8:58PM Sunday 13 September 2015

0.001

Apa-apa cinta yang aku cuba cari dalam hidup ini, selalunya berakhir dengan tragik. Cinta dengan Tuhan. Cinta dengan kebendaan. Cinta dengan manusia. Cinta dengan apa jua sekalipun.

Don't get your hopes up. You will have your heart broken.

Aku cakap hati aku dah lama hancur. Jadi kenapa tidak aku ambil sendiri hati aku dan pijak-pijak sehingga lumat sebelum orang lain buat perkara yang sama. Tak apa, as a matter of fact, I'll save you the trouble of doing so.

Retreat! Retreat! Retreat!

Tapi aku tak dengar. Aku celup kaki aku dalam lahar neraka. Dan aku jual jiwa aku kepada syaitan. Dan kini aku kembali semula kepada petak pertama.

It's a completely one-sided story. Aku ini mencari apa sebenarnya, entah-lah. Adakah aku cuba mencari titik temu Kebahagiaan dalam diri manusia lain. Adakah aku cuba menjerut hati manusia lain, tarik ia keluar, dan mengaku ia milik aku. No dear Self, it doesn't work that way. 

9:35PM Wednesday 19 August 2015

Most people aren't taking social media seriously

Twitter is a strange place. Ia, mengikut perkiraan aku, adalah medium paling mudah untuk lempiaskan hal-hal kecil keluar dari dalam kepala, tanpa perlu ada rasa tertangguh. Taip sesuatu tak sampai seminit, dan kurang daripada seratus empat puluh karakter, and bam! there you go.

Menulis pula, aku kira, tujuannya adalah untuk mengambil hal-hal kecil ini dan digabungkan menjadi sesuatu yang lebih konkrit dan elaboratif. Panjang atau pendek satu-satu tulisan itu pula, bukan penentu ia bagus atau tidak.

I don't think I write good shit. Tak ilmiah langsung, pada hemat aku. But I got little stories to be shared, yang nampak gayanya, mampu buat orang habis baca sampai noktah terakhir.

Call me a narcissist, but that's the truth. I know it. You know it. Everybody knows it. That's the whole point of me writing anyway. Untuk aku sendiri ulangbaca dan kalau ada manusia lain berminat untuk turut sama, well... danke!

9:57PM Saturday 12 September 2015

8:30PM Saturday 12 September 2015

1. All of a sudden, I feel immense Emptiness. Menakutkan bila aku sudah mula berani sandarkan keberadaan aku pada sesuatu atau seseorang selain daripada diri sendiri.

  • Do not talk to me about my Sadness. You have not earned the right.
  • S will be leaving for two weeks. How boring, now I got no one to talk to.
  • See, the trick is to not let Loneliness consume you.

2. Above anything else, consider yourself lucky.

3. I sat quietly at the dinner table listening to my friends stories.

  • Makan roti ini mengenyangkan, tetapi tidak memuaskan.
  • Kedai makan kegemaran tutup setiap hari Isnin, aku tak okay.
  • Menyampah dengan orang yang cerewet bab makan.

4. I joke about a lot of things. Tentang kemungkinan, sambil mempersendakan realiti.

  • "Macam mana kalau tiba-tiba kau kahwin dengan janda muda?"
  • "(null)"
  • "(null)"

5. Kawan Ihsaan telefon Aisyah sebentar tadi, dan aku terpaksa angkat. "Raja ada tak?" kedengaran suara halus di hujung talian. Diikutkan, semua orang dalam rumah ini nama Raja. Tetapi aku tahu dia maksudkan Ihsaan. Jadi aku balas, "Raja tak ada. Ini abang dia. Abang dia garang. Dan handsome."

6. I get depressed. Easily.

7. Tried to call R. Ask him how he's doing right now. Kali terakhir aku dengar, nak beli rokok pun tak ada duit. From hero to zero real quick. Please stay strong, dear friend.

Ahad, 13 September 2015

Why we got good shit don't embrace it?

(I)
If you want a really good conversation, feel free to talk to me. Kawan-kawan aku tahu ini. Bila-bila mereka rasa gelisah dengan hidup, mereka akan cari aku. Duduk melepak di bangku hadapan rumah, atau di kedai makan, atau di tepi pantai, berborak sehingga lewat malam. Mereka ada cerita yang ingin diluahkan, dan aku juga ada cerita yang ingin diluahkan, dan cerita kami akan bertemu dan berselisih antara satu sama lain di garis tengah ini.

(II)
Kadang-kadang ada benda aku tidak tahu. Jadi aku dengar, tanpa perlu berlagak pandai. Belajar dulu, berlagak kemudian.

(III)
Aku rasa aku sudah semakin kerap mempersendakan apa jua perkara. Sehinggakan seorang kawan beritahu seorang lagi kawan, yang kemudian sampaikan kepada aku, "Alep aku tengok dah makin teruk ni." Teruk yang bagaimana, itu terlalu umum sifatnya. That's for me to know and you to find out.

(IV)
"Aku ni, kali terakhir beli baju sendiri dua tahun lepas rasanya. Waktu tak ada duit, kemain lagi macam-macam nak beli. Sekarang dah ada duit, nak beli baju sendiri pun dah tak reti."

(V)
I'm an asshole. Pernah ranjit kawan-kawan dan kata aku dah tempah court badminton pukul sembilan malam. Kemudian aku selamba datang dengan tidak memakai pakaian sukan, dan beritahu mereka aku cuma bergurau. They're cool about it. Tak jadi main badminton, maka kami keluar makan bersama malam itu.

9:07PM Sunday 13 September 2015

Sabtu, 12 September 2015

Sabtu yang tiada henti

Tunggu dulu, tunggu dulu.
Aku belum habis dengan Dunia.

Jumaat, 11 September 2015

While we were on the subject, I'm obliged to ask.

"How was your day?"

Mudah dan ringkas. Soalan yang tak banyak kerenah tetapi dalam pada masa yang sama semacam satu ketukan lembut pada pintu dalam cubaan untuk masuk ke dalam hidup seseorang.

Apabila ada sesiapa datang mengadu kepada aku, soalan ini adalah soalan pertama yang aku selalu tanya. Pada mulanya, aku anggap ia cuma soalan retorik. Kerana hidup kamu belum tentu beri apa-apa signifikan kepada aku. It doesn't matter how your day was, but I'm asking anyway.

Kemudian aku tersedar, soalan ini membawa kepada satu makna yang lebih besar. When people willingly talk about their life to you, that's gotta mean something. You see, I'm a good listener. Orang bercerita, aku tak terhegeh-hegeh untuk menyampuk. Aku sudi pinjamkan telinga dan deria fikir. Nak nasihat, aku boleh bagi nasihat. Nak comforting words, pun aku boleh bagi. Nak duit, apa boleh buat, aku sendiri pun pokai.

Ini bermakna, mereka percayakan aku untuk bercerita tentang segala-galanya. Walaupun ia mungkinlah sekadar untuk meluahkan tentang hari-hari yang sibuk, atau momen-momen gembira, atau masalah-masalah kerja, atau hal-hal yang kecil.

Aku jenis yang tidak suka bertanya. Orang beritahu, maka aku tahu. Orang tak beritahu, maka aku tak tahu. Ia semudah itu. Bukan tidak berminat atau apa, tetapi aku faham bagaimana conundrum privasi kehidupan seseorang berfungsi. Ada tembok yang tak perlu aku panjat. Ada batas yang tak perlu aku ceroboh. Dan ada jurang yang tak perlu aku langkau.

A slight change of plan

Minggu lepas, kami duduk di sebuah kedai yang menghidangkan iced chocolate paling sedap dalam dunia. Aku pesan gelas besar. Dua gelas besar. Cuaca terik dan angin petang yang membahang jadikan aku lekas dahaga.

Sebelum itu, aku dan dua orang kawan, baru selesai keluar dari sebuah bengkel kereta.

"Aku nak tukar balik semua jadi standard. Trade-in, nak beli kereta family lepas ni."

Ini kawan yang akan bertunang dua minggu lagi dan bakal berkahwin awal tahun depan. Seorang lagi kawan pula akan berada di US pada hujung tahun ini untuk melakukan kerja-kerja penerbangan. Dua ekor syaitan ini adalah pemandu kereta yang teruk. Pantang kami keluar beramai-ramai di jalanraya, mesti cari peluang untuk berlumba. Kadang-kadang aku turut sama tumpang sekaki. Tetapi selepas nyaris tercium punggung kereta Vios dan hampir tercampak naik atas pembahagi jalan dua bulan lepas, aku dah berhenti buat kerja bodoh begini.

Sebab aku tiba-tiba teringat, hey nyawa cuma ada satu!

Berbalik kepada cerita di kedai yang menghidangkan iced chocolate paling sedap dalam dunia, aku beritahu mereka aku ada sedikit masa terluang pada hujung tahun ini.

"Jomlah kita pergi bercuti. Kita relaks. Cari tempat santai dan rehat puas-puas."

Santai di sini bermaksud, kerja-kerja dosa tidak termasuk langsung dalam perancangan. It's now off the table. Kali ini, bercuti sekadar bercuti. Bukan lagi untuk berhuha hingga lupa daratan.

Setakat ini, syukur pada Tuhan, duit tak jadi hal. Kerana aku awal-awal lagi dah atur perbelanjaan untuk dua bulan mendatang. Tak pening kepala dan tak perlu susahkan diri di kemudian hari. Namun kawan aku beri cadangan lain.

"Apa kata kita beli satu kereta drift. Kongsi empat orang. Sorang keluar duit dalam seribu ke dua ribu dah cukup dah. Kau bayangkan kita cat kereta warna hitam, tinted gelap, lekat sticker #borakian besar-besar tepi pintu, pakai ekzos straight pipe, bunyi bagi bising, lepas tu setiap hujung minggu kita main drift bawah jambatan."

You see, boys will always be boys.

Rabu, 9 September 2015

This is beyond sad


You'll be missed, Topeng.

Anecdotes (5)

1. Tak faham kenapa bila isi minyak kereta guna duit Ayah dua puluh ringgit, separuh tangki. Guna duit aku dua puluh ringgit, suku tangki.

2. Kawan tak bagitahu awal-awal dia nak belanja makan tengah hari. Kau tahu aku pesan apa? Air kosong.

3. Talian internet rumah aku sudah hampir tiga hari tidak berfungsi. And with that being said, mohon sesiapa tolong semak semula hierarki keperluan Maslow dan masukkan internet dalam senarai fundamental keperluan manusia.

4. One way or another, I'm gonna find ya,
I'm gonna getcha getcha getcha getcha.

5. Perbualan WhatsApp yang saling tidak tali-menali dan hilang punca. Lima orang bercakap tentang lima perkara berlainan dalam pada masa yang sama.

6. Tuhan rahmati kereta aku yang ada sambungan wayar aux.

7. #borakian #korileksjap

8. Separa Fiksyen. Confusing Doctrines. Stay sober, dear Self. What's there not to love?. Yourself, before anyone else.

9. Aku ingatkan aku dah cukup keras kepala. Rupa-rupanya perempuan dua kali ganda lebih keras kepala.

10. Bak kata Sheldon, "I do miss the warmth of human companionship."

Selasa, 8 September 2015

A long-awaited answer

"Three questions about me, and I'll try to answer."

Pelawaan ini, dilihat selayang pandang, nampak macam bahaya. Bagaimana jika aku ditembak dengan soalan-soalan maha personal, how the hell am I going to escape? Kalau salah jawab, tidak dapat tidak, ia pasti membuka jalan-jalan menuju ke Valhalla err... maksud aku, jalan-jalan menuju ke lohong vulnerability.

Soalan pertama dan kedua, aku jawab dengan mudah. Soalan rutin. Soalan yang sudah sekian lama ada jawapan. You see, dalam kepala aku ada ratusan soalan, situasi, perbualan, imaginasi, dan hal-hal rawak tentang diri aku. Tak ada soalan tentang diri ini yang tak boleh aku jawab.

"What kind of traits do you look for in a girl?"

Soalan ketiga ini ternyata mendatangkan sakit kepala. Jenuh aku selongkar laci-laci memori untuk mencari jawapan, tapi tak jumpa. Sehinggakan aku ambil masa yang begitu lama untuk membalas. Because, to be honest, I never ask myself such question.

"Cantik dan berbuah dada besar," adalah jawapan spontan aku kepada soalan ini. I kid, of course. Dengan niat membuang masa sebelum aku ketemu jawapan sebenar kepada soalan ini.

It just sort of happened, I guess. Tak pernah terlintas untuk bertanya diri sendiri apa yang membuat hati aku terpaut dengan seseorang. Kerana aku dengan penuh kesedaran berpendapat tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Memetik kata Burroughs, "I, myself, am made entirely of flaws."

As long as we're comfortable with each other, that'll do for me. Ini hierarki paling asas yang aku pegang. Cantik macam mana, kaya macam mana, bijak macam mana sekali pun, kalau tak ada kesefahaman antara satu sama lain, ia bakal jadi perkara buang masa dan sia-sia.

Sama macam seorang kawan yang selalu puji mak dia masak sedap. Tapi bila aku cuba, mehh okaylah, tak sedap tera mana pun tapi tak begitu teruk. To each his own. Masing-masing ada rujukan atau penanda aras atau kecenderungan, terhadap sesuatu yang mereka gemar.

Kalau boleh, sudah tentu aku mahukan seseorang yang mampu buat aku sentiasa girang ketawa, yang sentiasa peka dengan butir-butir perbualan, yang tak banyak kerenah dengan hal-hal remeh, yang faham bagaimana cara aku bergaul dengan keluarga, kawan-kawan, atau manusia asing.

But I can't always get what I want, and I'm okay with that. Somewehere along the line, we'll try to make things work for both of us. Now, that's the beauty of it.

Isnin, 7 September 2015

What are the odds?

Pergi melawat Sepul di hospital petang tadi. Pukul enam petang, dia hantar pesanan teks. "Wad 3, katil 7. Aku kena demam denggi, bro."

Memandangkan aku tak ada apa-apa kerja untuk dibuat, jadi aku dan seorang lagi kawan bergegas luangkan sedikit masa pergi melawat. Nyaris kami patah balik sewaktu terpandang papan tanda 'wad penyakit berjangkit'. Aku pandang kawan aku. Kawan aku pandang aku. Masing-masing macam dah sepakat, "That's it then. I'm not going in."

Aku cukup tak suka hospital ini. Kerana di sini masih berlegar-legar begitu banyak memori buruk untuk aku. Kerana di sini masih tersimpan seribu satu Kesedihan yang tak pernah pudar. Kerana di sini adalah tempat di mana kali terakhir aku dengar suara Ibu.

(Pra)-Isnin

Masih kurang jelas kenapa aku bersetuju untuk pergi menonton Mission: Impossible - Rogue Nation malam semalam. Kerana ini filem yang sudah lama ditayangkan, hampir sebulan lebih. Mungkin kerana aku terima pelawaan ini sewaktu sedang mamai; baru bangkit dari lena. Dan untuk segera tamatkan perbualan dan sambung tidur, aku tanpa fikir panjang, terus balas okay, count me in.

Tak sangka ia akhirnya memakan diri sendiri. Sebab aku belajar helah ini sewaktu di kolej. Jika ingin pinjam sesuatu daripada tuan punya barang, minta sewaktu mereka sedang mamai. Ini helah yang ternyata berkesan. Terutama ketika ingin pinjam motor Zam. Atau laptop Kiki untuk main PES 2011. Atau headphone Sid untuk mendengar musik.

I got bored halfway through the movie. Tambahan pula, ini francais Mission: Impossible. Semua orang tahu dalam filem ini, mustahil hero akan mati, dan akan sentiasa ada heroin jelita, dan ada penjahat yang akan tewas di penghujung cerita. Yeah, big deal...

Tak apalah, lagipun hari ini hari Ahad, getus aku dalam hati. Dan aku semacam tak keberatan untuk keluarkan sedikit duit untuk tonton sesuatu yang aku tak berapa minat. Sekurang-kurangnya aku dapat kunyah sedikit bertih jagung, dan kemudian sedikit-sebanyak dapat merungut apa sahaja yang tidak kena pada pandangan aku tentang filem ini.

Later that night, S sent me a set of photos. Gambar dua pasang kasut. Entah apa nama kasut ini, aku sendiri tak pasti. I really don't get women obsession with shoes. Untuk rekod, aku cuma ada sepasang running shoes (yang aku baru perasan Aiman ambil bawa balik Jitra), sepasang boat shoes, sepasang safety shoes, dan sepasang sneakers yang sudah hampir setahun aku tak pakai.

"Which one is better?" S tanya pendapat.

Aku balas semula, "Why are you sending me two similar photos?"

"Lain laaa. Satu single strap. Satu lagi double strap."

Aku terus ketawa. Well, it sure as hell looks the same to me.

8:59PM Monday 07 September 2015

Sabtu, 5 September 2015

Such is Life

"Kau ni, aku nak pesan, jangan percaya semua apa yang perempuan cakap. They say one thing, and then do another. At the end of the day, walau apa yang terjadi, macam mana sekali pun, it will become your fault."

Ironinya nasihat ini datang dari seorang perempuan. Kalau aku bantah, nanti kena marah (walaupun aku tak buat apa-apa salah). Kalau percaya bulat-bulat, nanti kena tuduh naif.

So you can understand my confusion, right?

Stranger than fiction

Terjaga dari tidur bila seorang kawan tiba-tiba telefon aku. Aku tengok nama yang tertera di skrin. Gila apa telefon aku pagi-pagi buta. Ajak makan malam. Aku yang masih mamai, tanya sekarang pukul berapa.

"Sembilan setengah malam," kawan aku balas. "Siap cepat. Karang aku datang rumah, kita pergi makan."

Aku balas okay. Sebelum kembali rebahkan badan atas katil. Terkebil-kebil memandang syiling. Inilah padahnya tidur petang. Mati-matian aku ingat aku sudah terlena sehingga waktu pagi. Aku buka satu pesanan teks dari Aisyah. Mereka keluar makan, dan tinggalkan aku seorang diri di rumah. Patutlah rumah sunyi sepi. Aku ingatkan semua orang tengah tidur.

Aku nyala rokok, dan terus duduk di bangku luar rumah. I tried to call F, but to no avail. Aku cuba cari N, dia sedang sibuk memandu. I told S, I think I'm going crazy tonight. Kepala aku sakit. Semua orang keluar tinggalkan aku. Kucing aku pula dari tadi tak habis-habis menggesel badannya pada kaki aku. Gee, nothing's making any sense.

Aku campak puntung rokok dalam longkang, dan ajak kucing aku masuk rumah. "Jomlah kita masuk. Tengok dekat dapur ada tak makanan kau."

Jumaat, 4 September 2015

Of habis kerja & tidur petang

Jumaat yang selesa dan tak banyak kerenah. Pukul sembilan pagi, aku balik rumah untuk makan sarapan, dan bagi anak kucing makan. Setengah jam kemudian, aku sambung kerja. Pukul dua belas tengah hari, aku pulang ke rumah. Keluar semula lima belas minit kemudian, untuk jemput Ihsaan dan Haikal dari sekolah.

Setiap kali pulang dari sekolah, mesti mereka suruh aku singgah ke kedai. Dahaga, nak beli air. Aku cakap, balik minum dekat rumah jelah. Kereta banyak atas jalanraya, aku malas nak turun dari kereta. Dan aku buka dompet aku ada tiga keping duit seringgit. Serta-merta mengingatkan aku untuk pergi ke mesin ATM petang ini.

Selain daripada terlewat pergi ke sembahyang Jumaat, aku masih rasa ini Jumaat yang selesa dan tak banyak kerenah. Selepas habis menaip ini, aku bercadang untuk ke sebuah bengkel kereta, untuk melawat kereta kawan yang sedang menukar... entahlah, aku tak pasti.

Have a good day, everyone!

Khamis, 3 September 2015

Haiku mabok

Hujan turun lebat
Rokok Peter Stuyvesant
Burger gigit separuh

Writers will always win

"Bila you nak kahwin?" S tiba-tiba tanya aku, dalam sebuah perbualan yang pada mulanya tidak menjurus ke arah itu. Kami sedang berbual tentang obsesi S terhadap lagu-lagu One Direction. Hairan juga kenapa soalan ini kerap muncul kebelakangan ini. Ia datang berulang-ulang dalam kadar tidak masuk akal. Cuma bezanya, kali ini, soalan ini datang dari seorang perempuan.

Jawapan versi tidak serius, aku balas, "Tunggu I masuk meminang you dulu."

Jawapan versi serius, aku balas, "I hate you. Go away. You suck."

Oh silap. Itu versi dramatik. Dan versi dalam hati.

Jawapan versi serius, aku balas, dengan template ayat yang sudah sekian lama aku guna, "Family first, above anything else. Dah selesai semua, baru fikir tentang diri sendiri."

Niat itu memang ada terlintas di fikiran, tetapi usaha ke arah itu, demi Tuhan, belum ada buat waktu ini.

Malam semalam, seorang kawan menjemput aku ke majlis pertunangan dia pada hujung bulan September. "Datang la. Majlis lepas sembahyang Zohor."

"Depends. Tengok dulu menu apa. Kalau setakat bihun goreng, count me out." Aku berseloroh, but mixed with genuine concern.

"Kambing bakar lah! Dengan gulai kawah. Dengan apa entah lagi."

"Okay, count me in." Dan kami terus ketawa.

To rephrase Dickens, "What greater gift than the privilege of being an asshole?"

Rabu, 2 September 2015

Tanned, my ass.

Duduk minum petang di restoran Mamak dengan dua orang kawan. N akan pulang ke Gurun selepas waktu Maghrib. Rajin juga dia berulang setiap dua minggu sekali, kalau tak sibuk dengan hal kerja, untuk pulang ke rumah orang tuanya.

"Aku lagi rela drive tiga jam balik sini, daripada duduk ternganga dekat Gurun. Macam pekan koboi. Boleh gila duduk lama-lama."

Dua bungkus nasi lemak, teh ais dan seketul vadei - yang orang Utara panggil masalodeh. Waktu kecil dulu, selalu ketawa tiap kali dengar perkataan ini disebut oleh pak sedara. Aku hairan kenapa orang sekarang semacam beria-ia ingin portray loghat Utara sebagai sesuatu yang kasar dan kesat. Bagi aku, ia loghat yang riuh tetapi lembut berlenggok. Sama lebih kurang macam loghat Perak.

"Kau pergi mandi pantai ke?" kawan aku lagi seorang tiba-tiba tanya soalan rawak.

"Mandi pantai?" aku balas soalan dengan soalan.

"Makin gelap kulit kau. Ingatkan pergi mandi pantai."

"Oh, tiap-tiap hari naik motor waktu tengah hari, itu yang kulit lengan jadi gelap. Nasib baik muka tak gelap sangat, sebab pakai visor. Aku pulak jenis malas nak pakai jaket."

Pukul tujuh malam, kami beredar pulang. Aku singgah isi minyak, keluarkan sedikit duit dari akaun bank, singgah kedai beli gula-gula untuk Haikal. Sampai di rumah, terus aku tanya Aisyah, "Losyen yang kau selalu pakai tu, boleh putihkan kulit tak?"

Dear Self (5)

"Now? Are you quite done now?"
"Not really. But almost there."
"So did you learn anything?"
"Yes, I'm responsible for my own Happiness."
"Good. What else?"
"Other people are stupid as fuck."
"A little harsh, but go on."
"And I don't need you anymore, J."

Selasa, 1 September 2015

Elephant in the room

Selesai kerja pukul satu petang, dan aku dapati diri ini gelisah tak ketahuan punca. Full of anxiety for no apparent reason. Tanpa ada sesiapa untuk aku berkongsi resah ini. Adakah sebab tak makan nasi hampir seminggu? Atau sebab aku tak sengaja ter-like gambar lama seorang manusia rawak di Instagram yang dimuatnaik lima puluh minggu lepas. Aku tak pasti.

I'm lucky I guess. Ada kawan yang memahami jadual hidup aku. Mereka tahu, setiap hari, aku sibuk daripada pukul tujuh pagi sehingga dua petang.

"Takpe, kita pergi lepas kau balik kerja." For that, I am thankful. Couldn't ask for more. Ada manusia yang sanggup menunggu semata-mata untuk lihat aku turut serta dalam apa-apa aktiviti bersama. Sometimes I feel like I'm a burden to them. Sebab itu, kalau ada apa-apa aktiviti yang memerlukan kami untuk bergerak pada waktu pagi, aku cakap, it's okay, you guys go ahead without me.

Aku panaskan enjin kereta, kemudian jemput setiap orang di rumah masing-masing. Dan kami pergi ke kawasan air terjun yang mengambil masa sejam setengah perjalanan. Letih memang letih, aku balik kerja tak sempat duduk berehat, terus keluar memandu. But the hell with it.

Sedang aku berendam dalam air sungai yang maha dingin, kawan aku tanya soalan aneh. Tak aneh sebenarnya tapi ia datang tiba-tiba dan mengejut. "Hang rasa bila hang nak kahwin? Umur tiga puluh tahun?"

Aku balas, "Entahlah. Apa-apa pun sekarang, aku nak cuba beli rumah sendiri dulu. Dah dapat apa yang aku nak, kemudian baru cuba stabilkan hidup aku semula dalam masa beberapa tahun. Sebab benda macam ni, will take a big chunk out of my monthly expenses. Lepas tu baru boleh fikir hal-hal komitmen lain."

"Nak sara anak dara orang kot. Diri sendiri pun tak lepas-lepas lagi." Aku tambah lagi sambil ketawa.

My idea of marriage is simple. Aku hadir bukan untuk ambilalih hidup kamu yang sedia ada, atau untuk paksa kamu fit in dalam hidup aku. As long as we're on the same page on how to live and work things together, dan berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama, itu sudah memadai. Sekurang-kurangnya, bagi aku.

Orang hairan bila aku beritahu mereka perkara ini. Well, to each his own.

"Tak payah pening kepala. Ada rezeki, your time will come," aku pesan. Selaku seorang pesimis, aku tambah lagi, "Entah-entah hang mati sebelum sempat kahwin. Padan muka."

Ini kawan yang aku kenal sejak hari pertama tingkatan satu sehingga sekarang. Lima tahun kami satu kelas bersama. Lima tahun kami duduk meja bersebelahan. Ini kawan yang sama-sama melakukan kerja gila di Thailand. Yang sanggup pergi KL semata-mata untuk makan malam balik hari dengan aku. Yang selalu ajak aku lepak minum di tepi pantai untuk hilangkan resah di hati. Yang selalu datang rumah aku, duduk bersembang sehingga lewat pagi tentang hal-hal kerja, harapan hidup, impian, masa silam, masa depan, dsbnya.

I think I have grown so much. Dan tinggalkan semua kerja-kerja dosa dan sia-sia di belakang aku. Tak ada rasa untuk menoleh semula ke belakang. I was right: it's just a phase. Untuk mencuba. Untuk bereksperimen. Untuk menikmati. Untuk mengalami.

Judge me all you want, but I'm a man capable of great change.