Pergi melawat Sepul di hospital petang tadi. Pukul enam petang, dia hantar pesanan teks. "Wad 3, katil 7. Aku kena demam denggi, bro."
Memandangkan aku tak ada apa-apa kerja untuk dibuat, jadi aku dan seorang lagi kawan bergegas luangkan sedikit masa pergi melawat. Nyaris kami patah balik sewaktu terpandang papan tanda 'wad penyakit berjangkit'. Aku pandang kawan aku. Kawan aku pandang aku. Masing-masing macam dah sepakat, "That's it then. I'm not going in."
Aku cukup tak suka hospital ini. Kerana di sini masih berlegar-legar begitu banyak memori buruk untuk aku. Kerana di sini masih tersimpan seribu satu Kesedihan yang tak pernah pudar. Kerana di sini adalah tempat di mana kali terakhir aku dengar suara Ibu.
1 ulasan:
Your Ibu must be so proud of you. Same goes to Sarah,Ikhsan dan lainlain. :)
Alfatihah.
Catat Ulasan