Sabtu, 31 Oktober 2015

Ahli sufi bangun tidur petang



We talked about future, but it is not ours.
We shared happiness, but for a different reason.
We kept each other secrets, that slowly vanish into the abyss.

Dan lain-lain hal (6)

1. Little did I know, a happy me is a mengada-ngada, gedik and clingy me in one go.

2. The score now is 8 - 5. I'm closing down on her.

3. Boleh habiskan chicken chop, nasi goreng, dan dua gelas air sekaligus untuk makan malam. But for me to be able to do that, kena skip makan tengah hari.

4. Hot Hot Heat - Middle of Nowhere.

5. Rupa-rupanya, susah juga nak pelawa perempuan keluar.

6. Dah, tepi tepi. Tak nampak aku tengah sibuk ni?

Khamis, 29 Oktober 2015

Dan lain-lain hal (5)

1. As for now, October is not treating me well. And I think the universe is plotting against me. 

2. "Jom pergi fun fair!" - perempuan gila, pukul empat pagi. Yes, you read that right. Perempuan gila. Dan pukul empat pagi.

3. I'm a top dog among close friends. Or so I thought.

4. No-Shave November can go choke on a dick. Having moustache makes me look like a perverted serial killer.

5. Rambut jadi beralun dan sedikit berpintal-pintal di hujung apabila semakin panjang. Majestic? Still.

6. - 2. The score now is 6 - 2. Can't wait to say, "Now we're even."

Rabu, 28 Oktober 2015

Of being present (2)

Life can be pretty dull around here sometimes. Asas kepada hidup aku kini berselang-seli antara pengulangan rutin kerja dan ennui yang sentiasa wujud dalam setiap perkara baru yang aku cuba.

No colleague. Kawan sewaktu kolej semua dah hilang. Kawan rapat pun boleh dibilang dengan jari. Plus I don't hang around new people anymore. Yang ada sekarang cuma kehidupan sosial yang, aku fikir, begitu minimal dan selektif.

Adakah ini ruang selesa yang aku cari dalam hidup selama ini?

I'm all about having fun, sambil menemukan keseronokan dan kegembiraan di tempat yang tak terjangka dengan manusia-manusia kegemaran, but I always want to come home and be in my own familiar surrounding.

Keluar pagi mencari rezeki, kemudian pulang ke rumah, run some errands, habiskan bacaan buku, menulis sedikit sebanyak, tonton filem atau siri tivi kegemaran, lepak minum petang, keluar berlari, keluar berhuha dengan kawan-kawan, makan malam, and to recap my whole day, I'll be having conversation with the same person every night.

How blissful, I tell you.

8:56PM Wednesday 28 October 2015

Isnin, 26 Oktober 2015

Of being present

I told her that I'm embracing her existence in my life as it is right now. And I cherish every moment we had, though not much to begin with. For all I care, I'm at better phase before approaching my mid 20's.

Maybe I don't always plan that far ahead. But I do have plans for future, be it temporary or short or long one. Manusia waras mana yang tak ada impian, cita-cita, matlamat, dan angan-angan dalam hidup?

But what happens next is beyond my control. The final outcome is seldom in my hands. If God's willing, segala-galanya boleh dan mampu terjadi. Hidup, mati, pertemuan, pengakhiran, rezeki, jodoh, dan masa depan adalah sebuah ilusi kehidupan yang tak ada siapa dapat rungkaikan.

If it's meant to be, it will be. If things are meant to go wrong, it will go wrong. Even I, myself, are scared as hell of all the uncertainties and indecisiveness.

But why worry now?

4:22PM Monday 26 October 2015

Dan lain-lain hal (4)

1. Aku tak tahu nak beri reaksi yang macam mana, bila S terjemah sajak Rumi daripada "close your eyes, fall in love, and stay there." menjadi, "tutup mata, jatuh cinta dan tunggu situ." Hmm, tunggu situ...

2. (Empty)

3. Dalam kekalutan berkumur, aku terteguk sedikit Listerine pagi tadi. 

4. Teringat sewaktu di kolej, seorang kawan marah bila seorang lagi kawan selalu merungut tentang duit. Katanya, "hang selalu dok sebut takdak duit, pasai tu la rezeki payah nak mai."

5. Isnin aku perlahan, tetapi tidak meresahkan. Aku berharap Selasa, Rabu, Khamis, dan Jumaat juga sama seperti ini.

Ahad, 25 Oktober 2015

Square one

(i)
Where are you heading, dear Self? Where are you heading in life? Please don't go back to that same old place. It's terrifying. It reeks of negativity.

(ii)
Ada ketakutan yang disimpan dan ditekan ke daerah paling dalam. Ada realiti yang datang menjerut secara tiba-tiba. Ada kegembiraan yang bertahan seketika cuma.

(iii)
Everything is not making any sense right now.

(iv)
Will I survive, that is the question.

8:44PM Sunday 25 October 2015

We'd go that far

By using logic reasoning, I think it's easy enough to plant ideas into someone's mind. It's not rocket science. Ia cuma perlukan sedikit pemerhatian tajam, dan momen-momen tepat untuk melakukan hal ini.

Sometimes I use new words when I talk with friends. I casually slide it into conversation whenever possible, and next thing I know, everyone's using it. Yes, this may not prove anything on a small scale.

But are you not seeing the bigger picture? Untuk meninggalkan kesan dalam hidup seseorang dengan benda-benda kecil. Dengan templat sama yang boleh diguna atau diulang pakai untuk hampir semua perkara.

Kadang aku ambil acuan filem atau siri tivi kegemaran, and try to make a little version of mine. Dalam sebuah cubaan untuk menghidupkan semula babak-babak kegemaran dalam situasi realiti, dengan menggunakan manusia-manusia di sekeliling aku.

Hey it don't always work. But when it does, behold, satisfaction guaranteed.

8:06PM Sunday 25 October 2015

Sabtu, 24 Oktober 2015

Dan lain-lain hal (3)

1. Sedar tak sedar, saya berdoa pada Tuhan supaya sentiasa jaga hubungan saya sesama manusia, "dear God, please make it end well for me."

2. Siang tadi dapat tahu kereta saya ada saman AES tertunggak. Suspek utama masih belum dapat dikenal pasti.

3. Tuhan rahmati setem satu ringgit!

4. Maximbady never gets old.

5. Hi-Rev 2T 700 1 litre.

Do you know where the wild things go?

I don't have any plan for Saturday. Aku bangun awal, pergi kerja, dan pulang ke rumah pada pukul satu petang. And that's pretty much it.

I don't feel tired at all. Selalunya Sabtu aku akan dipenuhi dengan perkara-perkara yang melelahkan emosi dan fizikal. But not today. Maybe because I got enough sleep. I think I went to bed around 1AM last night.

Aku cuba untuk tidur petang, but my eyes won't shut. I wonder how can one sleep anytime anywhere at one's own will?

Jadi aku habiskan petang dengan menonton video-video YouTube. Tonton Rossi berlumba dengan Marquez. Tonton tarian haka. Ulang semula lagu baru Adele yang aku dengar malam semalam. Dan buka Facebook hanya untuk dapati, oh! Liyana Fizi ada di Ipoh malam ini.

But I don't feel like driving tonight. Lagipun tak ada langsung kereta di rumah untuk aku bawa keluar. It's an hour plus drive, ke sebuah acara entah apa-apa. Yang aku tahu, dan paling penting, ia ada Liyana Fizi.

Menghampiri senja, terpaksa juga keluar menaiki motosikal untuk pergi ke bank dan singgah kedai beli sedikit barang keperluan diri. Campuran jerebu celaka dan asap kenderaan buatkan dada aku berat untuk bernafas. Hujan lebat tengah hari tadi pun tak mampu lenyapkan sepenuhnya asap jerebu.

What's there to do tonight? Still contemplating though.

7:44PM Saturday 24 October 2015

Jumaat, 23 Oktober 2015

Dan lain-lain hal (2)

1. Dengan baki dua puluh lima ringgit dalam dompet, aku bercadang untuk beli selipar baru untuk Haikal, dan lip balm (the fuck is salap bibir?) untuk bibir merekah, dan sedikit gula-gula untuk diri sendiri. Tak pasti sama ada dua puluh lima ringgit cukup atau tidak. 

2. Saya faham kalau selipar orang dewasa kena curi sewaktu sembahyang Jumaat. Tetapi selipar budak kecil pun kena rembat. I mean... come on. Have a little respect for yourself.

3. I seriously think I can pull off having a full beard. But S thought otherwise.

4. Lauk makan tengah hari: begedil seketul dan telur masin separuh.

5. What So Not - Touched (Slumberjack Edit).

(re)fix

"Nothing good happens after 2AM."

Aku selalu ulangsebut ayat ini, without putting much thought into it. Aku fikir, ia sesuatu yang terlalu remeh untuk dipandang serius. But not until recently when I discovered that my midnight thoughts are filled with uncertainties and insecurities.

Perbualan selepas tengah malam sentiasa buatkan aku ingin bercerita tentang apa sahaja yang bermain dalam hati. Tentang keresahan menjalani hidup. Tentang kegelisahan mencatur masa depan. Tentang soal-soal peribadi yang jarang aku kongsi. You see, that's the problem. That's the only problem right now.

Why the fear of being vulnerable, dear Self?

3:16PM Friday 23 October 2015

Khamis, 22 Oktober 2015

Ahli sufi delusional

I can turn my disadvantages into... something else. Your upper hand isn't really an upper hand bila wujud manusia macam aku yang tahu ruang-ruang eksploitasi untuk terbalikkan suasana supaya sentiasa memihak kepada aku.

I can trick you into believing anything in subtle way. Macam orang cakap, say something over and over again, and it will eventually become the truth. Kebenaran ini terkesan, untuk telinga-telinga yang mendengar, sekurang-kurangnya.

Aku percaya setiap perkara ada kemungkinan. Dan bila wujud kemungkinan, aku perlu kerjakan imaginasi untuk bawa kemungkinan ini ke tempat yang aku mahu. If things don't go your way, bend it, divert it, make it go your way. There's always a way.

4:04PM Tuesday 20 October 2015

Ahli sufi overdose nasi lemak

As random as it can get. Go! Seminit Maggi!

Well... that's a lousy attention getter.

Dan lain-lain hal

1. Is this Love, I asked myself. Because it makes me feel calm and collected. And not to forget, happy.

2. Pulang ke rumah pada pukul sepuluh setengah malam selepas makan malam, kemudian dapati diri ini gelisah tak tahu nak buat apa. Jadi saya habiskan masa dengan menonton video YouTube, bermain dengan kucing, mengusik anak dara orang, dan makan aiskrim.

3. "This too shall pass, and something good will turn up." Bila hati tak tenang, saya selalu pujuk diri dengan ayat ini. Dalam kebanyakan waktu, ia berkesan.

4. Nasi kandar overrated dan makan malam percuma.

5. Sarapan pagi dengan Haikal dan Ihsaan.

6. Pagi-pagi buta anak jiran India selang dua buah rumah melalak macam kena dera.

Selasa, 20 Oktober 2015

Largo camino

Kawan Ayah, seorang pakcik, berumur lingkungan 50-an, duduk di sebelah aku yang sedang menunggu lauk tengah hari siap dibungkus. Aku senyum. Dia senyum. Kemudian aku sambung menunggu.

He once told me his name, tetapi aku dah lama lupa. Kami kenal gitu-gitu, tak rapat sangat. Tambahan pula aku jenis yang tak reti bersembang dengan orang tua. Tetapi dia selalu mengusik aku dengan soalan bila nak kahwin. Sampai aku dah tak larat nak melayan.

"Berapa umur hang la ni?" dia toleh ke arah aku, tak semena-mena.

Aku jawab dua puluh empat tahun.

"Muda lagi," dia sambut. Terus aku tersenyum kecil. Muda ini perkara subjektif. You know what they say, you're young as you feel. And right now, I'm feeling 19. Plus I try not to think about it too much. Age... is just a number.

Dia diam. Aku diam.

"Sebelum buat apa-apa, fikir habis-habis. Jangan terlajak."

Aku tak pasti sama ada dia bercakap atas pengalaman sendiri, atau ia sekadar nasihat untuk seorang anak muda yang masih panjang jalan hidupnya. But it makes me think. He's right though. Terpaksa mengaku yang aku kadang-kadang gopoh dengan percaturan dalam hidup.

Tergesa-gesa untuk buat semua benda sebelum umur aku cecah tiga puluh tahun. Itu nak buat. Ini nak buat. Sana nak pergi. Sini nak pergi. Itu nak cuba. Ini nak cuba. Seolah-olah tempoh enam tahun tak cukup dan terlalu singkat sebelum tiba pada fasa baru dalam hidup.

Calm down, dear Self. Still a long way to go.

3:01PM Tuesday 20 October 2015

Champagne wishes

It's always the little things that count. Selalunya orang abaikan perkara-perkara kecil dalam hidup atas alasan ia terlalu remeh untuk dihiraukan.

Seperti kesanggupan untuk terus duduk di meja makan melepasi tengah malam walaupun mata mengantuk, belanja makan walaupun tak berapa nak ada duit, tekun dengar luahan hati walaupun aku langsung tak berminat, memandu dua ratus kilometer pergi-balik meskipun menyusahkan diri sendiri dsbnya.

Like I said, it's always the little things that count the most. Dan aku menemukan kesanggupan untuk melakukan hal-hal sedemikan tanpa ada paksaan sesiapa. Not even without them noticing, or knowing. Hal-hal kecil ini; ia macam tak ada apa-apa, tak beri kesan segera, tetapi apabila dicantum dan diletak sekelepuk depan muka, aha! It's all starting to make sense.

Semalam aku habiskan tiga jam berbual dengan dua orang kawan. I haven't met them in 14 days. Seorang sibuk dengan kerja. Seorang lagi baru pulang daripada menjalani kursus latihan di Sintok.

Mereka banyak bercakap soal kerja. Aku nak masuk mencelah pun tak boleh, sebab aku tak faham apa yang mereka berdua cakap. Tentang kegusaran akan diberhentikan kerja, tentang impian memiliki sebuah kereta drift, tentang keinginan untuk membuka perniagaan sendiri.

I really want to talk about what's bothering me lately, but it can wait I guess. Mendengar mereka rancak bercerita, aku tak jadi untuk menukar halatuju perbualan.

Perhaps I'm too good at keeping things to myself. Jarang aku nak marah, jarang aku nak tarik muka, jarang aku nak zahirkan pada ekspresi luaran. Apa-apapun yang telah, sedang, akan berlaku, tetap ada senyuman pada wajah aku. Even when I'm at the lowest point of my life.

But I found a way to vent it all out. Untuk keluarkan resah, gembira, takut, dan seribu satu macam rasa dalam diri. Sama ada dengan menulis tanpa henti, atau meluahkan pada seseorang. Not sure how, but it helps. A lot.

Pagi ini, aku bangun dengan tidur yang cukup. Tetapi dengan semangat yang langsung tiada. Highly demotivated. And I honestly don't know why. I feel like quitting. Tak terdaya untuk melawan dunia seorang diri. There's too much pressure on me lately. Emosi, kewangan, masa depan, dan masalah-masalah yang tanpa aku sedar semakin memakan diri. Perlahan-lahan.

Isnin, 19 Oktober 2015

Enervation

Isnin aku macam biasa. Bangun pukul enam pagi. Keluar berlawan dengan dunia. Had my lunch at 11PM. Balik rumah pada pukul dua petang. Mandi, baring sebentar atas katil, kemudian singgah pejabat pos. Habiskan petang dan separuh waktu Maghrib di kedai makan dengan dua orang kawan. And now I'm back home, and typing this shit right here.

What am I going to do with the rest of the night? I have no freakin' idea. And I don't really feel like going out again. Tetapi dua tiga orang kawan pelawa keluar makan malam. My reply was, "Time and place, my friend. Time and place. And I'll be there."

Or maybe not.

Let me have my moment

I've been through a lot of phases in life. Pra-kesunyian. Kesunyian. Pasca-kesunyian. Huru-hara. Kehancuran. Pasca-kehancuran. Kegembiraan. Kemudian patah balik kepada kehancuran.

Ia datang berselang-seli. Dan tak terjangka.

Back in 2012, waktu hubungan sosial aku berada pada tahap paling minimal. Aku pernah tertinggal telefon di dalam kereta kawan serumah selepas dia hantar aku pulang ke Sitiawan. I think it happened during my mid-sem break. Cuti seminggu, dan masing-masing pulang ke kampung halaman.

"Simpan dulu. Nanti dah habis cuti aku ambil balik."

Seminggu selepas itu, aku dapat semula telefon aku. Dengan tiada langsung panggilan masuk atau pesanan teks. Not even from Maxis, yang selalunya tak pernah gagal untuk semakkan peti masuk dengan peringatan untuk tambah nilai kredit.

Thank God, I'm way past that already.

Anecdotes (20)

1. Jerebu datang lagi.

2. Saya selalu minta pada Tuhan supaya kurniakan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga. Tak kaya tak apa, itu hal lain.

3. 25 more days to go.

4. Ada debar dalam dada waktu saya memecut 180km/j dengan jentera dua lejang petang semalam.

5. Semua yang kenal rapat dengan diri ini tahu, half of the things I said are intended as a joke.

6. Saya bergurau sebanyak mana saya tidak bergurau.

7. Tchu tcha tcha tchu tchu tcha!

8. Hari Isnin patut di-isytiharkan sebagai me day.

9. "Hello semilang semilang semilang. Di sini kite nok melapokan ada kes eksiden berlanggo."

Jumaat, 16 Oktober 2015

Are you in?

Kami keluar makan malam di sebuah restoran kecil. Ia selalunya tak penuh dengan pelanggan, tetapi sentiasa ada muka-muka lazim, yang mungkin sama macam kami, senang sekali untuk duduk makan dalam suasana tenang.

Makanan di sini sedap semuanya. Ada masakan Melayu yang mirip dengan masakan homemade. Ada makanan Barat yang tidak prententious, atau terlalu mencuba. Dan ada tuan punya restoran yang mesra dengan kami.

Tak pasti apa nama kedai ini sebenarnya. Dan tak pernah peduli untuk ambil tahu. Kami panggil ia restoran Pak Lebai. Sebab dia pakai kopiah. Dan isterinya pakai purdah. Pasangan muda, umur dalam 30-an, dua orang anak kecil, seorang lelaki, seorang perempuan.

Satu benda yang tak syok, restoran ini jarang buka. Semedang tutup bila kami teringin untuk makan. Seperti lama dahulu sebelum ini, tutup sebulan. Sebab mereka sekeluarga pergi ke serata Thailand untuk bercuti hampir sebulan lamanya.

Kadang-kadang seronok dengar isterinya bercerita tentang pengalaman mereka pernah mengembara ke Korea (atau Jepun?) pada musim sejuk selama dua minggu. Dan pergi ke Siem Reap selama seminggu menaiki kereta api. Dan sekian banyak negara yang telah mereka lawati.

Kami buka cerita tentang rancangan untuk ke Pattaya pada awal November ini. "Akak pun nak pergi Thailand bulan November ni. Tapi kali ni naik kereta. Pergi Chiang Rai. Kalau sempat mungkin lajak sampai Myanmar."

Duduk di pekan kecil. Rumah biasa. Kereta biasa. Kerja biasa. Uruskan restoran bersama. Kumpul duit cukup, dan kemudian keluar bercuti bersama-sama. Sounds like quite a Life to me.

Aku faham keinginan sesetengah manusia yang berkiblatkan ke arah ini. Sentiasa mahu mengembara. Sentiasa mahu tengok tempat orang. Sentiasa mahu lari dari kegilaan dunia.

Tidak dapat tidak, sesekali wujud keinginan dalam diri untuk mencari advencer yang semacam ini. Kerana aku jenis yang tak minta banyak dalam hidup. Dapat bercuti setahun sekali dengan manusia-manusia kegemaran, atau luangkan masa berkualiti dengan wajah-wajah yang aku suka, itu sudah lebih daripada mencukupi.

Macam aku selalu pesan pada diri, bila ada duit, buat cara ada duit. Bila tak ada duit, buat cara tak ada duit. Ia semudah itu. Tak perlu pening kepala.

Kalau nak diikutkan, aku sendiri berat hati untuk pergi bercuti bulan depan. Mengenangkan pengurusan perbelanjaan tiba-tiba berterabur, serta komitmen-komitmen kewangan datang menjerut secara serentak dan sekaligus, dan paling utama, terpaksa tinggalkan kerja dan keluarga yang memerlukan keringat aku.

But if not now, when?

3:49PM Friday 16 October 2015

Anecdotes (19)

1. Berbalas mention di Twitter dengan Miss F dan saya menemukan rasa selesa dalam diri. It's nice when someone actually understand you.

2. Aiman baru pulang dari Jitra malam semalam. Sekarang semua orang ada di rumah kecil kami. Great, this feels like home.

3. Khutbah Jumaat di francais makanan segera McD, dan sembahyang yang tergesa-gesa.

4. Saya sentiasa mampu melakukan tiga empat kerja dengan sempurna dalam masa yang sama. Multitasking at its finest. Makan malam sambil menonton siri tivi sambil mendengar orang berborak sambil menaip laju di papan kekunci, misalnya.

5. Saya-awak. I-you. Potato-potahto.

6. Above anything else, kesihatan yang baik dan rezeki yang tak putus.

7. "Dekat mana kau beli baju ni?" Kawan saya tanya, merujuk kepada t-shirt lengan panjang kegemaran yang sering saya pakai. "Entah bila kali terakhir aku beli baju sendiri. Yang ni pun aku rembat baju adik aku." Saya balas. "Aku dah agak dah!" Kawan saya sambut.

8. Ya, ada apa-apa soalan?

Khamis, 15 Oktober 2015

Anecdotes (18)

1. When you find yourself (re)reading a conversation before you go to bed at night, that's when you know you're way in too deep now.

2. Saya tak pandai sangat tulis sajak. Tetapi kadang-kadang saya tulis juga out of the blue, bila jumpa perkataan-perkataan yang sesuai.

3. Tidur selama tiga jam, kemudian bangun melawan Dunia selama dua puluh satu jam.

4. Chapped lips, dan perbualan tentang lipstick yang menyerlahkan sisi feminin dalam diri saya. Ini sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal.

5. Karipulei.

6. Linkin Park - Enth E Nd (featuring Kutmasta Kurt and Motion Man).

Rabu, 14 Oktober 2015

(In)sanity

Barely get a good night's sleep nowadays. Tiga malam-malam berturut-turut tak perlu kunci penggera untuk bangun pagi. Kali pertama, 5:56AM. Kali kedua, 5:59AM. Kali ketiga sama macam kali pertama. Bangun, capai tuala, mandi, pakai baju, sembahyang Subuh, jenguk Haikal yang masih lena dalam bilik, kemudian keluar rumah tanpa banyak kerenah.

Aku selalu habiskan sebatang rokok sementara menunggu enjin kereta panas. Five minutes of divine ritual. Five minutes of genuine solitude. Five minutes of pure bliss. I told S the other day, I'm writing her a letter. It's all in my head right now, but I'm too lazy to write it down.

This morning, I spent ten minutes typing something on my phone. Hal-hal rawak, yang tidak berkait antara satu sama lain, tetapi ia datang dalam bentuk yang jelas dan tersusun. Namun aku tak boleh terlalu berlama-lama dan kekal leka dalam dunia sendiri. Kerana ada rezeki untuk aku rebut, ada kehidupan yang harus aku tempuhi, ada perang untuk aku menangi, dan ada advencer yang perlu aku sudahi.

Oh ya, berbalik kepada tidur yang tidak lena setiap malam, I hope I don't die too soon.

8:05PM Wednesday 14 October 2015

Of mata pedih dan kepala berat

Will you ever get bored of me, that is the question.

Isnin, 12 Oktober 2015

Don't let it fade

Setiap kali bangun dari tidur petang, aku dapati diri ini menjadi sedikit clingy. Terjaga, terpinga-pinga selama beberapa minit trying to grasp of what's coming, dan aku akan mencari sesuatu, atau seseorang yang mampu memberi aku secebis perhatian.

Sepuluh minit aku habiskan berborak dengan Tiger di bangku luar rumah. Aku letak dia atas riba, usap bulunya perlahan-lahan, kemudian bertanya soalan-soalan yang aku tahu akan tiada jawapan balas.

Ada bau-bau segar dalam setiap nafas yang aku hela. Hujan turun lebat tengah hari tadi, buatkan cuaca menjadi dingin. Aku dongak ke atas, tiada bintang kelihatan di dada langit. Mungkin petanda hujan bakal turun lagi menyimbahi bumi.

Dan perut aku lapar. Aku belum makan apa-apa sejak pagi. Malas nak keluar cari makan malam satu hal. Tak berselera satu hal lain pula. And now I notice I could fit my size 30 jeans with ease. Tanpa perlu bergelut dengan butang sendat dan senak telur.

Two prostitutes walked briskly past me. Tak peduli, aku cuma mahu habiskan sebatang rokok di tangan ini, kemudian masuk ke dalam rumah untuk dengar lagu-lagu Frank Ocean sambil berbaring di atas katil.

8:54PM

Ahad, 11 Oktober 2015

Pasca-Maghrib

(i)
Am I being too happy, I asked myself. I try to look for a little bit of sadness in me to write about and I couldn't find any right now. Not that I'm complaining for being happy, but sometimes, it just doesn't feel right. Maybe I'm still not used to it.

(ii)
Selesai memandu pulang ke rumah selepas habis urusan dunia, ditemani suara Lucy Rose dalam atmosfera jemu, aku jadi malas untuk turun kereta. Aku mahu duduk lama-lama, berfoya-foya dengan patah-patah kata dalam kepala, bawa imaginasi aku ke daerah paling jauh, sambil tidak hiraukan keberadaan sekeliling. Namun sentiasa ada realiti yang akan ganggu dan tarik diri ini keluar dari lamunan. Realiti ini datang dalam bentuk suara yang sakan berteriak. "Dah dah, keluar keluar, tunggu apa lagi. Minyak dah blinking tu."

(iii)
Aku ada seorang kawan yang sepanjang masa riuh bercerita; tak henti-henti bercakap. Bila duduk dalam kereta, dia adalah co-driver yang boleh dipercayai. Sentiasa ada perbualan yang pelbagai. Sentiasa ada komen tentang sesuatu. Dia cuma akan senyap bila mengantuk dan sewaktu terima panggilan telefon daripada teman wanitanya. Aku dah lupa berapa kali aku rasa macam nak bunuh diri terjun keluar kereta tatkala terpaksa dengar perbualan dia dan teman wanitanya. "Hello Ma... Pa on the way balik dah ni. He he he..."

Anecdotes (17)

1. Oliver Heldens - Gecko (Elephante Remix).

2. Sedang berdoa kepada Tuhan supaya jaga nafsu aku yang - tanpa apa-apa sebab kukuh - sedang berkira-kira untuk tukar sistem audio kereta.

3. Cheesy pickup lines and everything in between.

4. Tak banyak yang berlaku dalam hari Ahad aku. Kecuali hal-hal kecil yang ternyata sudah cukup untuk menggembirakan hati ini.

5. Sekali-sekala, setiap orang perlu rasai nikmat menari girang dalam bilik seorang diri.

6. Tak kira di mana kau berada, bila orang telefon dan tanya mana lokasi, sentiasa jawab dengan on the way, on the way! dan kemudian terus tekan butang letak untuk beri sedikit efek dramatik.

7. Dan ya, aku dah terlewat tiga puluh minit untuk sesi minum petang.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Esto no me gusta

Saturday is not treating me well so far. KL has drained me dry of my strength last night. Rasa macam perlu pergi mandi bunga untuk buang bau kekalutan kota yang masih melekat pada badan aku.

Now I'm trying to finish reading Akab's book pronto, and then take a little nap. See if it's going to, at least, fix my Saturday a bit (although I highly doubt it).

Jumaat, 9 Oktober 2015

Demon(s) in me

I confronted Ayah about things that has been bothering me lately. Tentang gelisah yang wujud dalam diri. Tentang kecelaruan hidup. Tentang sangsi terhadap perancangan masa depan. Tentang tidur yang tak lena. Tentang perkara-perkara kecil yang semakin lama dibiar, semakin memakan diri perlahan-lahan.

Saya tak pernah bercakap tentang ini dengan, well... sesiapa. Semuanya aku simpan dalam diri, untuk lihat betapa jauh aku boleh pergi, dan berapa kerap aku tersungkur, dan berapa lama aku boleh tahan.

Dan seperti sebelum-sebelum ini, kata-kata Ayah sentiasa bermula dengan pesan supaya aku berdoa yang baik-baik kepada Tuhan. Untuk selalu ingatkan diri bahawa takdir aku tertakluk di bawah kuasa yang maha Esa. Untuk tidak lupa yang hidup aku tidak mampu berfungsi dengan sempurna tanpa redha yang Satu.

It feels good when someone understands you. Untuk faham yang aku selaku manusia paling degil dalam dunia, hanya perlukan kebenaran - walau sepahit mana sekalipun - untuk buatkan kaki aku kembali berpijak di bumi nyata. Bukan kata-kata perangsang kosong yang bertindak sebagai agen penyelesa diri yang hanya mampu bertahan seketika cuma.

Tidak dapat tidak, setiap manusia ada ruang kosong dalam diri. Yang secara harfiahnya, boleh diisi dengan hal-hal kerja, hal-hal cinta, kerja-kerja mengembara dan bercuti, manusia-manusia asing, kegilaan, keTuhanan, dan lain-lain perkara yang difikirkan sesuai dan tidak janggal.

Mungkin silap aku yang sering penuhkan ruang kosong ini dengan diri sendiri. Sehingga setiap apa yang berlaku di sekeliling aku kedengaran seperti sesuatu yang sia-sia, dan kelihatan membuang masa.

2:01PM Friday 09 October 2015

I found solace in the strangest place (3)

It's the long drive back home that always bugs me. Macam aku selalu cakap pada seorang kawan, "Aku ni nak pergi mana pun okay sebenarnya, tapi nak drive balik yang malas."

Aku lihat jam di tangan. Tepat satu pagi. Selalunya waktu begini aku sedang berada di atas katil berbaring main telefon selepas pulang makan malam atau keluar melepak. Tetapi sekarang aku sedang duduk berbual dengan seseorang. Ah takpe la, aku pujuk diri sediri, bukan selalu.

We then took a late night drive aimlessly around town. Ipoh pada waktu malam adalah sebuah pekan hambar. Kerana pekan ini tak berfungsi macam New York atau Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya. Tak ada orang duduk di tengah pekan ini. Jadi yang ada hanya bangunan-bangunan sepi, dan jalanraya lengang tanpa kenderaan.

"I sure have a lot to write about you after this," tak pasti sama ada S dengar atau tidak sewaktu aku beritahu ini. One thing for sure, I've been writing a lot about her lately. No reason needed, though. I just feel like it.

Boleh kata sepanjang masa aku menulis nota halimunan. Sewaktu memandu. Atau sewaktu makan malam. Atau sewaktu berjalan ke arah kereta. Atau sewaktu duduk termenung dalam bilik. Kalau rajin, ia akan berakhir dalam bentuk nota. Kalau tak rajin, ia akan terus kekal berulang-ulang dalam kepala.

Tak semena-mena S buka tingkap kereta. Untuk merasai angin luar, katanya. You see, I have an irrational fear of ghost. Ada imej-imej aneh yang tak mahu hilang dari ingatan. Ia sentiasa ada dan menghantui.

Jadi tak pasti kenapa aku berani buka cerita tentang kisah seorang kawan, yang memandu seorang diri waktu tengah malam, "Kawan I buka tingkap waktu drive, lepas tu dia pelik kenapa tak rasa angin masuk, macam ada benda halang."

Tak cakap banyak, terus S cepat-cepat naikkan tingkap kereta. Aku ketawa. S ketawa. I stole a quick glance at her, and thought to myself, "Yup, I was right. No reason needed."

Anecdotes (16)

1. Can I just skip the whole day and be sad instead?

2. Can I go cry now in despair?

3. I don't like changes. Aku mahu semuanya dalam aturan sama, dan perubahan yang boleh diterima akal adalah yang mengikut skala dan acuan aku sendiri tanpa campur tangan orang lain.

4. Jemaah sembahyang Jumaat kurang seorang hari ini. Berada di Sintok untuk sepuluh hari. Ini satu kehilangan yang besar.

5. Kalau perbualan tak menarik, aku akan berhenti bercakap.

6. Entahlah, tapi aku tak pernah bosan cakap pasal diri sendiri. I could go on and on and on....

7. The trick is to play innocent and act like you know nothing. Believe me, it will serve you well in life.

8. Been having nightmares for the past few days. Untuk syaitan yang kacau mimpi aku, tolong berhenti. It's not funny anymore.

9. Aku habiskan tak sampai lima minit untuk menulis ini.

10. Okay, I go cry now.

Nota sebelum keluar rumah

Aku tidur lewat malam semalam untuk habiskan bacaan sebuah buku yang aku dapat secara percuma. Dari penulis buku itu sendiri. Siap ada tandatangan. Dan ucapan pendek dengan tulisan cakar ayam.

I haven't read anything lately. Kalaupun baca, sekadar menebuk bahagian-bahagian yang aku suka. Yang aku ingin guna di masa akan datang. Yang aku peduli untuk terus simpan dalam kepala.

Ini buku yang bagus. Macam mana aku tahu ini buku yang bagus? Sebab ia buat aku rasa rendah diri tatkala membaca dan jadikan aku semacam bersemangat untuk cuba menulis dengan lebih baik.

Kita sedang bercakap tentang aku. Yang susah untuk terima elemen luar. Yang susah untuk percaya dengan suara-suara pihak kedua, atau ketiga. Aku fikir aku lebih percaya dengan suara sendiri. Sebab suara aku sedap.

You people should listen to me singing while driving. Majestic, I tell you.

Khamis, 8 Oktober 2015

Anecdotes (15)

1. Dear Self, have you lost track of your spending for this month?

2. Two strangers who happens to know a little bit too much about each other.

3. A girl and her weird request(s).

4. Aku ingat nak bancuh Nescafe secawan sebelum keluar rumah pagi tadi. Namun benarlah kata orang, kita manusia biasa hanya mampu merancang. Sebagai ganti, aku singgah kedai untuk beli Nescafe tin.

5. I may have made a mistake last night. Rasa macam nak tampar diri sendiri yang berani berjanji sesuatu yang aku tak pernah buat. O God, I'm regretting this one already.

6. 0 to 100km/h in just a split second.

7. Ain't care, braaaaap!

Rabu, 7 Oktober 2015

I found solace in the strangest place (2)

I went to the hotel lobby to pick up her up. Sebab ini adalah perempuan yang kemain lagi mengada-ngada suruh aku masuk ke dalam untuk jemput instead of aku tunggu dalam kereta dan dia datang kepada aku.

"Cantiknya..." Mulut aku ringan nak puji semasa S angkat muka untuk pandang aku, tetapi ego aku kata tunggu dulu. I smiled politely and said jom, jom.

Mujur cuaca elok; tidak terlalu berjerebu. Didn't know she had an asthma, sehinggalah sewaktu aku tanya boleh ke tak hisap rokok di meja makan. No wonder she opted for an indoorsy environment.

"Do you have anything to ask?" aku tanya, sewaktu aku semakin tidak berselera dengan makanan di hadapan aku. Makanan yang aku, untuk rekod, tak pernah tak habis makan sejak tahun 2009.

I was waiting for the look on her face when I finally told her what I do for a living. But she remained stoic. Macam tak ada apa-apa walhal sebelum ini dia beria-ia untuk tahu. Mulanya aku ingat nak bergurau dan beritahu yang aku jual dadah. But even I know I'm way too good looking to be doing something like that.

Habis makan, kami habiskan sisa malam dengan berbual panjang di sebuah kawasan yang sering menjadi tumpuan manusia untuk bersantai. Didn't like it here though, tetapi apa boleh buat, aku ikutkan saja.

I'm not sure why, but I feel comfortable talking and sharing things I could only dream of. There's a part of me that just don't feel the need to be too secretive with her. Even so when I think the idea of me opening up to other people is absolutely terrifying, but I figured, ahh the hell with it.

Penuh peti masuk telefon aku dengan teks mesej bertanyakan aku pergi mana. Only a handful of people whom I trusted know I'm here. I'd very much like to keep it that way. Lebih mudah begitu, aku fikir.

As so eloquently put by Mai in her latest blog post, this is my private kind of happiness. Ada kegembiraan yang aku ingin simpan hanya untuk diri sendiri tanpa pengetahuan sesiapa.

Anecdotes (14)

1. Rupanya, hari ini hari ulangtahun kelahiran F. I texted her, "Happy birthday F. May God bless you, and have a good one!" Dia balas tak ada kena-mengena, "Write something for me."

2. Majlis konvokesyen kawan-kawan aku berlangsung hari Ahad ini. Aku bercadang untuk hadir meraikan (since I never went to mine). Aku tanya F, "Session korang pukul berapa?" Dia balas, "Lapan pagi." Sorry, but I couldn't make it.

3. Macam falsafah hidup seorang kawan: Rokok aku adalah rokok aku. Rokok hang adalah rokok aku.

4. On a serious note, aku ada dua makan malam yang tertangguh. Dan aku syak akan ada dua orang manusia yang bakal benci aku selama-lamanya.

5. Bulan depan, genap lima tahun aku buang masa di HimpunanKata.

6. aQ tUck kac0 id0p q0 un,,

7. November 2015.

8. My parents raised me well. I thank them both for that.

Selasa, 6 Oktober 2015

Intoksikasi kafein

Pulang dari Ipoh pukul satu tiga puluh pagi, dan aku dapati diri ini tak boleh nak lelap selepas meneguk tiga tin Nescafe sewaktu dalam perjalanan pulang.

Kali terakhir aku jenguk jam, waktu menunjukkan pukul tiga tiga puluh pagi, sebelum aku terjaga pada pukul enam tiga puluh pagi.

Entah berapa kali aku berperang dengan butang snooze sebelum akhirnya mengalah, terus capai tuala dan masuk bilik air.

Feels like my eyes are bleeding. Good thing is, aku sedang sibuk menulis nota-nota halimunan dalam kepala. Ada beratus-ratus patah kata bermain-main; datang dan pergi, datang dan pergi, tetapi ia teratur dan tersusun.

But as always, it can wait. Like everything else in this world, it can wait. Aku tenung cermin dalam-dalam. I swear to God, my hair is still on point from last night. So fucking majestic, I tell you.

Isnin, 5 Oktober 2015

Anecdotes (13)

1. Tak pernah (jarang, sebenarnya) like gambar Instagram orang lain. Melainkan ada muka aku di dalam gambar tersebut. Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan menatal gambar-gambar koya deep dengan unrelated caption(s).

2. To not return the favor is my forté .

3. "Bad apology begs for forgiveness. And this isn't. This is a sincere apology and I don't expect anything back in return. Be mad all you want, but I promise it won't happen again."

4. Nombor 3 adalah pastiche kepada surat cinta Will yang ditulis untuk Emma.

5. Dime quién puede ser feliz?

6. Bercadang untuk hadiahkan diri sendiri seutas jam tangan Komono sempena ulangtahun kelahiran bulan depan.

7. "Kau gunting rambut ke? Apahal tak nampak macam dah gunting pun?"

8. Kemas rak buku, baru perasan aku ada senaskhah buku Gergasi (masih dalam plastik) terbitan Fixi. Aku dapat percuma dan tak bercadang nak jual, jadi kalau sesiapa berminat boleh emel ke alepfgz[at]gmail[dot]com or simply DM me on Twitter.

Ahad, 4 Oktober 2015

A Saturday well spent (2)

Bila ada manusia asing tanya, on a scale of one to ten, berapa sedap mee kari yang selalu aku makan, aku tak perlu fikir panjang dan ternanti-nanti untuk terus jawab sepuluh. Ada keyakinan dalam diri ini untuk tidak sangsi dengan pilihan sendiri.

It's more of a personal preference than anything else. Walaupun citarasa aku tak pernah salah bila tiba bab makan. Go ahead and ask all of my friends. Kalau aku cakap sedap, semua orang percaya.

Last night, we went there to have dinner. Dua orang kawan yang dalam perjalanan pulang dari Penang juga turut serta. If it's a bowl of curry mee, then it's a must. Ada makanan sedap, manusia-manusia kegemaran, dan borak-borak panjang menemani malam aku. Terus lenyap segala resah yang bersarang dalam hati malam itu.

Aku selalu nak pelawa sesiapa yang belum pernah makan di sini, untuk datang mencuba. To be part of my memories. Sebab aku boleh ingat hampir semua wajah-wajah yang pernah duduk semeja dengan aku. Kiki, Bob, F, N, Miss F, ahli Borakian dll.

Oh how beautiful.

Sabtu, 3 Oktober 2015

A Saturday well spent


Habis kemas rak buku yang sudah dua tahun tidak tersusun, aku segera bersihkan diri, put on a nice clothes, untuk keluar cari makan tengah hari yang tertangguh.

Tiba-tiba teringat kejadian lucu tempoh hari sewaktu sedang menunggu di luar kereta. I was busy flexing my muscles in front of my car window. Not really flexing though, tetapi lebih sekadar mengepal penumbuk berulang kali untuk lihat urat lengan timbul berselirat. Aku toleh ke kiri, rupa-rupanya ada seorang perempuan terkebil-kebil memandang ke arah aku. Aku senyum. Dia senyum. Tak cakap banyak, aku terus masuk ke dalam kereta. How embarrassing.

Sudah pukul lima petang. Jerebu celaka buatkan hari seakan-akan redup. Dan udara berbau asap. Dan mahatari seperti segan-segan untuk menyinar.

Aku lalu di hadapan kedai seorang kawan, dengan harapan untuk melepak sebentar. Tutup awal. Selalunya pukul enam petang baru tutup. Mungkin kerja separuh hari memandangkan hari ini hari Sabtu.

Aku terus ke sebuah restoran Mamak. I like eating here alone. Tak ada siapa peduli kalau aku duduk seorang diri, hembus asap rokok, baca surat khabar, tonton tivi yang menayangkan rancangan-rancangan maha dungu. My friends don't like it here. Selalunya kami melepak bersama di tempat lain dengan akses mencuci mata yang lebih bagus.

Selesai makan dan aku terus ke sebuah bank. Might be spending a lot this month. Bil-bil baru akan menerjah masuk dua hari lagi. Kurang sebulan dari sekarang, insurans dan cukai jalan kereta bakal luput. Car service appointment dalam tempoh dua minggu lagi. Dan sedikit belanja untuk rancangan bercuti pada bulan November nanti.

Aku semak baki akaun. Ada amaun yang aku mahu. "Please don't ever change, will you? I like you just the way you are," aku kata kepada baki akaun aku. Dalam hati. Sebab kalau aku cakap kuat-kuat, nanti orang ingat aku gila.

7:51PM Saturday 03 October 2015

The black void of space (3)

I've been going through some hard times lately. Ada perang emosi dalam diri yang perlu aku tempuhi. But I believe in giving credit where credit is due. Susah nak percaya yang aku sudah semakin matang untuk tidak lagi menipu diri sendiri. Yang tahu bila untuk berhenti mencuba. Yang perlahan-lahan belajar untuk terima hakikat.

And I'm doing this all by myself. Tanpa pertolongan kawan-kawan. Tanpa ada paksaan. Tanpa sesiapa pun tahu. Tanpa perlu kata-kata semangat dsbnya.

I’m an adult. There's no sense grinding over petty things. Why waste energy and time while I could be doing something else. Because you see, life is not all about winning. Sometimes you just gotta know when to stop when the time is right.

6:45PM Saturday 03 October 2015

The black void of space (2)

I don't get why sometimes people try so hard to figure me out. Or try relentlessly to understand me. I wish I could tell them there's no need for that.

Accept me as I am. A man full of flaws and a dark past.

Believe me, I've been meaning to open up to other people for as long as I can remember. But it's getting harder day by day. There's a part of me that goes, "Why so vulnerable? Why so fragile? This is so not you."

5:01PM Saturday 03 October 2015

Anecdotes (12)

1. Kami sekeluarga layan kucing dalam rumah ini macam ahli keluarga. Ada perbualan tanya khabar, ada bebelan, ada borak-borak kosong, ada waktu makan bersama, ada sesi pillow talk, dan ada ruang untuk bermain.

2. Aneh sebab demam dah surut hampir seminggu. Tetapi selera makan tetap belum ada. Lapar memang lapar, tetapi bila makanan sampai, setiap suapan rasa macam neraka untuk dihabiskan.

3. I'm not going anywhere today. Jadi aku ingat nak kemas rak buku yang sudah dua tahun tidak tersusun. Aku dah tak ingat berapa banyak buku aku ada pada orang lain. Nah it's okay, I'll buy a new one later on.

4. "For sharing good memories, for supporting my insanely childish acts, for showing me that it is not that bad to be a teacher, I thank you. May we have a better story, a better future, a great ending of this complicated life journey." - Miss F

5. Unrelated, tapi bila upload gambar kucing dan tulisan-tulisan sedih, people are quick to notice. Sebaliknya pula bila upload gambar muka sendiri.

6. Mujur ada lagu-lagu Adele untuk menyelamatkan Sabtu yang suram ini.

7. Now that I think of it, aku semacam ada mempelawa seseorang untuk keluar makan malam dua minggu lepas. Aku cakap aku akan cuba cari masa yang sesuai dan beritahu kemudian. Well, I guess time is never on my side.

8. Sedikit leceh bila kawan-kawan tahu jadual hidup aku. Kerana bila mereka ajak keluar, atau datang ke rumah secara mengejut, aku sentiasa tak dapat nak lari. "Aku ada hal kejap lagi," selalunya aku cuba berdalih begini. Tetapi dalam kebanyakan waktu, mereka tak percaya, "Lancau hal apanya. Aku tau kau dah habis kerja. Jomlah."

 9. Thinking of selling my copy of limited edition Kopi published by Fixi. Sebab aku nak beli tiket kapal terbang untuk bulan November nanti.

10. Lionel Messi.

Jumaat, 2 Oktober 2015

The black void of space

8:39PM Friday 02 October 2015

Move the fuck on, aku pujuk diri sendiri. Because that's the only logical thing to do right now. Jejak semula kaki di atas bumi, dan terus melangkah tinggalkan segala-galanya yang telah aku mulakan.

Don't give up the fight, pesan Miss F pada aku tempoh hari.

She clearly want different things in life. Always want to keep her options open. And I'm just trying to do the right thing by not getting in her way. Hey it's okay, I'll voluntarily walk away.

I guess somewhat it's true. When you're feeling down, jangan terus terjun ke dalam lohong kesunyian atau kesedihan. Sebaliknya, toleh sebentar ke belakang dan cari manusia-manusia yang masih peduli untuk hulurkan tangan dan dakap diri kau dengan penuh perasaan terbuka.

It makes no sense whining about the past though. What's left now is a bit of recollection (I wouldn't go so far as to call it memories) of two people destined to cross paths just for a little while.

Juxtaposition

(i)
Aku lihat ada senyum lebar sewaktu Ayah beritahu rumah yang kami duduki sekarang sudah habis langsai. Ada nada gembira dalam percakapannya. Ada hela nafas lega menujah keluar dari rongga nafasnya. 15 years of sheer determination. Prolly the longest 15 years of his life. Thank you, Ayah.

(ii)
Macam aku cakap kepada Miss F tempoh hari. "Saya okay (hidup biasa-biasa). Dari kecil saya dah selalu hidup susah. But it wouldn't be fair to her."

(iii)
Second (or third option) by default.

(iv)
Don't worry. I'm done chasing.

Khamis, 1 Oktober 2015

Nota yang tidak menemukan pembaca

Kadang-kadang aku berharap ada tragedi dalam hidup aku. Yang membuatkan aku sedih dan murung sepanjang masa. Yang menyebabkan hidup aku sedikit kucar-kacir. Right now, I am more than happy with my life. Ada keluarga disisi, ada kawan-kawan yang memahami, ada kerja yang mampu menyara aku, ada manusia-manusia asing yang datang dan pergi, ada waktu-waktu yang mampu aku habiskan sesuka hati.

Dan di setiap selang satu itu, aku berharap aku punyai masa untuk menulis tentang hal-hal kegemaran. But I don’t write well when I’m happy. Mungkin ini cuma alasan untuk kembali ke dakapan kesedihan dan kesunyian, tetapi itulah hakikatnya. Aku sudah berhenti mencuba menulis fiksyen. Imaginasi-imaginasi aku seakan-akan telah luput, dimakan realiti. Menyelak semula fiksyen-fiksyen lama, aku kembali menemukan diri sendiri. Yang telah mati.

That’s the price you have to pay for being crazy. A crazy writer, nonetheless. Terlalu banyak dalam fikiran aku ketika ini. Ada beratus-ratus langkah ke hadapan yang telah aku bayangkan. Semuanya menghala ke arah Kehancuran.

6:12PM Sunday, August 23, 2015