9 March 2014 at 21:05
Aku kira, aku sudah ada reputasi sebagai slow driver. Dan ini, sangat tidak cool, memandangkan pada usia semuda ini, aku patutnya lebih teruja untuk menekan pedal minyak dengan sedikit elemen - kalau pun tidak banyak - keghairahan.
Aku mula perasan ini, sewaktu memandu pulang dari Ipoh ke Sitiawan bersama seorang kawan. Hell, it took me roughly two hours to reach home. I mean, even Ayah drives faster than me. Dan mujur kawan aku tiada akses kepada senjata api. Jika tidak, pasti dia lebih rela menembak diri sendiri daripada terus duduk di sebelah aku.
F hairan melihat aku lebih suka berada di lorong kiri, sewaktu kami dalam perjalanan untuk keluar makan malam. Sebelum itu, dia merungut kerana aku tiba lewat di rumahnya, selepas aku bazirkan hampir tiga puluh minit dalam kesesatan.
"Itu la," aku balas, "Siapa suruh duduk dalam hutan? Jenuh cari tak jumpa."
Aku beritahu F, aku cenderung untuk memandu perlahan hanya jika ada peneman di kerusi penumpang. No, no, this is not me being romantic or sweet or what. Ini cuma aku yang gemarkan perbualan dan gelak ketawa dalam kereta, sambil membunuh waktu bersama-sama dalam ruang yang terbatas.
Jadi aku habiskan lebih tiga ratus kilometer pergi-balik untuk bertemu F. Sembilan jam, poof, berlalu begitu sahaja.
"Two years, huh?" aku tanya F, yang menyambut soalan aku dengan reaksi seakan-akan tidak percaya kami tidak berjumpa dalam tempoh yang begitu lama. Kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri selepas tamat pengajian, sehingga tiada jeda waktu untuk satu sama lain.
Menurut F, aku pasti punyai banyak perkara untuk ditulis selepas pertemuan ini. She's right, though.
I stole a glance at her face, and thought to myself, "It's a shame because I can't write about you as much anymore."