Dalam banyak perkara yang mahu aku sembunyikan daripada manusia lain, aku terpaksa akui, menulis bukan lagi satu prioriti dalam hidup ini.
Aku tidak tahu mengapa aku begitu berkeras untuk terus menulis (saat menaip ini) walaupun tahu fiksyen, atau semi-fiksyen, tidak lagi menghiburkan hati ini. Mungkin kerana aku mahu terus berpaut dan bernostalgia, sambil membaca tulisan-tulisan lama, kerana ia adalah sesuatu yang aku mahu dan tahu lakukan dengan begitu baik sekali.
Believe you me, aku sudah penat menulis tentang menulis. Kerana ia kitaran yang tidak berpenghujung. Kerana ia buatkan aku kedengaran seperti remaja 15 tahun yang hanya tahu merungut. Kerana ia buatkan aku seolah-olah tiada pedoman untuk masih lagi berlegar tentang subjek yang sama dalam satu tempoh yang lama.
Tetapi sisi optimis dalam diri ini melonjak memberi harapan, sambil membelek draf-draf yang terperuk dalam telefon, komputer peribadi, kertas-kertas kosong, resit dalam dompet, untuk menghabiskan apa yang telah aku mulakan. Sisi optimis ini juga memujuk bahawa aku hanya perlukan Muse.
Yeah right, Muse my ass. I know exactly what it means. I just need to fall in love again.
6:40PM Wednesday 16 July 2014
6:40PM Wednesday 16 July 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan