Isnin, 30 November 2015

Monday madness

1.Sebulan yang lepas, berborak dengan kawan-kawan tentang idea memiliki sebuah kereta drift secara kolektif. Dua minggu lepas, tak semena-mena, idea memiliki seekor kuda peliharaan muncul dalam perbualan kami. Malam semalam, ia sebuah idea entah apa-apa untuk memiliki perniagaan sendiri.

2. "Kau kena promote macam ni: Kalau pakcik beli satu, seringgit. Kalau beli dua, dua ringgit. Lagi banyak pakcik beli, lagi cepat saya kaya."

3. Tak pasti sama ada dunia ataupun aku yang melangkah terlalu cepat. Too much of everything happening lately. One step at a time, dear Self. Jangan tersadung, dan jatuh tersungkur.

4. Kawan-kawan tegur badan aku semakin kurus. Tak pasti bagaimana, but hey, I did it!

5. Aku ulangtonton siri tivi Two and a Half Men, out of sheer boredom. Pengalaman menonton menjadi sedikit berbeza setelah dapat tahu Charlie Sheen positif HIV.

6. Muse - New Born (Live from Wembley).

Not right here, but right now. (3)

I lightly punched her in the arm when she got into my car. "Haa, that one for always bullying me." I'm not sure why I did that. Perhaps to ease my nervousness and awkwardness. For all I care, I need to loosen up as soon as possible. Because I can't go all night being an awkward potato.

Dan sepanjang malam, I punched her seven times more. Because she deserves it.

I arrived early. The traffic was being nice to me all the way. Tak banyak kerenah. Tak banyak kenderaan. Cuma hujan lebat melambatkan pergerakan aku sewaktu pertengahan perjalanan. And yes, I survived Sungkai road at midnight.

My biggest fear is that my car breaks down in the middle of the road. Because my check engine light was on since the very beginning. Believe me, being stranded alone in that freaky place is the last thing you want to happen.

Malam yang nyaman pasca-hujan lebat. Merayau-rayau di sekitar Bangsar mencari makan malam sebelum berhenti makan pizza paling tak sedap dalam dunia. Mine was good though. S punya yang tak sedap.

Tetapi ia berakhir menjadi aku habiskan yang tak sedap. Dia habiskan yang sedap.

9:30PM Saturday 28 November 2015


Tragedi (3)

1. Tenang (dan bangang) adalah selamba memandu dengan lesen tamat tempoh sudah hampir sebulan lamanya.

2. Semalam keluar makan malam dengan seorang kawan. Dia hantar aku balik rumah pukul lapan malam. Sedar tak sedar, tengah selesa baring atas katil main handphone, aku terlena. Pukul sepuluh setengah malam, Subra telefon aku. "Kau dekat mana?" Aku yang masih mamai segera balas, "Rumah." Kemudian dia sambung, "Kami on the way pergi rumah kau."

3. "Mohon berambus. Jangan mai rumah aku. Aku nak tidur."

4. Malam itu, aku minum limau ais dan makan rojak buah dengan mood separa mengantuk. Dan pulang ke rumah pukul sebelas setengah malam.

5.

100% to 69% real quick.

Being the eldest in family, sometimes I'm afraid if I came off as a bit overprotective to some people. Deep down in my heart, I always want to take care of the people I dearly love. To give them sense of attachment and belonging.

I used to not care about other people or their feelings at all. Kita sedang bercerita tentang Raja Muhammad Aliff sewaktu berusia awal dua puluhan. Kerana yang penting bagi aku ketika itu, adalah diri sendiri dan hanya diri sendiri.

Tetapi semakin menginjak dewasa, I learn how to compromise. Untuk selalu bertanya khabar, untuk peduli tentang makan minum orang lain, untuk ambil tahu perkembangan kerja dan hidup seseorang, untuk sentiasa bersedia jika ada orang perlukan kewujudan aku.

As a matter of fact, I'm at the phase of my life where I'm actually brave enough to venture out to meet new people. Because to be honest, I'm always feeling nervous around them. Macam Jeff balas sewaktu Wilma tanya adakah dia gugup sewaktu berbicara dengannya dalam siri tivi Coupling episod Unconditional Sex. "No, no. I'm being nervous in general. You just happen to be nearest."

I know how to act my age in front of strangers. Berurusan dengan pihak bank, misalnya. Atau sewaktu sedang dalam waktu kerja. Atau ketika menunggu giliran untuk perbaharui lesen memandu. And I know how to control myself from saying cheesy pick-up lines to waitresses in restaurant.

I only act like an idiot and behave like a man-child with my loved ones. Seperti aku selalu kacau Haikal sebaik pulang ke rumah. He's going to be 10 years old next year, dan semakin tidak suka aku cium pipinya. But as always, I don't care. I'll annoy him until the very end.

Because my daily routine is too tiring as it is. Jadi sebaik sahaja habis rutin kerja yang menyesakkan, aku mahu habiskan jam-jam berikutnya dengan menjadi tidak terlalu serius dengan orang yang rapat dengan aku. Menjadi seorang yang boleh berborak apa sahaja walaupun tentang isu-isu sensitif waima membosankan sekalipun. Menjadi seorang yang tidak selalu bercakap hal kerja walaupun ia betul-betul mengganggu fikiran. Menjadi seorang yang sentiasa tersenyum walaupun seharian letih melawan dunia. Menjadi seorang yang selalu bergurau sewaktu duduk di meja makan bersama.

But pepole don't get me. Just because I don't always talk about my future plans, maka mereka andaikan aku tak pernah risau tentang masa depan diri. Tak ada siapa pernah peduli untuk tanya apa aku mahu dalam hidup. They never ask me about my hopes. And my dreams.

Semalam seorang kawan datang ke rumah pada waktu petang. Hari Ahad, dia kerja separuh hari, dan sebelum pulang ke rumah, dia singgah untuk berjumpa. Tanpa berlengah, terus aku mengadu tentang kegusaran dalam hati ini. He's my best friend for an obvious reason. Tak pernah nak pujuk aku dengan kata-kata yang menyelesakan. Tetapi dia selalu ada untuk mendengar cerita-cerita aku.

I lead a simple life, I told him. I just want to be happy. At this age, I don't deserve having a headache over some petty things anymore. That's why my circle is small. Dan cuma dipenuhi dengan manusia-manusia yang aku peduli kewujudan mereka.

Sama macam manusia lain, I need a companionship. Tak kira berapa dekat. Tak kira berapa jauh sekalipun. Tak kira berapa ramai. Tak kira berapa lama. Selagi ada manusia yang sanggup lalui hidup ini, susah senang bersama aku, I'm grateful for each one of you people in my life.

Aku tak pernah pandang status hidup seseorang untuk kenal serius. Setahun yang lalu, seorang kawan kenalkan aku dengan seorang lagi kawannya. We went out twice. And then I told her what I do for living, and poof-- I never heard from her again.

Heh, apa boleh buat, melainkan geleng kepala dan ketawa kepada takdir yang Tuhan aturkan untuk aku. I don't mind though. And I never complain either. She want different things in life, maka aku tak ada hak untuk halang sesiapa pergi dari hidup aku. Sebab aku tak ada apa yang dia cari.

Macam selalu aku tanya seorang kawan, "Dah berapa lama kita habis sekolah menengah?"

"Dekat sepuluh tahun jugak la." Dia balas.

"Celaka. Apahal kita tak kaya-kaya lagi ni? Patutnya kita dah pakai GTR dah sekarang ni." Aku balas, bergurau. Dan kami ketawa bersama. A lot of what I say intended as a joke. Maka tak hairan kalau sesiapa yang tak biasa dengan diri ini, terasa hati dengan setiap kata-kata aku.

Okay. My Monday just about to start. Have a good day ahead of you people!

11:45AM Monday 30 November 2015

Ahad, 29 November 2015

Tragedi (2)

Sometimes you just want to do absolutely nothing on Sunday. I was at the dinner table last night with friends. And we talked about this.

Aku beritahu, selalunya lepas balik kerja waktu tengah hari pada hari Ahad, I just want to have a quality me time. "Kadang rasa macam malas nak keluar. Malas nak mandi. Malas nak makan. Tapi buka juga peti sejuk cari makanan. Paling syok, bila balik rumah tak ada siapa-siapa. Baring tengah ruang tamu. Kemudian baring atas katil. Pasang tivi. Tutup tivi. Pasang lagu-lagu kegemaran. Main handphone. Minum Nescafe. Borak sekejap dengan orang yang kita suka. Buat kacau dalam group WhatsApp. Tonton Youtube. Pergi dapur. Buka komputer. Terlelap. Belek rak buku. Main dengan kucing. Kemas rumah sikit-sikit. Buka folder filem-filem yang belum ditonton. Tengok separuh jalan. Sambung baring atas katil. Dan malam, kalau rasa rajin sikit, keluar makan dengan kawan-kawan. Keluar merayau-rayau memandu tanpa tujuan. Balik sambung borak dengan orang yang kita suka. Buka Facebook tengok video-video pelik. Jumpa artikel-artikel panjang yang ingatkan boleh jadi senang mengantuk, tapi makin lama baca, makin tak boleh nak berhenti."

Dan kemudian tiba Isnin.

Tragedi

I couldn't put my eyes to sleep. Jenuh bergolek ke kiri ke kanan atas katil, dengan mata terpejam, tetapi tak mahu lena, sehingga akhirnya aku tengok jam, sudah pukul enam pagi.

Terus aku bangun, capai tuala, mandi, sembahyang Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Aku lihat mata aku di cermin pandang belakang kereta, merah menyala. But I don't feel restless at all.

How weird.

Sabtu, 28 November 2015

And...

1. Kegembiraan adalah dapat pulang ke rumah after a long drive. Kegembiraan berganda adalah pulang ke rumah sambil kucing kegemaran tunggu depan pintu. Kebosanan pula adalah pulang ke rumah tak ada siapa-siapa, dan talian internet rumah buat hal.

2. Saya jarang nak mencarut, kecuali dengan manusia-manusia yang kenal rapat dan faham tatacara percakapan dan pergaulan saya. Because I don't possess certain degree of intuitive understanding of other people to be able to curse straight into their face.

3. All in all, terima kasih kepada diri sendiri kerana pandai untuk berlaku sopan dan sentiasa tersenyum dalam apa jua situasi.

4. No, dear Self. Stop romanticizing everything.

5. Poof— and let people wonder why.

Not right here, but right now. (2)

"And I can't help but ask myself
how much I'll let the fear
take the wheel and steer."

Ada bait lirik lagu Incubus ligat bermain dalam kepala aku sewaktu tiba giliran S memandu. "Bagi I drive," pinta S, and one thing led to another, aku dapati diri ini telah pun berada di bangku penumpang sambil berdoa tidak mati di usia yang muda. 11PM, and I'm sleepy, and I don't care anymore.

Ada tiga perkara aku paling takut dalam hidup ini. Satu, perempuan yang sedang marah. Kedua, bila perempuan pandu kereta aku. Dan ketiga, perempuan yang setiap kali kami lalui kawasan gelap, pandang aku dan kemudian ketawa he he he macam orang kurang siuman.

Gabung ketiga-tiga atau dua daripada tiga perkara ini dalam satu perempuan, maka ia seperti berada dalam neraka. Yes, you read that right: hell.

Bangun bangun!

She used to have a fucked up sleeping pattern. Terlena sebaik sahaja pulang dari tempat kerja kemudian terjaga pada waktu tengah malam.

And we'll be having conversation until one of us fall asleep. I mean, until she falls asleep. Because I rarely left conversation without any closure or as simple as saying good night.

I find it cute when she wakes up in the middle of the night, looking for me and longing for attention. It feels good when she needed me.

At least, my existence does give purpose to her other than just to annoy her all day every day.

Jumaat, 27 November 2015

Not right here, but right now.


This is a girl who wouldn't let me take a picture of her properly. Rasa macam nak suruh dia berdiri sandar tegak membelakangi dinding, kemudian cakap, "Stay there. Please don't move. Okay now smile. I'm going to take a nice picture of you."

We drove around KL all night with no clear destination in mind. Hujan renyai lagipun. Tak begitu sesuai untuk keluar daripada kereta dan koya ber-flaneur sekitar kota untuk habiskan sisa malam yang begitu cepat berlalu.

"Bukit Ampang?" S suggested.

"Jom. Tak kisah," was my initial response.

Setelah beberapa siri terlepas simpang dan tersalah masuk laluan bertentangan, kami ambil keputusan untuk tidak meneruskan niat asal. Her fault, not mine. Because her sense of direction, well... nevermind that.

I can't remember the last time I drove that far just to have simple dinner and be back home the same night. To be honest, I don't mind driving though. Asalkan aku tak buat kerja-kerja berat atau aktiviti-aktiviti melelahkan sebelum mula memandu, I think I'm good to go.

Six freaking hours on the road driving back and forth. But it was definitely worth it. Ada perbualan yang menyelesakan, ada gelak ketawa yang menghiburkan, dan tak ada kegusaran yang datang menjengah.

How do people live here, I thought to myself. Jalanraya tak pernah tak sesak. Dan setiap kali memandu, tak pernah tak jumpa pemandu bangang. I looked at her and said, "I hate KL. I hate the traffic. And I hate you."

Okay that last part I was joking. I mean, how can I possibly hate her?

4:11PM Friday 27 November 2015

Rabu, 25 November 2015

Wednesday madness

1. I don't often talk about my daily job. Not at the dinner table, no. I'd rather talk of something else. After working hours, I try not to think about it as much. Because it's pointless. Sebab kalau diri ini risau macam mana sekalipun, tetap kena hadap juga pada keesokan harinya. So why worry now?

2. I'm a man full of flaws. And I never claimed to be a saint. Tak baik tara mana pun. 

3. Walking Street is no different from Bangla Road. Cuma kewujudan transgender lebih ketara, and they are freaking everywhere. Pada hemat aku, transgender di sana lebih cantik (ini subjektif, boleh dipertikai, jangan risau) daripada perempuan tulen. Benarlah kata orang, kecantikan artifisial mampu mengelabui mata manusia.

4. Anak lelaki Rozita Che Wan ni ingat dia The Rock ke apa nak simpan sideburns panjang-panjang?

5. It feels weird. Up until now, I couldn't believe myself when I actually genuinely care about her well-being.

6. Bila dikenang semula, perkara paling bagus tentang Pattaya adalah hotelnya yang selesa. Kerana setiap kali aku berada di luar melakukan aktiviti atau melawat tempat-tempat tarikan pelancong, aku jadi tak sabar untuk balik hotel, hisap rokok di balkoni, belek gambar-gambar yang kami tangkap, kemudian berselubung dalam selimut sambil berborak dengan kawan-kawan yang lain.

7. She always told me that I'm being too clingy. No. I. Am. Not.

8. Jam menunjukkan pukul sembilan malam, dan aku masih belum makan tengah hari.

9. Just so you know, Sam Smith is a poor male version of Adele.

10. Elle King - Ex's & Oh's.

9:00PM Wednesday 25 November 2015

Memento, if you will.

I think my ability to say something hurtful comes from the fact that I have a weird circle of friends. We can say anything we want, or discuss everything, without the fear of hurting each other's feeling. Namun kadang-kadang, gurauan ini terlepas keluar dari mulut aku sewaktu bercakap dengan manusia-manusia asing, seolah-olah aku sedang bergurau dengan seseorang yang aku dah lama kenal.

I mean, I could just get up one morning, received hundreds of unread WhatsApp messages, kemudian terus balas, "Korang sembang apa ni setan? Semak la."

Or when we posted something inappropriate, no one really gives a shit. Because each one of us knows who we really are.

I have a good sense of humor. No, for real though. I know how to make people laugh without trying too hard to be funny. Tetapi bila dengan kawan-kawan rapat, lawak-lawak ini secara magis, menjadi semacam kasar untuk telinga yang tak biasa mendengar. Ada isu-isu sensitif yang dicuit dan disentuh. Ada perkara yang tak patut dibuat main, dibuat main. Sudah tentu, kadangkala ada hati yang akan terasa, myself included, but that feeling will pass.

Macam seorang kawan cakap, "Nak terasa lebih-lebih buat apa, muka-muka inilah yang dah lebih sepuluh tahun kenal masing-masing dan lepak sama-sama. Nak cari kelompok besar kawan yang kau selesa sampai tahap macam ni, sampai mati pun tak akan jumpa dah."

A turning tide

I still remember when we were having our conversation for the second time. The first one came as quite a shock to me. But nevermind that.

"Cerita apa-apa. I tengah bosan ni." She said that day. And she was alone at one of the hipster cafe in town. 

I told her about Borakian. Or my friends, to be exact. "It derives from the word borak." I said. "Because we can literally bersembang anywhere. Di meja makan, dalam kereta, di tepi jalanraya sibuk, dalam lif, you name it. We could spend so many hours at the dinner table talking, sharing and laughing."

Not sure why I told her about my friends. I think she knows every single one of them now. Their names, to say the least. For she haven't met any of them yet.

I always pretend I don't remember anything. Be clueless, and people won't expect that much from you. When the fact is, I can clearly remember everything. Her facial expression, her smile, her walk, her laugh and the words she uttered to me.

Sometimes I can't help but think, it's a curse to remember something so vividly. Because that could only mean one thing. Her existence does really matter to me.

11:36AM Wednesday 25 November 2015

Selasa, 24 November 2015

Tuesday madness

1. Coughing blood now, are we?

2. About point number 1. Tepi, tepi. Aku nak pergi klinik jumpa doktor sekejap lagi.

3. Minuman kegemaran untuk minggu ini: limau suam. Dan air kosong.

4. Little did I know, hospital adalah tempat untuk mencari chocolate waffles dan jagung yang sedap.

5. Tak tahu nak beri reaksi apa bila terdengar orang main boling lane sebelah merungut tentang skor, "dapat 240 je?" What do you mean dapat 240 je...

6. I still don't possess the ability to not keep asking the wrong question.

7. I know you'll be reading this. I'm really really sorry. Please don't be mad.

Perbualan dalam kereta

Kadangkala duduk di kerusi penumpang dengan kawan yang tak habis-habis membebel tentang topik kahwin sewaktu memandu, buatkan aku sedikit lemas. Tambah parah, if it's a long drive. Tidak dapat tidak, terpaksa melayan perkara sama berulang kali.

Don't get me wrong. I'm up for anything. Orang nak bercerita tentang kucing, aku sanggup tadah telinga. Orang nak berborak tentang filem Melayu yang aku tak pernah tonton, tiada masalah. Orang nak bercerita tentang masalah diri, pun aku sudi. Waima membebel, menangis, atau merungut sekalipun, aku sentiasa ada untuk mendengar.

Tetapi yang jadi masalah, bila aku tanya makan di mana atau bila nak pergi bercuti, atau sesuatu yang tak ada kena mengena, dan akhirnya ia kembali kepada topik kahwin, aku hanya mampu geleng kepala.

Aku panggil ini sindrom Gatal Punai. Dua puluh empat jam sehari bercakap tentang kahwin, as if matlamat dan masa depan hanya setakat itu. Tak ada benda lain yang ingin dikejar dalam hidup.

"Perempuan ni, kau kena selalu layan dia. Kalau tak, nanti orang lain rampas," kawan aku buka mulut sewaktu dalam perjalanan untuk makan malam bersama. Sebelum itu, aku sedang bercakap tentang lagu-lagu di radio yang semakin terlalu generik dan pop-ish. Dan macam aku cakap awal tadi, kawan aku akan sentiasa buatkan ia berpatah balik kepada hal-hal melibatkan perempuan dan urusan kahwin.

Dalam hati aku balas, pergi mampus, macamlah aku peduli. But being nice to other people is always an option. Maka aku jawab elok-elok.

You see, bukan tak pernah perempuan yang aku cintai, pergi kepada orang lain. Bukan tak pernah aku beralah dengan orang ketiga. I'm always second (or third option) by default. Apapun, aku anggap ia sebagai ketentuan takdir.

Mungkin orang lain mampu beri apa yang aku tak mampu beri. Mungkin orang lain lebih dekat dan sentiasa ada. Mungkin orang lain boleh sediakan hidup yang lebih baik. Mungkin orang lain lebih memahami. Of course it hurts like hell. But heh, what can one do?

Berbalik kepada soalan kawan aku itu tadi, aku balas, "It's okay. If she's that easy. Aku pun tak hingin."

Isnin, 23 November 2015

My little distraction

Not sure what prompted me to start smoking. Yang aku tahu, ia beri satu kelegaan untuk dapat menghembus asap keluar dari rongga. Selepas waktu makan, misalnya. Paling kurang pun, ia semacam menagih satu nikmat terlarang.

Aku juga pernah cuba vaporizer. That shit was fun, up until one point I realized, ia sebenarnya lebih menelan belanja, dan sedikit leceh dan semakin bosan untuk dikendalikan.

I told S the other day, that I want to quit smoking. Knowing her, I was expecting bursting laugh 'hahaha' or sarcastic remarks like 'elehh' or 'yekeee'. Because, I swear to God, she's often very mean to me. But surprisingly, that didn't came up. At all.

How weird.

Mournday blues

Macam seorang kawan bertanyakan soalan kepada dirinya sendiri tempoh hari, "Boleh ke tak aku jaga anak dara orang dengan baik?" In simple words, to provide her with basic necessities and all.

Sebab dia risau tentang majlis kahwin tahun depan. Dan macam yang selalu aku pesan pada diri sendiri, dan pada orang lain, maka aku beritahu, "Ada duit, buat cara ada duit. Tak ada duit, buat cara tak ada duit."

Sometimes, even I myself feel like I don't earn enough. Maybe that's why I'm always careful with my spending. Though sometimes I bought questionable things outta nowhere, but still, I'm always careful.

Cuba untuk tidak melakukan kerja sia-sia dengan apa yang aku ada dan dapat. Cuba untuk menilai sesuatu sedalam-dalamnya sebelum bertindak. Dan paling penting, cuba untuk tidak terlalu memikirkan perihal remeh tentang duit. Kerana ia perkara yang tidak berpenghujung. Lagi dikejar dan dicari, lagi rasa tak penuh dan cukup.

Dan tak semua duit yang aku dapat, adalah milik aku seorang diri. Aku fikir, ia patut dikongsi sedikit sebanyak dengan keluarga, kawan-kawan dan manusia-manusia kegemaran.

10:23AM Monday 23 Nov 2015

Ahad, 22 November 2015

Higher than the sun

Point is, communication. In my early teen years, I thought my sweet lovely words alone was enough. It never was, actually.

If I recall correctly, I used to get a week or so of silent treatment from F. Because I said something hurtful to her. One night, I told her straight away that I feel like she's been using me all these while.

Why is it always my fault, and why am I the one to blame, I thought to myself. Kerana ketika itu, aku fikir ego aku adalah segala-galanya. But now, I learn how to compromise. To work out differences between other people through communication.

And to not let my ego be in charge of everything.

8:48PM Sunday 22 November 2015

Sabtu, 21 November 2015

Dan lain-lain hal (10)

1. #Shakinahlivetour.

2. Hihu is cute. It's a portmanteau between hihi and huhu. Yes, you read that right, it's cute.

3. Lebih 24 jam tanpa rokok, saya okay. Kecuali lepas makan, saya jadi sedikit gelisah dan tak senang duduk.

4. If anything goes wrong, put the blame on other people.

5. Neko Atsume, for the win!

6. Hampir seminggu saya skip makan tengah hari. Tak pasti kenapa, tetapi selera saya datang pada waktu yang tak dapat dijangka.

7. "Hang agak-agak, bila hang nak kahwin, Alep?" - perbualan dalam kereta, 11:15PM, Jumaat, 20 November 2015.

8. Sabtu saya masih panjang. Dan Ahad, belum pasti. But afraid not, hidup ini terlalu rawak untuk diteka.

Khamis, 19 November 2015

Dan lain-lain hal (9)

1. "I manipulated you into believing that I can easily manipulate you."

2. Saya perlukan sepasang cermin mata baru. Tak pasti kenapa, tetapi saya fikir ia sesuatu yang patut saya ada.

3. Robin Schulz feat. Franceso Yates - Sugar.

4. Untuk tahun 2016, saya belum putuskan untuk berjalan ke mana. Saya beritahu S beberapa tempat yang saya teringin untuk pergi. Tetapi itu-lah, fikir menu lauk makan tengah hari dan makan malam pun buat saya garu kepala, apatah lagi untuk buat keputusan leceh sebegitu.

5. Name-dropping without clear justification is easy. Nenek aku pun boleh buat.

6. Saya akan selamanya menggemari Jonny Greenwood.

7. Kedengaran aneh, tetapi bila sesiapa panggil nama saya, lantas bertanya, "May I ask you something?" Ia selalu buatkan saya berdebar dan jadi sedikit tak keruan.

8. Trainspotting (1996) adalah filem yang saya selalu pasang dan dibiarkan tanpa ditonton langsung. Saya suka atmosfera, tema dan dialog-dialog filem ini memenuhi serata ruang bilik.

Pattaya, you awesome! (4)

Aku sampai di sini, tanpa sebarang idea apa tempat ini mampu tawarkan selama empat hari. Perkara terakhir aku ingat: beli tiket pergi-balik, tempah hotel, tukar duit, and that was it.

Untuk sesetengah orang, percutian mungkin satu bentuk life changing experience. Untuk sesetengah pula, ia mungkin sebagai satu proses self-discovery. Atau paling mudah, sekadar self-escapism.

"Enjoy yourself. Have fun!" Bila orang pesan kepada aku begini, it has always struck me as a passive aggresive way of telling me I'm suck at having fun. Mungkin mereka tak maksudkan seperti apa yang aku sangka, but it's easier to assume that way.

Instead, I told them to remind me to behave myself. Sebab aku ada kecenderungan tinggi untuk let everything loose dan jarang nak patuh pada norma-norma kebiasaan yang selama ini aku pegang.

Mujur kali ini, ia menjadi percutian yang menenangkan, tak terkejar-kejar, dan semuanya berlaku sekali harung tanpa banyak kerenah.

Kerana kali terakhir aku keluar bercuti, ia berakhir menjadi pesta hedonism. Raja Muhammad Aliff yang berada di tempat orang, bukan lagi Raja Muhammad yang semua orang kenal. Because I have nothing to lose there. Tak ada siapa kenal aku. Elemen ambiguiti yang mengelabui wujudiah aku. Anonymity at its finest.

"Let's go fucking mental!" I remember saying this to myself six months ago.

Selasa, 17 November 2015

What kind of question is that?

Sometimes I want to write something beautiful. To write so elegantly that will make people melt with my charm and shit. But, there's always a but...

I can't do that. I don't possess that kind of writing style. Yang ada cuma nota-nota banal. Tulisan tentang diri ini. Dan tentang manusia-manusia kegemaran.

That should be enough for now, right?

8:47PM Tuesday 17 November 2015

Pattaya, you awesome! (3)

This is the countdown

"I'm not upset that you lied to me,
I'm upset that from now on
I can't believe you."  ― Friedrich Nietzsche

They say trust is earned, it's not freely given. For some people, words are worthless. Above everything else, they demand for an action. Or a gesture of evidence, if you will.

Some people, they don't really trust my words anymore. Not in a million years. But it kinda takes the pressure off me. It's easier that way. Tak perlu justifikasi. Tak ada tekanan. Tak ada apa-apa.

You see, manusia perlukan kebenaran dalam bentuk paling sempurna. Lebih daripada Kebenaran Agung, manusia mahukan kebenaran yang selari dengan realiti yang mereka impikan. Mereka ingin daya penarik dan rasa dekat sebelum percaya sesuatu. Mereka, dalam erti kata sebenar, ingin rasa selamat sebelum runtuhkan tirai yang selama ini menjadi pemisah.

For all I care, I'm always telling the truth. Selebihnya, terpulang untuk percaya atau tidak. Like I said, I feel no pressure. At all.

7:12PM Tuesday 17 November 2015

Pattaya, you awesome! (2)

Pattaya, you awesome!

Isnin, 16 November 2015

Dan lain-lain hal (8)

1. Dear unfinished notes and unsent letters, please hang in there.

2. The thing about love is, I don't have a backup plan or an alternate option. Unlike some people, I don't have a safety net to rely on when things didn't work out. Because when I fall, I fall hard.

3. About point number two, it goes without saying that I'm an idiot hopeless romantic.

4. So much to write about Pattaya. So much to be shared. But as always, it can wait.

5. I survived bus, plane, taxi, and speedboat ride. Well, how about that.

6. Now let's get back to reality, shall we?

7. On contrary, saya tak sabar nak sambung kerja dan habiskan segala benda yang saya tinggalkan empat hari lepas.

11:36AM Monday 16 Nov 2015

Ahad, 15 November 2015

On the verge of giving up

"Jangan percaya sepenuh hati dengan sesiapa." - Raja Muhammad Aliff, 10:31PM Sunday 15 Nov 2015

Selasa, 10 November 2015

Go easy on me, Tuesday. Go easy. (2)

1. Hati berkenan bila tengok Ricoh Theta. Tetapi baki akaun bank pula ketawakan aku, "Miskin! Ha ha ha."

2. Logic - Inception.

3. Watch out! Watch out! Watch out! RKO outta nowhere! never gets old.

4. Dah jauh stalk sampai 72 weeks ago punya gambar Instagram, kalau tak sengaja tertekan butang like, ada potensi aku terjun bangunan malam ni.

5. "...juga perlu berlaku baik dengan orang sekeliling. Perlu kenal-kenal dengan orang asing. Baiki hubungan dengan manusia sedia ada. Nikmati setiap saat yang ada..." - Raja Muhammad Aliff, Rabu 6 June 2012.

6. I was going for a clean look. Tapi lepas dah gunting pendek rambut dua hari lepas, aku tenung cermin tengok muka sendiri, jadi macam budak baru habis sekolah. Ah, who the hell cares?

7. Dah, tepi tepi. Aku nak keluar pergi tukar duit.

Of late lunch and everything in between

Went for a late lunch with a friend just now. 5PM, it is. Balik kerja waktu tengah hari, aku tidur sejam, terjaga sebab perut lapar, dan tak berapa lama kemudian, kawan aku sampai di depan rumah.

Dia juga baru pulang kerja, sambil merungut kebosanan. Maka aku cerita, "tadi ada Mat Bangla tanya aku. "You tarak cuti ka?" Aku dah macam, celaka dia ni boleh tahan menganjing. Tapi aku rasa kita lagi teruk dari Mat Bangla. Dia pun tau jugak nak cuti waktu public holiday."

I wouldn't go so far as to call myself a workaholic. Walaupun jarang mengambil cuti tanpa apa-apa sebab kukuh. Sebab bila tiba waktu untuk bergembira dengan keluarga dan kawan-kawan, aku sentiasa ada untuk merayakan bersama. Dan bila tiba waktu untuk melayan kesunyian, juga masih ada manusia yang masih sudi bersama-sama di sisi.

There's nothing much to talk about though. Kecuali hal-hal kerja, tentang masa depan diri masing-masing, mengenai urusan kahwin kawan-kawan hujung tahun ini dan awal tahun depan, dan sedikit rancangan bercuti untuk tahun hadapan.

Bak kata omputih, same old, same old.

But it feels good, untuk duduk berbual dengan kawan rapat, sambil makan makanan kegemaran aku, cuaca nyaman pasca-hujan, dan tanpa apa-apa kegusaran menyelubungi atmosfera meja makan.

"Malam ni keluar tak?" aku tanya, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Ikut la. Apa-apa bagitau je nanti."

10PM, it is.

8:36PM 10 November 2015

Go easy on me, Tuesday. Go easy.

1. Murukku for the win!

2. Aku jarang nak buka cerita tentang masalah motion sickness diri ini, kerana ia selalunya buatkan seorang manusia bernama Raja Muhammad Aliff jadi tak cool.

3. Ada sensasi dalam kelajuan 140km/j.

4. Mulut cakap nak berhenti merokok, tapi tiga hari lepas, terbeli dua kotak sebagai entahlah... hadiah untuk diri sendiri.

5. Hampir pukul lima petang, dan belum makan tengah hari. Buka laci kabinet dapur, sebungkus megi pun tak ada. Ini sesuatu yang meghibakan.

6. Ada idea dalam kepala untuk cepat-cepat sarung baju dan beli makanan di kaunter pandu lalu McD.

7. What a great idea, but nahh. I think I'll pass.

Hey ho, let's go!

Less in four days, but I don't feel like packing or anything. The idea of going on a completely planned trip don't really excite me that much.

Bagi aku, jarang perkara yang betul-betul epik bermula dengan, "Kami dah lama rancang benda ni lima bulan lepas..."

It was an impromptu plan that led us to Pulau Perhentian, Cameron Highlands, Thailand, Fraser Hill, KL, and Penang. Gabungan elemen-elemen ennui, fuck all attitude, masa lapang, duit lebih, dan manusia-manusia kegemaran. Above anything else, I had a great time with them.

"Jom pergi memancing."
"Jom mandi sungai."
"Jom berbuka puasa dekat KL."
"Jom ambil R dekat stesen bas pukul empat pagi."
"Jom makan mee kari."
"Jom tengok orang lumba kereta."

Sebab itu, bila kawan-kawan tiba-tiba datang ke rumah, pada waktu-waktu yang tak semena-mena, membawa bersama kebosanan dan kegilaan mereka, I wouldn't have the heart to say no.

2:20PM 10 November 2015

Sabtu, 7 November 2015

Dan lain-lain hal (7)

1. RM100 worth of Happiness. It's a small price to pay to put a smile on faces of my loved ones.

2. I have finally found an audience for my personal writing.

3. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku menyanyi girang. It was 6PM. Habiskan seluruh petang berperang dengan urusan dunia di luar rumah. Ambil Ihsaan dan Haikal dari sekolah, pergi balik ke dua buah bank maha bangang, hantar kereta untuk diservis, tunggu kereta siap diservis, melangut seorang diri di restoran Mamak, kemudian akhir sekali hantar kereta untuk dicuci. Macam aku cakap awal-awal tadi, dalam perjalanan pulang ke rumah, aku menyanyi girang.

4. Maya Angelou pesan, jangan beri keutamaan kepada manusia yang jadikan kau sebagai pilihan kedua. Okay baiklah, aku akan sentiasa cuba ingat nasihat ini.

5. Hampir terlupa sistem audio komputer aku mampu buatkan pengalaman menonton filem seolah-olah berada di panggung wayang sebenar.

6. Ada imej belon warna-warni terapung di profil Twitter sempena hari lahir aku. Ia sesuatu yang sungguh... cute.

7. The amount of 'itu le paseinye' in my conversation with friends is too damn high.

Adieu 23, hello 24. (2)

I tend to jot down everything. Sekecil-kecil perkara seperti apa yang aku makan untuk hari ini sehinggalah kepada apa-apa sahaja yang sambil lalu terlintas dalam fikiran. Kadang aku terjaga daripada tidur seawal enam pagi, duduk termangu sebentar, kemudian aku dapati tangan ini menaip atau menulis sesuatu, doesn't matter though, it could be anything, as random as it can get.

Menulis adalah kerja yang sepi. Jarang, atau tak pernah sebenarnya, diri ini diabadikan dalam sebuah tulisan dari sudut pandang manusia lain. Seringkali terjadi, ia umpama hal yang bergerak sehala, dengan aku menulis tanpa ada penglibatan manusia lain (walaupun tulisan aku secara harfiahnya tentang manusia lain).

I write so much about other people, and of course, it goes without mentioning, myself as well. Sampai satu tahap, bila ada seseorang tulis sesuatu tentang aku, walaupun ia tidak penting dan tiada siapa peduli, it came as quite a shock to me.

I'm very sentimental. Bunch of close friends wrote me two or three lines of birthday wishes, and all of a sudden, I feel like crying. Best gift ever and I wouldn't ask for more, I thought to myself. It's always the little things that mean the most. Because I appreciate meaningful words. I treasure good conversations. I value each one of you people in my life.

Thank you. Thank you. Thank you.

Jumaat, 6 November 2015

Adieu 23, hello 24.

Habis sembahyang Jumaat, aku makan tengah hari dengan dua tiga orang kawan. kemudian aku pulang ke rumah. Tak sampai beberapa jam, aku keluar semula sebentar tadi, untuk selesaikan sedikit urusan dunia, dan sekarang aku pulang ke rumah.

Sepuluh minit lagi pukul tujuh malam. Everyone's out. Aisyah belum pulang. Ayah keluar minum petang. Haikal dan Ihsaan bermain di padang hadapan rumah. Aiman pula sedang tidur dalam bilik. And me sitting in a room typing this shit right here. I don't make any plans for tonight. Maybe the usual, dinner with close friends, dan kemudian pulang untuk habiskan sisa-sisa malam berborak dengan gadis kegemaran.

Yes, I'll turn 24 by midnight tonight. Yeay! was supposed to be my initial reaction. But no, I don't do birthdays. And I don't do cakes, either.

I expect nothing, and it's easier that way. Untuk tahu ada manusia yang peduli tentang kewujudan diri ini, untuk tahu ada masa depan yang perlu aku kejar, untuk tahu ada harapan yang tergalas di bahu, untuk tahu ada impian yang mahu aku capai, untuk tahu ada masa silam yang harus aku tinggalkan, untuk tahu ada kehidupan lebih baik untuk aku bina, dan untuk segala-galanya dalam hidup sementara ini, aku fikir, hey itu sudah lebih daripada mencukupi untuk buat aku berasa gembira.

Happy birthday, dear Self!


7:17PM Friday 07 November 2015

Rabu, 4 November 2015

Consistently inconsistent

(i)
"Jom kita makan mee kari. Jiwa aku tak tenang ni," aku beritahu kawan-kawan. They're an asshole, maka sudah tentu tiada comforting words untuk aku. But they're always there for me. Rasa tidak tenang ini dikongsi bersama-sama dengan satu kelompok manusia yang sentiasa ada waktu susah dan senang.

(ii)
I came across a lot of people. Bermacam-macam kerenah. Seribu satu perangai. Mostly during my college years. Aku jumpa manusia yang tak pernah aku jumpa sebelum ini. Aku kenal manusia yang tak pernah aku kenal. Awal dua puluhan, aku mungkin sama dengan kebanyakan remaja lain. Rebel tak tentu hala, penuh dengan semangat tidak peduli terhadap aturan, dan sentiasa fikir aku betul.

(iii)
I have a massive ego. Yang selalu buat orang jadi menyampah. But I've finally come to my senses. Untuk lebih beralah dan selalu pujuk diri sendiri, winning isn't everything. Dan untuk terima hakikat bahawa kekalahan bukanlah perkara paling teruk dalam dunia.

(iv)
"Kau tau tak kenapa bila kita duduk melepak, kita jarang sangat tangkap gambar? Sebab bagi kita, benda ni dah jadi benda biasa. Dah jadi rutin. Tiap-tiap hari jumpa muka sama. Sebab tu bila kita tengok orang yang jarang melepak ni, dia suka tangkap beratus-ratus gambar setiap kali jumpa. Sebab bagi dia, benda ni dia jarang buat."

(v)
Do something repeatedly, and you won't feel the need to showcase it to the whole world anymore.

Selasa, 3 November 2015

Hello November!

1. I have a quirky circle of friends. Umur masing-masing dah hampir suku abad, tetapi masih perangai tiga suku. Sabtu lepas, kami habiskan sepanjang malam berborak tentang KFC. Kemudian aku dapati kami semua berada di meja makan menikmati sepinggan ayam goreng. Pada pukul dua pagi. I kid you not.

2. "I thought the idea of not letting you write anything about me would help me not to get attached, but it has failed terribly."

3. 10-5. Benarlah kata orang, don't play games with a girl who can play better.

4. Apam lambung for the win!

5. Do not talk about Adele. You have not earned the right.

6. 23 going on 24 in less than four days. Come on Life, bring it on!

7. Itik apa berjalan dua kaki?

8. Nampak gayanya Donald Duck bukanlah jawapan yang betul.