Macam seorang kawan bertanyakan soalan kepada dirinya sendiri tempoh hari, "Boleh ke tak aku jaga anak dara orang dengan baik?" In simple words, to provide her with basic necessities and all.
Sebab dia risau tentang majlis kahwin tahun depan. Dan macam yang selalu aku pesan pada diri sendiri, dan pada orang lain, maka aku beritahu, "Ada duit, buat cara ada duit. Tak ada duit, buat cara tak ada duit."
Sometimes, even I myself feel like I don't earn enough. Maybe that's why I'm always careful with my spending. Though sometimes I bought questionable things outta nowhere, but still, I'm always careful.
Cuba untuk tidak melakukan kerja sia-sia dengan apa yang aku ada dan dapat. Cuba untuk menilai sesuatu sedalam-dalamnya sebelum bertindak. Dan paling penting, cuba untuk tidak terlalu memikirkan perihal remeh tentang duit. Kerana ia perkara yang tidak berpenghujung. Lagi dikejar dan dicari, lagi rasa tak penuh dan cukup.
Dan tak semua duit yang aku dapat, adalah milik aku seorang diri. Aku fikir, ia patut dikongsi sedikit sebanyak dengan keluarga, kawan-kawan dan manusia-manusia kegemaran.
10:23AM Monday 23 Nov 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan