Selasa, 29 April 2014

How are you holding up, dear Self?

Baru sekejap tadi aku selongkar draf tulisan-tulisan lama. Tak tahu didorong oleh rasa apa, aku semacam mahu cepat-cepat menghabiskan, dan memberi penamat yang sepatutnya kepada setiap tulisan yang tidak (pernah) siap itu.

But I don't have the energy to, you know, just get on with it. Mungkin setiap tulisan yang tidak siap itu patut kekal begitu. Because sometimes I think that's the only right thing to do.

4:30PM Tuesday 29 April 2014

Khamis, 24 April 2014

Please stick with me forever. I don't think I have it in me to find or if possible, build a new one.

Kalau ada yang bertanya apa yang yang membuatkan aku masih waras dan sanggup untuk menghadapi hidup ini, I will answer straight away.

My family.

Aku tak punyai banyak benda untuk berpaut - samada dari aspek kebendaan atau spiritual - apatah lagi untuk membina tangga-tangga baru dalam cubaan mendaki hierarki sosial. Tetapi seperkara yang pasti, aku hargai setiap seorang yang pernah dan masih berada dalam bulatan hidup aku.

I wish Ibu was here to witness the most vital transition of my life. I'm in great shape, physically and well, mentally, considering. I have been blessed financially. And right now, I value my family above everything else.

Jadi sebelum kamu datang menerpa ke arah aku dengan masalah remeh-temeh, pretty pretty please, go fuck yourself.

7:19PM Thur 24 April 2014

Isnin, 21 April 2014

You know what they say about nice guys? They finish in the shower.

Pulang dari menghantar Aisyah ke kolej, aku tidak segera pulang ke rumah. I was out with FS.

"Do you think I have a bad boy attitude?" aku tanya FS. Of course, I have the answer. Cuma tiba-tiba aku semacam perlukan validation daripada pihak lain untuk mengiyakan persoalan yang bermain dalam kepala.

"You?" FS laughed hard, which makes me wonder why I bother asking her in the first place. "No, not even a bit."

"Well, that's disappointing," aku sambut.

"Takpa. You're fine just the way you are," balas FS.

7:09PM Monday 07 April 2014

Rabu, 16 April 2014

Thinking of you

Aku tahu apa yang aku mahu dalam hidup buat waktu ini. Aku mahu bangun dengan tidur yang mencukupi. Aku mahu keluar rumah tepat pada pukul tujuh pagi. Aku mahu sarapan pada pukul sepuluh pagi; kerana makan terlalu awal buatkan perut aku meragam. Aku mahu pagi yang tidak banyak kerenah; tidak hujan, tidak panas, redup, just nais. Hantar Ihsaan dan Haikal ke sekolah tanpa banyak kenderaan di atas jalanraya. Habiskan kerja dan pulang ke rumah seawal jam dua petang, berehat selama tiga puluh minit, sebelum keluar semula untuk menjemput Ihsaan dan Haikal pulang dari sekolah. Menulis, kemudian lena barang lima belas atau dua puluh minit. Keluar berlari sambil melepasi manusia-manusia keletihan. Atau menghabiskan kederat kaki dan tangan di palang gayut. Menghantar Ihsaan dan Haikal mengaji Quran pada pukul lapan sehingga sembilan malam. Keluar makan malam seorang diri, atau bersama kawan-kawan. Pulang ke rumah paling lewat pada detik tengah malam.

Because when all is said and done, I just want you to ask me, "How was your day?"

But you. You weren't there for me.

4:41PM Wednesday 16/04/2014