Jumaat, 29 Jun 2012

Cipher

Ayah telefon sewaktu aku sedang berada di hadapan skrin komputer. Mereka sedang makan malam di sebuah restoran dan Haikal tiba-tiba lelah, katanya.

Setelah memberi asthma puffer kepada Haikal, aku tidak segera pulang ke rumah. Aku singgah ke bank dahulu, untuk menyimpan wang. Syukur, kali ini wang masuk bukan keluar.

Namun sewaktu separuh perjalanan, aku teringin untuk makan sosej. Tempoh hari aku tonton sebuah video di YouTube, bagaimana sosej dipotong menjadi gulungan panjang sebelum dipanggang. Sungguh menyelerakan.

Untuk itu, aku segera ke pusat beli-belah berdekatan. Hanya untuk menyaksikan ia sudah ditutup.

Tidak berputus asa, aku ke sebuah kedai runcit. Sebelum menyedari bahawa ia sebuah kedai runcit kaum India yang tidak menjual sebarang produk berasaskan daging lembu. Aku juga teringat bahawa semua wang sudah dimasukkan ke dalam akaun bank.

Aku belek dompet untuk kepastian. Ianya kosong. Dari awal lagi, usaha aku mencari sosej untuk dimasak menjadi sia-sia.

Hampa, aku pulang ke rumah tanpa apa-apa. Sedetik kemudian, hati aku berbisik. Aku sepatutnya makan bersama mereka di restoran tadi.

Ahh, lapar.

Dewa Plutus telah dibunuh kejam

Setiap kali timbul perasaan ingin membeli buku baru (walaupun buku-buku sedia ada belum habis dibaca), segera aku ingatkan diri yang aku mempunyai hutang sebanyak RM400, belum dilangsai.

Effing broke and unemployed. Dalam erti kata lain, tidak mempunyai kemampuan untuk berbelanja. It sucks, you know.

Khamis, 28 Jun 2012

Pergi balik hari (5)

Selesai membeli token di mesin, kami menunggu hanya seketika sebelum LRT tiba. And this is where we made a mistake. Sepatutnya kami ambil laluan dari Plaza Rakyat menuju ke Masjid Jamek. Seterusnya berjalan kaki beberapa minit menuju ke Annexe Gallery. Walau bagaimanapun, kerana tergesa-gesa dan cuai, kami ambil laluan bertentangan.

Sewaktu LRT berhenti untuk menurunkan penumpang di Hang Tuah, kami berpandangan sesama sendiri. "Weh, betul ke ni?" aku tanya Jambu, tidak pasti dengan arah tuju kami.

"Entah," jawapan ringkas yang tidak membantu.

Ketika hampir tiba di Pudu, sekali lagi, kami berpandangan sesama sendiri. "Aku rasa kita macam dah tersalah naik je. Nak turun ke tak?"

"Nak turun?" Jambu ulang pertanyaan aku. "Jom, jom, jom."

Keluar dari LRT, terpaksa membazir duit membeli token semula, untuk patah balik menuju ke Masjid Jamek. "Bodoh gila. Nasib baik tak terlepas jauh. Kalau tak, entah ke mana kita terlajak tadi," aku kata sambil mengenangkan situasi lucu yang telah berlaku.

Di hadapan mesin, masalah timbul lagi. Wang kertas seringgit yang dijolok, tidak mahu masuk ke dalam ruang transaksi. Ahh sudah, celah mana pulak nak cari duit syiling. Kami cuba dan cuba dan cuba lagi. Menujah wang kertas sehingga ia akhirnya menjadi lunyai.

"Dik," seorang mamat dari Indonesia menegur. "Mesin ini tidak bisa diguna. Coba lihat lampu (pengimbas) di bawahnya, tidak menyala."

Untuk kesekian kalinya, kami berpandangan sesama sendiri. Seakan ada perbualan telepati di mana kami saling mentertawakan diri sendiri.

"Mak aih, Mat Indon pun lagi terer guna mesin token. Noob gila kita ni."

Rabu, 27 Jun 2012

Pergi balik hari (4)

Tiba di Pudu sekitar pukul 1 lebih. Before anything else, we bought our ticket home first. Pilihan yang ada adalah tiket pukul 4.30 petang dan 7.30 malam. Kami ambil keputusan untuk pulang pada waktu Maghrib. Tidak terlalu awal dan tidak pula terlalu lewat. Kerana Jambu perlu ke Kuala Lumpur semula pada keesokan harinya.

Dia perlu menghadiri kelas dan menduduki peperiksaan di UniKL City Campus demi menagih biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kelas bakal diadakan selama dua minggu, jadi dia menetap sementara di rumah kakaknya di... Wangsa Maju. Kot.

"Kalau nak fly guna duit sendiri, kena ada 36K. Gila, mana nak cari duit," teringat perbualan kami di restoran Mamak sehari sebelum itu.

We discussed this at length recently. Kalau ikutkan, dengan kiraan CGPA, aku dan ramai lagi kawan yang lain dari bidang berbeza juga boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara (dengan bantuan pinjaman, sudah tentu). But with our so-so achievement and horrible attitude, ia hanya akan menjadi satu pembaziran masa, tenaga dan ringgit. Belajar dalam negara pun barai, heh, ada hati?

We had lunch at KFC. Aku pesan menu baru Flaming Crunch. I thought I should give it try. Although it was bizarre and very peculiar menu, I must say.

2010, KFC introduces Black Pepper Crunch. 2011, they came up with Tom Yam Crunch. And now 2012, we have Flaming Crunch. But to be honest, nothing beats the old Hot and Spicy. 

Setiap tahun KFC tidak pernah gagal memperkenalkan menu baru untuk mewujudkan kepelbagaian (diversity) produk. Ini berlandaskan beberapa faktor. Satu, untuk mengaut keuntungan dengan menarik pelanggan baru dan dalam masa yang sama, mengekalkan pelanggan lama. Kedua, demi menjamin kelangsungan jenama KFC itu sendiri setelah melihat produk sedia ada kelihatan layu di pasaran.

Sewaktu belajar subjek Marketing di kolej, ada berpuluh teori dan istilah untuk menerangkan perihal ini. Market expansion, diversification, penetration, concentration yada yada yada.

Bagi aku, strategi KFC ini tidak lebih dari sekadar pengulangan strategi sama yang digunapakai oleh syarikat Coca-Cola satu ketika dahulu. Tahun 1985 (I wasn't even born yet), Coca-Cola mengambil risiko dengan mengubah formula minumannya kepada apa yang digelar, New Coke.

Punbegitu, New Coke dilabelkan sebagai kegagalan terbesar syarikat Coca-Cola dan menerima reaksi negatif dari pengguna. Kesannya, Coca-Cola kembali menggunakan formula asal selepas hanya tiga bulan New Coke berada di pasaran.

Bila difikirkan kembali, apa rasionalnya sebuah syarikat antara pengeluar produk minuman terbesar di dunia mengambil langkah mendadak dan mengubah formula yang telah terbukti menguntungkan dan berjaya di pasaran.

Ia dilakukan untuk menjentik lamunan pengguna supaya lebih peka dengan jenama Coca-Cola. Sama juga halnya dengan KFC, mereka tahu jenama tidak akan selamanya kebal. Jadi mereka masukkan produk baru ke dalam menu, yang akhirnya membuatkan pelanggan lebih responsif terhadap perubahan dan kembali bernostalgia terhadap menu lama.

Ini dipanggil keterbalikan psikologi. Memperkenalkan produk/menu yang baru, untuk menyedarkan pengguna mengenai kewujudan produk/menu yang lama.

Sesungguhnya teori dan istilah-istilah adalah sesuatu yang maha membosankan.

Selasa, 26 Jun 2012

Pergi balik hari (3)

Segalanya berlaku dengan kadar segera. Perancangan cincai. Persiapan spontan. Perjalanan tidak terduga.

Aku pergi bersama Jambu. Anyway, funny story how he got the nickname. We were in the same class for five years in high school. Suatu hari, guru bahasa Inggeris kelas kami malas nak mengajar gamaknya. Jadi dia pun buat aktiviti sesi bertanya soalan-soalan rawak.

Mudah, sesiapa yang ada soalan atau teka-teki atau brain teaser, dipersilakan tampil ke hadapan kelas. Dan sesiapa yang boleh jawab dengan tepat, tak dapat apa-apa, tak ada hadiah pun. Alaa, just for the sake of having fun.

Seorang pelajar perempuan aku-sudah-lupa-nama lantas bertanya kepada seluruh kelas, "Apa nama pelakon utama High School Musical?"

"Zac Efron," dia jawab tanpa mengangkat tangan.

"Lagi sorang pelakon utama?"

"Vanessa Hudgens," jawapan yang juga tepat.

Aku dan yang lain-lain ketawa. I mean, how come he knew the answer? And more important, High School Musical?

"Bapak ah. Gila jambu tengok High School Musical!" reaksi bersahaja salah seorang dari kami. Seluruh kelas sekali lagi menyumbang ketawa. Sejak itu, lekat panggilan nama Jambu sehingga hari ini.

Bas bertolak pukul 9.30 pagi. Lewat setengah jam dari jadual asal perjalanan. Dengan bas dipandu agak sopan, aku buat perkiraan dalam kepala. "Sebelum pukul 1 sampai la kot."

Separuh perjalanan, bas berhenti di sebuah hentian lebuhraya. Memberi peluang kepada penumpang untuk turun membeli makanan dan minuman atau menghabiskan sebatang rokok atau ke tandas untuk menyegarkan diri.

Jambu turun dulu. Nak ke tandas katanya. Bila tengok semua orang turun, meninggalkan bas hampir kosong, aku turut sama. Niat di hati mahu membeli sesuatu untuk dikunyah sepanjang baki perjalanan, namun melihatkan ramai manusia berkerumun di gerai macam celaka, aku batalkan niat itu.

Selesai urusan di tandas, aku berjalan semula ke arah bas. Baru pukul 11 lebih, namun mentari sudah membahang tanpa belas kasihan. Beberapa langkah menuju ke tempat duduk, seorang makcik memaku aku dengan renungan tanpa berkedip mata.

Aku lihat beg kami berdua tiada di kerusi. "Ahh sudah. Mana pergi pulak beg ni?" detik aku dalam hati. Jambu pula masih belum kembali dari tandas.

Aku segera turun dari bas. Bukan kerana mahu mencari beg atau apa, tetapi kerana akhirnya tersedar selepas melihat ruang dalaman bas yang asing. Patut pun makcik tadi tengok semacam. "Mak aih, malunya salah naik bas." 

"Aku ingat kau tak nak turun tadi," Jambu kata sebaik aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Aku pergi tandas kejap," aku balas.

Of course I didn't tell him I got on the wrong bus just now. It was awkward... and embarrassing!

Isnin, 25 Jun 2012

Pergi balik hari (2)

To be honest, I don't think I like the idea of me living in Kuala Lumpur. Walaupun ada perkara yang aku suka tentang bandar besar ini. Perasaan keterasingan yang ditawarkan, keberadaan aku yang hampir tiada makna, serta topeng anonymity yang boleh disarung bila-bila masa.

Tetapi secara keseluruhan, ia masih tidak mampu mengubah tanggapan - I don't belong here - yang sekian lama melingkari jiwa aku.

The night before, I texted Kiki and Nadzirah. Aku beritahu mereka mengenai kedatangan aku ke sana, dengan harapan dapat berjumpa dengan salah seorang dari mereka dan meluangkan sedikit masa bersama setelah lama tidak berjumpa.

Kiki said he wasn't sure yet. Kerana dia perlu ke rumah abangnya pada hari yang sama. "Hang roger Bob dulu. Aku takut aku tak sempat mai ja."

Nadzirah juga tidak dapat turut serta. Katanya ada kenduri kahwin yang perlu dihadiri. As always she's being nice, helping me with direction and stuff. "Dari Pudu ambik STAR turun dekat Masjid Jamek. Dari situ, jalan kaki 3-4 minit dah sampai."

Aku ada masalah untuk mengingati mana-mana jalan, simpang, selekoh dan kawasan (lebih kepada tidak peduli sebenarnya). Kerana aku lebih selesa untuk tidur (atau pun mengelamun) dalam kenderaan berbanding dari menumpukan mata terhadap keadaan sekeliling. Oleh sebab itu juga, kebarangkalian untuk aku terlepas, terlajak atau paling hampeh tersesat, adalah amat tinggi.

Dan untuk mengelak sebarang kebarangkalian yang tidak diingini, aku pergi berdua dengan seorang kawan. Believe me, sesat sudah jadi satu hal. Sesat seorang diri, satu hal yang lain pula.

Pergi balik hari


Aku sepatutnya turun ke Shah Alam pada hari Jumaat, spend the night at Amir's house, going to KLAB on the following day, dan untuk aktiviti hari Ahad sebelum pulang - masih belum diputuskan.

Unfortunately, something came up. Dan serta-merta menghancurkan perancangan asal yang telah diatur tiga minggu lebih awal. Told you, planning is a bitch, really.

"Ahh butuh la," perkara-perkara leceh yang timbul membuatkan aku segera tawar hati. Dengan rasa kecewa yang sedikit berbekas, aku jadi malas dah nak ambil pot.

Not until I had a Saturday morning conversation with someone on Twitter, and then one thing just led to another. "Travel solo then!"

Ahad 9 pagi, aku sudah pun berada di dalam bas, menghala ke Kuala Lumpur. Of course, I dragged along one of my friends with me. And off we go!

Ahad, 24 Jun 2012

On reading

I tried to read Garcia Marquez's Chronicle of a Death Foretold once, but failed miserably as I couldn't connect with the story. I don't know what went wrong. Perhaps the translation bores me to death.

Aku begitu rindu untuk ke kedai buku, dan menghabiskan sedikit masa membelek buku-buku di rak seorang diri. Memandangkan segala-galanya boleh dibeli secara online sekarang, pick and choose, made a payment and wait for the parcel to reach your doorstep. Maka sekali pandang, mengunjungi kedai buku seakan sudah tidak begitu praktikal.

Namun sudah tentu tiada apa dapat menandingi kepuasan bergomol dengan bau-bauan buku-buku lama atau baru, menyelak setiap helaian dengan harapan dapat menemukan semacam obsesi yang indah, duduk bersila di atas lantai sambil membaca tanpa menghiraukan manusia lain.

Ahh, the real taste of escapism.

Jumaat, 22 Jun 2012

Nihil

I think it's about time for me to be more selective in picking reading materials.

Tidak berniat untuk menjadi peminat penulis/genre tertentu atau lebih parah, terhad kepada bacaan yang dianggap eksklusif sahaja. Tetapi sekurang-kurangnya, masa/tenaga/ringgit aku tidak dibazirkan dengan membaca buku yang tidak menawarkan apa-apa.

Ahad, 17 Jun 2012

(Not so) Good morning

This morning, I overheard a conversation between one Indian uncle and makcik nasi lemak. "Tak pergi menoreh ka ini pagi?" tanya makcik nasi lemak.

"Semalam saya sudah pergi," balas pakcik itu.

And the rest of conversation went boring... yada yada yada.

They were so chatty. Bersembang punya rancak, aku bimbang tempias air liur mereka terjun ke dalam bekas-bekas lauk yang terhidang di atas meja.

"Makcik," aku pintas perbualan mereka berdua kerana aku ada perut lapar yang perlu diisi. "Saya nak nasi lemak dua."

Tersentak gamaknya, terus dia tergagau mencari bekas polystyrene yang terletak di sebelah raga telur-telur rebus, belum dikupas.

"Dua ya, dik?" Dia ulang semula. Aku angguk mengiyakan. 

Nasi lemak dulu, sembang kemudian.

Untuk Ayah

"Why do you bite the hand that feeds you?" - Shine On by The Kooks

Today is Father's day. And I'm going to write another sappy notes telling how I love Ayah more than anything else in the world.

Selaku anak sulung dalam keluarga, aku mungkin tiada apa-apa pencapaian membanggakan untuk dihadiahkan kepada Ayah. I'm a mediocre student in college, dengan pencapaian akademik yang berlegar pada tahap yang sederhana. Juga tiada imej, tingkah kata, perilaku, personaliti serta pembawaan diri yang menjadi idaman setiap ibu bapa.

But one thing for sure, I'm proud to be your son. I really am.

Aku berdoa Ayah akan sentiasa dikurniakan kekuatan untuk menghadapi hidup ini. Don't worry, we will make it through together. In some sense, yes I know, Life is unfair. But at least, we still have each other.

Happy Father's Day.

Khamis, 14 Jun 2012

Tiny dancer

I can create thousands of possible situation and conversation.

And yet I still chose not to love anyone.

Rabu, 13 Jun 2012

Contrary to popular belief

You know why I prefer to live in denial?

Because I don't want to know a goddamn thing about other people.

And vice versa.

From yesterday

Bila ada kawan-kawan sekolah menengah (let's just say, they're my not-so-close-friends) pelawa untuk keluar bersama setelah lama tidak berjumpa antara satu sama lain, aku jadi serba salah.

You see, I have no problem hanging out with them for a cup of tea or coffee or something. Cuma yang menjadi masalah kelak adalah topik perbualan untuk menghiasi sesi pertemuan.

"How was your life?" atau "Kau buat apa sekarang ni?".

I don't like dealing with that kind of question. Because I feel super uncomfortable talking about myself.

Aku boleh berbual tentang apa sahaja (termasuk tentang diri sendiri, sudah tentu), but most of the time , I just really don't want to.

Plus, I don't bow to social pressure just to fit in.

Selasa, 12 Jun 2012

Leave yourself alone

Sebelum ini aku beranggapan bahawa idea pengasingan diri (tak kira dari apa atau sesiapa) untuk menulis dengan lebih baik adalah tidak masuk akal. Aku tertanya-tanya, apa kaitan kesunyian dengan hasil yang bakal tertulis.

But then, I have to admit, I was wrong.

At this very moment, I would consider myself as lonely. Ada keluarga, ada kawan-kawan, ada manusia-manusia asing yang saling melengkapi lokus perhubungan sosial aku. Punbegitu, apabila dengan adanya kewujudan mereka namun aku masih juga berasa keseorangan dan kesempitan, I mean, there's gotta be something wrong. With me.

Samada gembira atau sedih atau kecewa atau marah (adakah emosi aku terhad kepada empat ini sahaja?), aku pasti akan cuba mencuri sedikit masa untuk menulis. Ini perlu, untuk melihat ke mana permainan emosi bakal mengheret tulisan aku. Kebanyakan waktu, akan terhasil-lah tulisan yang tidak begitu konsisten dan terang-terangan disaluti oleh elemen ketidaktentuan.

Kesunyian adalah sesuatu yang indah. Kerana segala-galanya bergerak dalam kitaran sehala. Membuatkan kamu mempunyai masa yang secukupnya untuk membedah (autopsi) perwatakan manusia-manusia sekeliling, melihat sesebuah perhubungan sosial dari sudut berbeza, menentu halatuju kehidupan dari daerah paling gelap dan membina ruang paling selesa untuk diri sendiri.

Jika kamu adalah penonton setia siri televisyen Community, kamu pasti tidak asing dengan konsep alternate reality, yang kelakarnya, sering dibikin parodi dalam beberapa buah episod. Abed percaya bahawa kosmos dipenuhi dengan unsur-unsur rawak yang saling melengkapi kehidupan setiap manusia.

Apabila keseimbangan kosmos ini diganggu, maka akan berlaku situasi yang dipanggil 'the darkest timeline'. Menyebabkan realiti terpecah kepada beberapa kronologi/garis masa (yang berlainan antara satu sama lain).

And yes, I can totally relate to that. Kerana bila aku tidak mempunyai apa-apa yang dikira berbaloi untuk ditulis (assuming that I must write no matter what), I can be a huge pain in the ass. See, that's why you don't mess with the universe.

Mungkin juga kesunyian menyuburkan sifar narcissism dalam diri aku. Dan seperti biasa, nampaknya aku semakin jauh tersasar dari tujuan asal nota ini ditulis.

Isnin, 11 Jun 2012

Ala-ala surreal

Berhenti di lampu isyarat sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas keluar minum petang bersama beberapa orang kawan rapat di sebuah restoran Mamak.

Dengan senja semakin menghampiri, aliran trafik tidak begitu lancar. Manakala kenderaan berbaris panjang dan bergerak perlahan seperti kura-kura. Melihatkan situasi ini, aku syak ada kemalangan di hadapan.

Dan ketika inilah perbualan paling aneh dalam hidupku terjadi.

"Ada eksiden ke?" tanya seorang mamat yang turut sama menunggang motosikal tatkala dia berhenti di sebelahku.

"Ha'ah. Eksiden la kot," aku balas. Aku amati wajah mamat ini. Puas aku geledah laci memori namun wajahnya tidak memberi bayangan terhadap sesiapa yang mungkin aku kenal.

"Eksiden ke?" dia tanya soalan yang sama, sekali lagi. Aku toleh ke arahnya tanpa memberi sebarang jawapan.

"Mesti ada artis nak datang la ni," dia beritahu. "Artis?" getus aku dalam hati.

"Artis nak buat show malam ni," dia ulang semula. Aku kehairanan, tak faham apa yang dia cuba sampaikan.

Lampu isyarat bertukar hijau. Dia segera memecut laju meninggalkan aku di belakang. "Well, that was weird."

Sabtu, 9 Jun 2012

Wednesday, 29 June 2011

Manusia yang aku cintai, tidak akan jadi milik aku. Hey, how can I be so sure? Oh well, I just knew it.
 
Tak, bukan kecewa atau sedih atau apa, tetapi aku belajar untuk menerima hakikat kerana kebenaran sudah sedia ada di depan mata. Bahasa mudahnya, aku cuma mahu menjadi realistik, dengan cuba untuk berpijak di bumi nyata.

"Mencintai tak semestinya memiliki."

Entah kenapa aku sering ketawa sinis tatkala membaca sepotong ayat ini. Apa yang pasti, ayat ini sudah tentu ditulis oleh pseudo-pessimist atau manusia yang patah hati separuh jalan atau tewas dalam perebutan cinta mendapatkan seorang perempuan. Aku panggil ini sebagai ayat penyedap hati. 
 
"So, what should I do anyway? Stop loving her?" I constantly asked myself the ironic question.
 
"I love her. There's no way I'm gonna stop loving her," was the answer.


P/s: Terjumpa tulisan ini ketika menggeledah arkib tulisan-tulisan lama. Nampak gaya seperti ditulis sewaktu jatuh cinta.

Jumaat, 8 Jun 2012

Drowning in sin

Niat di hati mahu pergi ke rumah urut, memanjakan diri dengan tangan lembut yang mengusap tubuh.

"Jom. Sekali urut RM50. Campur servis ekstra, tambah lebih kurang dalam RM50," seorang kawan pelawa tempoh hari, sewaktu kami duduk melepak makan charkotiau.

"Ekstra yang macam mana?" aku tanya lebih lanjut.

"Handjob," dia balas, sekali dengan isyarat tangan.

"Bapak mahal," aku sambut. "In Ipoh, for half the price, you can fuck the masseuse for 30 minutes."

Sabtu, 2 Jun 2012

What ever happened?

"What has gotten into you lately?" dia jerkah sewaktu aku mengangkat panggilan. Gelas yang berada di tangan, aku letakkan semula di atas meja dapur. Tak jadi minum.

"What are you talking about?" aku tanya semula, dengan tiada idea dia sedang bercakap tentang apa.

"Oh please. Don't play dumb with me," dia kata. Belum pun sempat aku membalas, "Meet me at the usual place. I'll be there in an hour."

Dia putuskan talian. Aku terpinga-pinga kehairanan, "What the hell did I do wrong this time?"

Menyambut kesunyian

I can fake a smile to children. I can fake a smile to strangers. To family. To friends. To women. And to (almost) anybody.

So dear Loneliness, what makes you think I will not be able to handle you?