This morning, I overheard a conversation between one Indian uncle and makcik nasi lemak. "Tak pergi menoreh ka ini pagi?" tanya makcik nasi lemak.
"Semalam saya sudah pergi," balas pakcik itu.
And the rest of conversation went boring... yada yada yada.
They were so chatty. Bersembang punya rancak, aku bimbang tempias air liur mereka terjun ke dalam bekas-bekas lauk yang terhidang di atas meja.
"Makcik," aku pintas perbualan mereka berdua kerana aku ada perut lapar yang perlu diisi. "Saya nak nasi lemak dua."
Tersentak gamaknya, terus dia tergagau mencari bekas polystyrene yang terletak di sebelah raga telur-telur rebus, belum dikupas.
"Dua ya, dik?" Dia ulang semula. Aku angguk mengiyakan.
Nasi lemak dulu, sembang kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan