Aku keluar berjalan-jalan, bersiar-siar mengelilingi kawasan perumahan aku petang tadi. Sudah lama aku tak berkesempatan berbuat demikian. Simply because I've been kinda busy lately.
Tatkala melepasi kawasan rumah pangsa berdekatan rumah aku, dengan berlatarkan pemandangan warga asing, Adik tanya, "Abang, diorang jahat ke?"
Seperti biasa, Adik tanya aku soalan canggung. Adik selalu begitu. Aku masih ingat, Adik pernah tanya, "Abang, kenapa anjing ada empat kaki?"
I mean, how am I supposed to answer that kind of question?
Berbalik kepada soalan Adik tadi, aku balas, "Tak lah. Diorang baik."
Di kawasan perumahan aku, kamu mungkin terserempak dengan kelibat warga asing dari Nepal, Vietnam, Pakistan dan bla bla bla. Selama aku tinggal dikelilingi mereka, aku tak pernah rasa terancam. Mereka ada kehidupan mereka sendiri, begitu juga dengan aku. And in between, jika mereka lemparkan senyuman, aku tak keberatan untuk balas senyuman mereka semula.
Di rumah sewa di Seri Iskandar (tempat di mana aku belajar sekarang), aku tinggal berjiran dengan pelbagai golongan manusia. Di sebelah kiri, jiran aku adalah seorang ustad. Di sebelah rumah ustad ini pula, juga terdapat seorang ustad yang lain pula. Ustad di sebelah rumah aku mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota. Kami (aku dan housemates) selalu bertembung dengan ustad ketika tiba waktu Maghrib. Ianya adalah kebiasaan kami untuk duduk melepak di luar rumah sehingga senja, sambil membakar sampah atau daun kering. Bila pintu rumah ustad berbunyi (menandakan dia bakal keluar untuk ke surau), kami akan lari bertempiaran masuk ke dalam rumah.
Jika kekal melepak di luar, peluang untuk menerima tazkirah Maghrib secara percuma adalah tinggi. Been there, done that.
Di sebelah kanan pula, aku berjiran dengan Hantu Kak Limah (dalam erti kata sebenar). No, je plaisantais, ha ha ha! Rumah di sebelah kanan aku kosong, tak berpenghuni (aku tak pasti dengan makhluk halus). Aku pernah jenguk ke dalam rumah ini melalui tingkap dapur. Apparently, ada kerusi, meja dan perkakas lain yang boleh diambil. Stealing? No, I'm not stealing anything, yet!
Anyway, di hadapan rumah aku pula adalah rumah kepada tauke Kedai Runcit Rahmath. Jika kamu tinggal, menetap, belajar atau apa-apa di Seri Iskandar, pasti kenal dengan kedai runcit ini. Kedai runcit ini umpama Tesco, dalam skala yang kecil. You can find almost anything here! Aku masih ingat Encik Hamzah, pensyarah subjek Meeting and Interview Skills aku bergurau tentang tauke Kedai Runcit Rahmath.
"You know what, Rahmath, he is a genius," he told.
At the same time, I was wondering, "Hurm, betul ke? Tak pernah dengar cerita pun"
"He is a genius in Mathematics. Look at his name, RahMATH!" and he started laughing.
Di sebelah rumah tauke Kedai Runcit Rahmath ini, adalah rumah (atau asrama? atau kuarters?) pekerja Restoran Salam Corner. Nothing much to say about them, so we skipped to the next house. Di hadapan rumah sewa aku juga, ada gadis-gadis UiTM. Tetapi malangnya, mereka lebih kerap terperap di dalam rumah. Aku cuma nampak kelibat mereka keluar rumah pergi ke kelas waktu pagi dan ketika mereka pulang dari kelas waktu petang. What are you girls fucking doing all this while? Masturbating, huh?
Oh ya, di sebelah rumah pekerja Restoran Salam Corner ini, ada seorang gadis cantik, yang mana, aku pernah lihat wajahnya hanya dua kali sepanjang aku menetap di sana. Pertama, adalah ketika waktu hujan dan kali kedua adalah ketika aku berjalan kaki waktu pagi ke kedai membeli air bungkus. So sweet <3
Di Sidec, Seri Iskandar (aku panggil sini sebagai kawasan perumahan ghetto. Fucking horrible and ugly as well!), ada sebuah rumah kosong untuk disewa yang dikelilingi rumah pelajar-pelajar perempuan UiTM. Bunyi macam menyeronokkan tetapi aku tak sukakan suasana di sana. Antaranya faktor persekitaran, faktor pengangkutan, jarak rumah dari kedai/restoran berhampiran dan bla bla bla (aku mungkin mampu untuk tulis kerja kertas atau pembentangan - "Kenapa saya kurang gemar dengan kawasan perumahan Sidec" -).
But don't take it seriously. I was joking, definitely. LOL!