I was having my dinner alone last night. Nak ajak kawan-kawan teman makan sekali, terasa malas. Sebab demam aku belum sembuh sepenuhnya. Takut aku tak larat nak melayan borak-borak panjang di meja makan. Jadi aku pasang niat untuk makan secepat mungkin, hisap rokok sebatang dua, dan balik rumah tidur dengan lena.
Kemudian datang juga dua orang kawan setelah mereka bertanyakan di mana lokasi aku. Terpaksa pesan segelas lagi air untuk meneruskan sesi berbual.
Dua orang kawan ini secara rasminya penganggur sepenuh masa. Seorang baru habis belajar, dan majlis konvokesyen-nya bakal berlangsung pada minggu hadapan. Baru semalam dia datang ke rumah aku untuk cetak keluar resumé untuk ditebarkan kepada sebuah syarikat demi menjala nasib mencari kerja.
Seorang lagi pula masih berbaki dua tahun untuk tamatkan pengajian ijazah. Terkandas pengajian ijazah di Jerman, he came back to Malaysia for good, kemudian sambung semula pengajian di sebuah universiti swasta di pinggir Kuala Lumpur.
"Kau datang KL, jangan risau, kau tidur je rumah aku."
Pelawaan ini bukan pelawaan kosong. Ini pelawaan untuk berseronok. Yang seringkali aku tolak dengan alasan tak ada masa dan ada hal kerja. Because I've made that mistake once during Ramadhan 2014. No, it's not going to happen again.
Tak semena-mena kami tiba pada topik tentang hal-hal bercuti. Aku dah beritahu mereka awal-awal, aku ada sedikit jeda waktu rehat untuk diri sendiri pada awal atau pertengahan bulan November. Selain daripada itu, I'll be busy as hell. Mereka petik beberapa nama tempat percutian sebagai cadangan. Aku cakap, aku tak kisah. Semua orang okay, aku pun okay.
Kali terakhir kami bercuti beramai-ramai adalah pada awal bulan Jun 2014 di Pulau Perhentian. Road trip dengan bajet sederhana namun penuh adventure. Tak banyak yang aku tulis mengenai perjalanan kami (tak pasti kenapa), melainkan sebuah anekdot ringkas dan sebuah nota permenungan pasca-bercuti.
Nevertheless, it was fun.
But I'm glad they came last night. Dua orang kawan ini adalah antara yang dominan dalam sesi perbualan antara kami. Sentiasa ada sesuatu untuk dikatakan. Sentiasa ada topik untuk diulas. Naik kereta dengan mereka, riuh rendah sepanjang perjalanan. Dan kalau duduk di meja makan, tak akan ada yang tak ketawa.
Waktu di kaunter pembayaran, aku suruh pelayan kira semua sekali makan malam kami. Ini salah satu ritual yang aku anuti. Bila aku kurang sihat, atau jiwa aku sedih, atau perasaan aku tak tenteram, aku akan belanja orang makan. Sekurang-kurangnya, melihat orang lain berasa gembira juga membuatkan aku turut sama dapat menumpang gembira.
Tetapi itu sebelum kawan aku ucap terima kasih kemudian menyambung, "Kau kena nombor ekor ke apa belanja kami ni?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan