Ahad, 17 April 2011

Nota Pantas Pendek (not so) (3)

Ini akan jadi pantas dan pendek (not so). Maksud aku, nota ini. Bila tulisan Nota Rawak (5) keluar dan disiarkan, aku tak mengharapkan apa-apa. Serius, ianya tulisan entah apa-apa. Sama seperti siri Nota Rawak aku yang lain. Terkesan ianya ditulis ketika ennui datang rumah dan aku sebagai tuan rumah, haruslah melayan si ennui ini. Tak kenal siapa ennui? Ish ish ish.

Aku terima banyak komentar. Mereka tanya, soalan yang sama berulang kali. "Kenapa tulis macam tu?". Aku termenung kerana soalan ini membawa banyak persoalan. Apa yang tak kena? Serasa aku, aku menulis seperti biasa. Cuma sususan ayat kurang kemas, cincai sana-sini, bahasa yang sedikit lepas bebas, santai dan aku terapkan secebis nilai humor (walaupun aku secara peribadi tak pernah ketawa pun membacanya).

Ya, aku tahu aku membosankan. Atas sebab itu, aku variasi-kan tulisan sedikit sebanyak. Mencuba perkara baru adalah sesuatu yang mengujakan. Tak percaya?

Masalah dengan blogger sekarang ialah mereka tulis entah apa-apa. Pukimak dan lancau tak mampu menggambarkan mereka (aku perlukan ayat makian yang lebih sesuai terhadap mereka). Kalau setakat tulis berita tentang Lady Gaga jatuh pentas, tentang Maharaja Lawak, Paris Hilton nipslip, tips-tips mengatasi stress yada yada yada. Eh eh, apa lancau semua ini?

Semua berita sampah sedemikian rupa kamu boleh jumpa merata-rata di dalam Internet. Jadi, apa signifikan-nya bila mereka recycled berita-berita sampah itu? No fucking point, I tell you!

Walaupun aku kerap ulangsebut nama-nama seperti Nadzirah, Fatin, Kiki, Meon, Yo, Amir, Fairuz, Syamira dan lain-lain. Kamu mungkin tak kenal dengan mereka. Mereka adalah manusia yang melingkari kehidupan seharian aku. But still, kamu masih juga membaca tulisan aku despite kamu langsung tak mengenali mereka. Kerana apa? Kerana aku terlalu bagus untuk tidak dihiraukan. Okay, bergurau.

Basically, I wrote about my Life, dan segala yang berkisar tentangnya. Dan aku gembira tentang hakikat itu.

Tiada ulasan: