Di dalam kereta, menghala ke Seri Iskandar, aku buka mulut, "Haritu ada student kolej Abang meninggal. Budak junior."
Aku jarang berbual di dalam kereta. Apatah lagi dengan Ayah. Aku lebih selesa mendengar lagu yang bermain di
radio sambil menulis nota halimunan di dalam kepala.
"Satu course dengan Abang?" Ayah tanya.
"Tak. Dia course lain," aku balas.
Aku beritahu Ayah bahawa si mangsa meninggal dunia di kawasan air terjun Lata Kinjang yang terletak berdekatan Tapah, Perak. Dengar cerita, si mangsa menghabiskan hujung minggu berkelah bersama keluarganya. Malang seribu kali malang, si mangsa mati lemas kerana kakinya tersangkut di celahan batu sungai. Betul atau tidak, aku tidak tahu. Ianya cerita mulut ke mulut yang disampaikan oleh orang ramai. Barangkali ada puluhan versi cerita tentangnya di luar sana.
Dan kemudiannya, Ayah berceramah kepada aku separuh jalan sebelum tiba di Seri Iskandar. Berceramah tentang keselamatan diri dan itu ini. Aku seperti biasa, terpaksa menadah telinga. Nak lari mana? Aku di dalam kereta, duh!
"Oh shit!" aku menyumpah dalam hati. Sepatutnya aku diam, dengar lagu dari radio. Sekarang kamu patut tahu kenapa aku tak gemar berbual di dalam kereta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan