Jumaat, 29 April 2011

Eh, Ahad?

Sunday, 24 April 2011 at 17:36

Shops are closed today. Tak banyak yang buka perniagaan pada hujung minggu. Duh, aku sedang lalui Ahad yang membosankan. Aku tak punyai tunai yang banyak di dalam tangan, dan aku juga gelisah memikirkan sesuatu. Namun dalam pada itu, aku tetap sukakan Ahad. It gives me the feeling of doing nothing. Menghabiskan sisa hujung minggu dan bangun keesokan paginya, merungut sendirian.

"Celaka, dah Isnin. Kejap betul."

Hari demi hari berlalu, dan aku akan kembali mengharapkan ketibaan hujung minggu untuk membunuh kesibukan aku melayan (atau melawan?) dunia.

Setiap manusia, termasuk aku, perlukan jalan keluar, eskapisme dari ruang yang mengelilingi. Tetapi setiap jalan keluar pasti pula menghala kepada satu ruang lain yang juga mengelilingi.

Chillax-lah. Mari rayakan hari Ahad. Cheers!

Tiada ulasan: