Jumaat, 29 April 2011

Mengantuk

Sunday, 24 April 2011 at 00:24

"Duh, macam mana interview hari Isnin nanti ni" aku rungut pada diri sendiri.

Aku tak bersedia langsung. Resumè ala kadar ditambah dengan maha kegugupan, hakikat pahit itu terpaksa aku hadam paksa. Jadi aku luah rasa gementar aku pada Miss F. Ya, aku perlukan seseorang untuk padamkan rasa gelisah yang menyelubungi. Sedikit sebanyak, gelisah aku sudah dikongsi bersama manusia lain.

On the other hand, aku masih juga mampu tersenyum. Nadzirah belikan aku sebuah buku. Ditambah dengan tandatangan penulisnya, ahh, itu sudah lebih dari cukup.

Nahh, malas nak tulis dah. I'm off to bed. Goodnight!

Tiada ulasan: