Jumaat, 29 April 2011

Speechless

"Kau pergi KL haritu buat apa?" seorang kawan lama tanya pada aku. Aku tak pasti dari mana dia dapat tahu. Foursquare atau Facebook. Atau dari sesiapa sahaja. Uh oh what, privacy? Err, kamu buat lawak ke?

"Aku pergi sebab ada exhibition dekat sana," aku jawab, malas.

"Hah, apa dia?" dia soal aku semula, kurang jelas.

"Aku pergi event. Ada event pasal makanan apa entah," aku ulang semula. Aku keberatan untuk berbual kerana penat melawan mata mengantuk.

"Eh, kau ambik course apa hah?" dia tanya aku. Tiba-tiba.

"Business," aku sambut.

"Bukan dulu kau ambik Science IT ke?" dia soal, kehairanan.

Ahh, itu cerita lama. Sesuatu yang aku kurang gemar untuk bualkan. Let bygones be bygones, shall we?

"Itu dulu," aku jawab ringkas. Berharap agar perbualan ini tamat segera. Atau topik perbualan bertukar.

"Oh, senang tak?" dia tanya, merujuk pada jurusan aku.

Oh demi Tuhan. Aku kelu dan tak tahu untuk beri reaksi apa!

Tiada ulasan: