I love having face to face conversation. Melihat tepat ke dalam mata, menduga hati dan perasaan. Perbualan telepati sambil diselang seli dengan senyum dan ketawa kecil. Sebelum masing-masing memulakan bicara.
"Marah ke?" aku tanya. Memecahkan suasana dan cuba untuk mula berbual.
"Tak, tak. Tak marah," dia balas perlahan, dengan wajah kelesuan dan keletihan.
"Haih," aku keluh. Aku lihat mukanya semula, dan aku senyum. Entah mengapa.
Kemudian, dia mula luahkan segalanya, dan aku lebih senang untuk mendengar pada mulanya. Tempoh hari dia mahu beritahu aku sesuatu, dan aku biarkan sahaja. Let her be, I told myself.
She's being nice to me, and I was trying to defend myself, too. Hanya untuk mengimbangi keadaan dan supaya aku tidak tenggelam di dalam perbualan ini. Aku beritahu, "Itu semua salah faham sebenarnya. Aku tak ada niat pun nak cakap sesuatu macam tu."
Lain kali aku perlu lebih berhati-hati ketika menulis atau berbicara. Aku ada hati yang perlu dijaga. Dan jika aku kalah sekali pun, tak apa lah. Chillax!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan