Jumaat, 22 April 2011

Eh, silap orang?

Aku jenis cool. Jenis tak ambil pot. Jenis boleh buat hal sendiri. Berlagak pun ya. Kamu ingat aku peduli dengan tanggapan kamu? Syuh syuh, pi mampus.

Ianya antara dua. Pemuja dan pembenci. Aku mungkin ada pemuja. Mungkin tiada. Tetapi pemuja boleh sahaja terpecah kepada dua. Pemuja biasa-biasa atau pemuja setia. Manakala, pembenci, aku serta-merta golongkan dalam satu kelompok. You fucking tell me, mana ada manusia membenci olok-olok. Manusia pasti membenci sepenuh hati. Kan, kan, kan?

Tetapi itu-lah. Aku peduli apa pemuja atau pembenci. Setiap satu, aku layan juga. Dengan layanan yang berbeza, sudah tentu.

You wanna play the game? Well, let's play! Aku mungkin kalah (huh, pesimis!) tetapi asalkan aku mampu tersenyum di akhirnya. Itu sudah memadai. Kan, kan, kan?

Tiada ulasan: