Tiap kali pulang ke rumah, Ayah pasti akan tegur rambut aku yang semakin panjang, tak terurus.
"Gunting la rambut tu. Simpan panjang-panjang buat apa," Ayah pesan.
Pesan Ayah itu selalunya aku akan balas dengan, "Hurm, nanti la. Malas nak gunting."
Aku pandang cermin. Betul juga, messy gila.
Bukan tak mahu gunting, tetapi dua bulan lepas, rambut aku gugur teruk. Setiap kali selesai mandi, bergumpal-gumpal rambut luruh dari kepala. Hinggakan aku begitu takut untuk menyisir rambut, apatah lagi untuk menggunting rambut ketika itu.
Botak pada umur awal dekad kedua? No no no!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan