Jumaat, 22 April 2011

Makanan sekitar Seri Iskandar (3)

Bila pulang dari kelas waktu tengahari atau petang, hanya satu perkataan timbul di dalam kepala.

Neraka.

Seri Iskandar memang panas. Jika hujan turun, ianya adalah satu rahmat besar (apakah panas itu bukan satu rahmat? Well, itu kemudian kita boleh bincang). Hujan lebat yang turun membasahi bumi, menyamankan suasana dan menyelesakan penghuni sekitarnya. Kami (aku dan rakan) selalu merungut tatkala panas membakar kulit dan kemudiannya akan ada suara-suara berkata, "Rileks lah. Ini baru panas dunia. Praktis la awal-awal sebelum masuk neraka."

Dan kami akan ketawa bersama-sama. Bunyi macam gampang, berani ambil mudah urusan akhirat.

Okay, berbalik kepada tujuan asal nota ini. Bila cuaca terlampau panas, perkara pertama yang aku mahu lakukan adalah pulang ke rumah, tanggalkan pakaian dan berbaring di bawah putaran bilah kipas. Tetapi itu dulu, sebelum aku merasai cendol di warung tepi jalan (atau tepi longkang?) di Sidec.

Secara jujur, cendolnya biasa sahaja. Tetapi memandangkan cuaca panas terik, makanan tidak sedap pun boleh jadi sedap (lihat bagaimana faktor cuaca memainkan peranan). Selain cendol, laksa di warung ini juga sedap. Itu aku akui. Kuahnya likat tanpa tulang-belulang yang nyata. Ada telur rebus separuh, ada potongan timun, hirisan bawang dan cili. Kuahnya juga tak seberapa pedas, just nais. Tambah sedap, makan petang ini disudahi dengan pisang goreng panas. Ftw!

Selain itu, di Bandar Universiti ada ais jagung yang sedap di Restoran Deli Planet.

(Tika ini, aku berhenti menulis dan membayangkan kenikmatan ais jagung turun masuk ke dalam mulut)

Jika ada kelapangan, tiap kali pulang dari kelas, aku akan singgah ke sana untuk merasai ais jagung. Walaupun tekstur ais jagungnya kurang menarik, biasa sahaja, tetapi itu boleh dimaafkan. It tastes sooo good. Aku tak tahu bagaimana mahu gambarkan kenikmatannya. Aku kira, nilai estetika ketika memakannya juga kena dengan cara, persekitaran dan iklim. Contohnya, takkan kamu mahu sesuap ais jagung di bumi Antartika. Tak masuk akal, kan?

Tell you what, suap demi suap ke dalam mulut, manis susu pekat, sedikit masin jagung. Oh my G!

Kebenarannya, cuaca Seri Iskandar memang panas. Paling teruk adalah kawasan Sidec. Macam mana manusia boleh tahan tinggal di neraka eh silap, di Sidec? Aku pun tak tahu.

Tiada ulasan: