Jumaat, 1 April 2011

Nota orang mati (6)

Aku lihat kalendar. Ianya 1hb April. Aku teringatkan April Fool. April yang bodoh atau manusia? Dua-dua pun bodoh. Aku teringatkan semalam, tiada apa-apa. Aku teringatkan kelmarin, tiada apa-apa. Aku teringatkan masa silam, aku jatuh sebak. Aku pandang semula ke hadapan. Menduga hari esok, aku lihat awan gelap. Aku duga lagi hari esok, masih juga gelap. Aku capai pisau imaginasi, terus aku kelar leher kesedaran. Moga-moga aku bangun mimpikan perihal indah.

Tiada ulasan: