Aku menulis tentang orang lain terlalu banyak. Walaupun aku menulis tentang orang lain untuk simpanan sendiri sebenarnya.
Pernah sekali, seorang kawan menulis tentang aku. Kamu tahu apa? Aku adalah manusia paling gembira dalam dunia. Hey hey sekurang-kurangnya, ada juga manusia lain yang sanggup dan mahu menulis tentang aku. Aku faham apa perasaannya bila diri kamu disertakan bersama di dalam sebuah tulisan. Kamu rasa dihargai.
Mungkin aku patut berhenti menulis tentang orang lain. Kerana aku yang akan kesunyian di akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan