I went fishing with Razin, Jambu, Pami and Pravin last week. Niat asal hanyalah menemani Razin dan Pravin memancing. Aku setuju untuk turut serta kerana tiada apa-apa untuk dilakukan di rumah selain untuk mengambil angin di tepi laut dan lepak berborak sehingga lewat senja.
Aku tidak-lah begitu gemar sukan memancing (Sukan? People actually made living out of it). Kerana aku tidak mempunyai kesabaran untuk menunggu dan menunggu dan menunggu umpan disambar oleh ikan.
Tunggu makanan siap di restoran pun boleh bikin aku gelisah, apatah lagi menunggu umpan yang dicelup ke dalam lautan, sambil menanti tersangkut mana-mana ikan.
Aku, tanpa diduga, dapat membawa naik seekor ikan dalam percubaan main-main untuk belajar cara-cara membaling joran dengan betul. Well, good enough for rookie like me, heh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan