Kegelapan mungkin secara harfiahnya kelihatan gelap dari luar, namun bila aku sendiri melangkah masuk ke arahnya, ia tidaklah segelap yang disangka.
Aku tersedar ini sewaktu bermain meriam empat tahun lepas di sebuah padang bersebelahan sebuah taman perumahan berdekatan dengan rumahku. Berpegang kepada falsafah esentrik, sudah tentu aku tidak akan melakukan sesuatu yang bahaya di kawasan sendiri. There's a saying, you don't shit where you eat.
Pengalaman dan perasaan bermain meriam adalah sesuatu yang mengujakan. Bonus jika dapat berbalas dentuman dengan taman perumahan bersebelahan yang turut sama bermain. Ia begitu mudah untuk menghasilkan dentuman, menggegarkan kawasan sekitar.
Cuma perlu berani dan lari sekuat hati bila ada manusia asing jerit hoi! selepas 6-8 dentuman.
After coming back from Tarawih prayers, we start gathering things. Sebungkus karbait (tak tahu nama saintifik), sebotol air paip, pemetik api dan sebatang besi papan tanda panjang yang dikorek keluar daripada tanah.
Bagi aku, meriam yang diperbuat daripada besi adalah lebih selamat (aku tidak kata ia langsung tidak bahaya) berbanding meriam buluh. Sebagai perbandingan, buluh mudah bersepai manakala besi tidak.
Cari la port cerah sikit. Gelap kot, aku kata sebelum melangkah menuju ke arah lokasi batang besi disorokkan. Mana ada gelap, mereka balas, sana la port paling cun.
It was dark. Really dark. Tetapi setelah sampai ke kawasan di mana secara luarannya gelap, aku akui, ia tidak begitu gelap sebenarnya. Untuk memastikan aku tidak hanya berhalusinasi, segera aku toleh ke belakang, melihat tempat permulaan kami. Ada cahaya terbit...
Dari sebatang tiang lampu.
Dari sebatang tiang lampu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan