Terlalu bosan dan mengantuk, aku ke dapur dan bancuh segelas air oren. Tidur awal pada hari Jumaat malam Sabtu bukanlah kebiasaan aku. Jadi dengan berpegang kepada kebiasaan itu, aku di sini menaip sesuatu yang mungkin hanya sekadar... entah apa-apa.
Work has been quite hectic lately. Setiap malam aku ingin menulis sesuatu tetapi sering berakhir dengan aku terlena di hadapan skrin. Atau kadangkala terlelap tatkala menunggu siri televisyen atau filem siap dimuat turun. Perbualan bersama rakan sepejabat juga aku ingat-ingat lupa. Takpe, I'll write something about her later.
Entah-lah, menulis mengenai apa yang aku lalui dalam sehari-hari sudah tidak begitu menyeronokkan. Mungkin kerana aku tiada masa atau mungkin kerana aku merasakan ianya sesuatu yang tidak perlu. Ikutkan hati, mahu sahaja aku katakan aku sudah gila. Tapi mengaku diri sendiri gila, adalah sesuatu yang gila atau sekurang-kurangnya nampak seperti sesuatu yang gila. Walaupun takde-lah gila mana pun.
Ketika ini, aku cuma tidak mampu mencantumkan apa yang bermain di minda untuk meluahkannya dalam bentuk teks. Itu-lah, banyak sangat bermimpi dan bercakap seorang diri dalam hati. Mengelamun tak sudah sehingga membawa ke dalam mesyuarat. Mujur tak terlena ha ha!
Setelah sekian lama tidak dapat bersua lidah dengan perbualan yang menarik, akhirnya aku sudah ketemu manusia yang menyeronokkan untuk dibawa berbual. Perbualan yang bermakna untuk aku abadikan dalam sebuah tulisan. I mean, she always know what to say.
Mengakhiri nota ini, aku teringat kata-kata seorang kawan rapat kepada aku petang tadi, "Falling in love again? Oh no."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan