Sabtu, 7 Januari 2012

Junk of the heart (2)

I woke up early this morning, around 6 something. I don't know why I'm up so early on Saturday. Subuh yang tenang ditambah dengan kedinginan pagi, membuatkan aku ringan mahu menulis sesuatu. And, so I did. Aku menulis sesuatu mengenai Fatin, sesuatu mengenai perbualan bersama rakan sepejabat dan juga beberapa anekdot ringkas yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

Aku kira, ini fasa baru dalam hidup yang, tanpa sedar, sedang aku lalui. Menoleh semula ke belakang, aku sudah lama tidak menulis siri Nota Rawak dan juga Sedatif Imaginasi Terlarang. Kawan aku turut perasan perubahan ini dan menegur, "Where's your sense of humor? Your I-don't-give-a-fuck attitude? Your lovely sweet notes? Your funny writing? And most importantly, the old you?"

Aku seperti biasa, hanya mampu tersenyum tanpa sebuah jawapan yang jelas.

Tiada ulasan: