I went to Seri Iskandar yesterday. Sampai sahaja di 'pekan jarak pekan tekukur' ini, aku terus menghala ke rumah Bob memandangkan sehari sebelum itu aku sudah memaklumkan kepadanya mengenai kedatangan aku ke sana. Kiki wasn't there when I arrived. He went somewhere-I-don't-know with his girlfriend. Tujuan utama aku ke sana adalah untuk bertemu dengannya dan kami juga telah bersetuju untuk makan malam bersama.
"Panas gila!" Aku mengadu kepanasan sambil terbaring di bawah putaran bilah kipas. Cuaca di sini ternyata melemaskan. Bahang yang membuatkan aku seperti mahu menanggalkan pakaian, berbogel dan terjun ke dalam lautan nyaman.
Tidak banyak yang berubah di Seri Iskandar. Cuaca, persekitaran dan suasananya masih sama meskipun bibit-bibit pembangunan sudah mula kelihatan. Segala pautan kenangan, pahit manis pengalaman dan imbasan memori indah masih jelas bermain di minda tatkala aku mengehela nafas di pekan yang menjadi saksi kehidupan aku sebagai seorang pelajar selama hampir tiga tahun di sini.
Later that night, I went to dinner with Kiki, Bob and Bell. Kami makan mee kari di sebuah tempat yang tidak asing lagi. Tempat yang suatu ketika dahulu pernah menjadi lokasi wajib kunjung untuk aku dan rakan serumah menikmati semangkuk mee kari dan berbual panjang sehingga lewat pagi.
"Sikitnya ko ambik," Kiki tegur melihatkan kandungan bahan di dalam mangkuk aku tidak penuh seperti kebiasaan. Mengenali aku selaku seorang pencinta makanan sejati, mangkuk aku sepatutnya menimbun dihiasi bahan seperti dried tofu skin, fish ball, fish cake dan bermacam lagi.
Kami berbual panjang malam itu. Perbualan yang banyak menyentuh mengenai latihan industri yang kami berdua sedang lalui, kehidupan semasa dan juga perkara-perkara rawak yang sesekali mengundang gelak ketawa di meja makan.
"Aku dah tak reti merapu sangat dah sekarang," aku beritahu kepada Kiki dengan nada penuh jujur, "Kalau tidak, dulu tiap-tiap hari merapu dengan Meon, merapu dengan Yo. Sekarang ni, aku dah tak tau nak merapu dengan siapa."
"Waktu mula-mula kita habis study," aku sambung lagi sambil mengunyah, "aku rasa hidup ni macam dah takde makna. Selama ni kita pergi kelas sama-sama, makan sama-sama, buat apa pun sama-sama. Tiba-tiba semua tu hilang, aku jadi lost."
Sewaktu perjalanan pulang, aku perasan satu perkara. Mee kari yang selama ini dijamah dengan penuh berselera, hanya bermakna jika aku ditemani oleh rakan serumah yang aku begitu rindui. Malah kehadiran mereka dalam hidup aku adalah sesuatu yang sungguh istimewa. Ikatan persahabatan yang dibina tidak mungkin terhapus dari ingatan aku, untuk selamanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan