Communication, here, in my office, is very minimal. Malah nama kebanyakan kakitangan di sini juga aku ingat-ingat lupa. Cuma tatkala bertembung atau terserempak dengan mereka, aku tidak kedekut dengan senyuman. I rarely talk unless I really have something to say to either my boss or officemate. Jika tiada apa yang penting untuk disuarakan, aku lebih senang mendiamkan diri. Cuma kadangkala aku ringankan mulut berborak kosong untuk membunuh kebosanan.
Maybe it's true, sometimes I just don't feel like talking to them. Sebagai contoh, berkongsi maklumat atau berita semasa tentang politik, ekonomi, hiburan atau perkara rawak yang menjengkelkan. Aku lebih selesa bermonolog sendirian dan mengatur perbualan di dalam kepala. Melayan suara hati tanpa pedulikan suasana sekeliling.
Menurut teori yang aku pelajari di kolej, komunikasi di tempat kerja adalah sesuatu yang penting demi membentuk ruang persekitaran kerja yang selesa dan harmoni. Well, that's what the book says.
Bollocks, I tell you.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan