Khamis, 19 Januari 2012

Reminiscent (4)

Hujan yang masih renyai di luar, membuatkan aku begitu malas untuk mandi dan bersiap ke pejabat. Jadi aku ambil keputusan untuk bermalas-malas dan melengahkan masa. Lantas aku hidupkan komputer dan biarkan irama musik berlegar memenuhi segenap ruang bilik.

Entah apa yang bermain di fikiran aku ketika ini. Aku hampir tiada inspirasi, motivasi untuk memulakan sebarang aktiviti. Kehidupan seharian yang semakin dimamah rutin menyebabkan aku langsung tiada semangat untuk apa-apa. Komunikasi dan perbualan bersama rakan sepejabat juga tidak begitu menarik. We have nothing much in common. Definisi keseronokan kami jauh berbeza antara satu sama lain. Let alone definisi kehidupan.

Aku sudah lupa kali terakhir aku benar-benar, you know, just chilling out, have a good conversation with friends and laughing my ass off.

Tiada ulasan: