Ahad, 29 Januari 2012

Naive (2)

Sekitar pukul 2 pagi, sewaktu berjalan menuju ke bilik selepas keluar melepak bersama seorang kawan, aku dapati Haikal dan Ihsaan sedang tidur nyenyak di atas katil. Mereka baru sahaja pulang semula ke rumah setelah seminggu berada di kampung. Tanpa berlengah, aku segera rebahkan badan di atas katil, kemudian  mata aku tertancap merenung wajah mereka berdua. Seraya aku tersenyum sambil melihat wajah yang tiada secalit kerisauan dan kebimbangan. Wajah yang lebih indah dari bintang. Wajah yang lebih bercahaya dari bulan.

Aku kucup kedua belah pipi mereka. Kucupan yang menyatakan betapa aku begitu menyayangi jiwa kecil yang masih cuba memahami kerenah dunia. Jiwa kecil yang aku akan pastikan tidak akan lemas di celah-celah kebodohan manusia.

Kucupan yang aku akhiri dengan menarik selimut untuk menutup kaki mereka yang dicucuk kedinginan. Kucupan yang menterjemah seribu satu luahan rasa yang terkurung dalam hati ini.

Tiada ulasan: