Isnin, 23 Januari 2012

Liaison

I don't really favour eating at Mamak restaurant. Larut dalam frekuensi hingar-bingar, manusia yang berkunjung masuk tanpa henti serta pekikan pekerja yang menjengkelkan sering membuatkan aku berasa tidak selesa untuk duduk makan/minum dan berbual. Aku percaya, perbualan yang bagus harus berlangsung dengan tidak memerlukan aku meninggikan suara untuk menentang suasana.

Tetapi tatkala melepak bersama kawan-kawan, aku fikir, suasana sekeliling tidak begitu penting. Persahabatan, gelak ketawa, perwatakan dan perbualan yang melingkari meja makan kami, jauh lebih bermakna.

Tiada ulasan: