Malas. Aku sentiasa ada perkara untuk diluahkan tetapi satu je masalahnya, malas. Malas bagaimana, hanya kawan sekelas (dan kawan rapat) yang tahu. Di dalam kelas, aku jarang menulis. Malah aku datang ke kelas tanpa membawa pen, pensil apatah lagi alat tulis yang lain. Kalau beli, mesti hilang.
Pengurusan masa aku sungguh memalukan. Pengurusan kendiri juga gagal sama sekali. Kerja bertangguh. Tiada motivasi. Sentiasa mahu lena dibuai mimpi.
Ada garis halus antara sarkastik dan loyar buruk. Loyar buruk adalah versi murahan dalam cabang sarcasm. Sebolehnya, aku mahu kurangkan nilai sarkastik dalam diri. Contoh bila orang kata, "Go to hell." Aku dengan selamba boleh membalas, "I'm on my way" atau "I will and you're coming with me" atau "with your kind of attitude, I'm there already."
Aku cuba baca sajak/puisi Bukowski, Rumi, Neruda, Emily Dickinson, Salleh Ben Joned (sekadar menyebut beberapa nama). Aku takde-lah minat sangat sajak/puisi tetapi ada beberapa yang betul-betul bagus. Ada sesetengah sajak/puisi baca berpuluh kali pun tak lekat. Ada pula sajak/puisi yang baca kali pertama, tiada apa-apa. Baca kali kedua, tiada apa-apa. Baca untuk kali seterus dan seterus dan seterusnya, baru ada rasa. Rasa apa, jangan tanya. Kena alami sendiri.
Bak kata seorang kawan, sajak/puisi yang bagus boleh beri instant feeling. Boleh terus tarik perhatian. Tetapi bergantung juga, sebab selera setiap manusia tak sama. Aftertaste juga berbeza-beza. Puisi yang paling aku suka sehingga kini adalah The Saddest Lines oleh Pablo Neruda. Indah, sungguh indah.
Menduduki peperiksaan akhir dengan hanya bertemankan sebatang pen, sebatang pensil dan pemadam. Pen, ya memang aku punya. Pemadam aku kerat dua dengan Siti dan pensil wallahualam, entah siapa punya aku pinjam. Kalau nak lukis garisan, selalunya aku guna kad matrik pelajar. Ha ha.
Pernah sekali, sewaktu menjawab peperiksaan akhir, dakwat pen tiba-tiba habis. Jenuh aku ketuk supaya dakwat mengalir semula namun hampa. Aku angkat tangan, pengawas peperiksaan datang. Dia ingatkan aku nak kertas tambahan. Aku balas, tak. Aku tanya, ada pen lebih tak. Orang kiri kanan dah pandang aku lain macam.

Pensyarah punya-lah pulun mengajar dan menulis di papan putih, aku di belakang pura-pura mencatat segalanya. Kadangkala melukis, kadangkala menconteng meja. Kadangkala merenung muka pensyarah sehingga tembus ke belakang. Kalau aku mencatat nota di dalam sehelai kertas sekalipun, demi Tuhan, kertas tersebut pasti juga akan hilang selang dua atau tiga hari kemudian.
Pengurusan masa aku sungguh memalukan. Pengurusan kendiri juga gagal sama sekali. Kerja bertangguh. Tiada motivasi. Sentiasa mahu lena dibuai mimpi.
Jika aku tidak berkeinginan untuk melakukan sesuatu perkara, please don't try to force me. Paksaan tidak akan berkesan sama sekali. Jika aku bersetuju untuk melakukannya, ianya sekadar didorong rasa simpati atau atas dasar untuk menjaga hati. Ataupun sekadar melakukannya tetapi tanpa meletakkan sepenuh jiwa atau apa.
Bukan-lah nak kata aku ni cool (walaupun memang cool), tetapi hakikatnya memang begitu.
Ada garis halus antara sarkastik dan loyar buruk. Loyar buruk adalah versi murahan dalam cabang sarcasm. Sebolehnya, aku mahu kurangkan nilai sarkastik dalam diri. Contoh bila orang kata, "Go to hell." Aku dengan selamba boleh membalas, "I'm on my way" atau "I will and you're coming with me" atau "with your kind of attitude, I'm there already."
Aku cuba baca sajak/puisi Bukowski, Rumi, Neruda, Emily Dickinson, Salleh Ben Joned (sekadar menyebut beberapa nama). Aku takde-lah minat sangat sajak/puisi tetapi ada beberapa yang betul-betul bagus. Ada sesetengah sajak/puisi baca berpuluh kali pun tak lekat. Ada pula sajak/puisi yang baca kali pertama, tiada apa-apa. Baca kali kedua, tiada apa-apa. Baca untuk kali seterus dan seterus dan seterusnya, baru ada rasa. Rasa apa, jangan tanya. Kena alami sendiri.
Bak kata seorang kawan, sajak/puisi yang bagus boleh beri instant feeling. Boleh terus tarik perhatian. Tetapi bergantung juga, sebab selera setiap manusia tak sama. Aftertaste juga berbeza-beza. Puisi yang paling aku suka sehingga kini adalah The Saddest Lines oleh Pablo Neruda. Indah, sungguh indah.
Setiap pagi aku akan bangkit dengan keupayaan untuk menulis sesuatu. Menulis segalanya dalam kepala. Menaip belum tentu lagi. Menaip ini kerja leceh. Bila aku baca tulisan sendiri, pasti ada yang tidak kena. Pasti ada yang ingin diubah. Apa yang ditaip sudah jauh lari dari imaginasi aku.
Dan ini mengecewakan. Ya, memang-lah imaginasi ini percuma tetapi aku perlukan sesuatu untuk menghimpun imaginasi ini dalam bentuk yang penuh bermakna. Sebagai contoh, ada sesetengah manusia mengabdikan memori mereka dalam sekeping gambar, sepotong video, sebaris puisi atau apa-apa.
Begitu juga aku, aku mahu bingkaikan memori ini dalam sesuatu yang memberi erti kepada aku. Memberi signifikan, ayat canggih sikit.
Dua tiga hari ini, aku ada juga ter/membaca beberapa cerpen. Ada yang sebut kispen, certot, cerkon atau apa-apa. Itu je-lah nak bagitau. Cheers?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan