"Setakat tulis dalam SeparaFiksyen buat apa," Chem kata merujuk kepada tulisan mengenai bicara hati aku terhadap seorang perempuan. Lebih tepat lagi, tulisan mengenai rakan sepejabatku.
Aku tercengang, tidak tahu untuk beri reaksi apa. Aku tidak pasti samada perlu berdiam diri atau pura-pura peduli dengan membalas kenyataan tersebut. Mungkin dia beranggapan bahawa setiap perhubungan harus berakhir dengan sebuah ikatan. Sebuah pandangan yang tergopoh-gapah. And pretty shallow, I must say.
"Kalau nak confess secara berdepan, boleh je sebenarnya," aku balas perlahan. Terasa malas untuk menerangkan lebih lanjut kepadanya.
Bagi aku, meluahkan perasaan terhadap seseorang adalah perkara mudah tetapi setelah berbuat demikian, aku pasti akan mempersoalkan semula tindakan itu dengan bertanya kepada diri sendiri, "What's next?"

"I think I'm falling in love with you," aku luahkan isi hatiku kepada Fatin, penuh jujur. Nada suaraku bergetar. Darah seperti menderu laju memenuhi segenap ruang tubuh. Dunia bagai berpusar laju di antara helaan nafas kami berdua.
Malam itu, masa seakan berlalu pantas. Aku sendiri tidak percaya apa yang keluar dari mulutku. Perasaan aku bercampur-baur dalam sebuah lakaran emosi yang mengelirukan.
But that was long ago.
Dari saat itu, segalanya perlahan-lahan mundur ke belakang. Lafaz cinta yang aku ungkapkan umpama hilang magis, dalam sekelip mata. Permainan ini bakal tamat, aku berbisik dalam hati.
Yes, love is a game. And with her, it all ended in such a meaningful way.
Fatin yang aku kenal adalah seorang yang sukar dijangka. Kami pernah tidak bertegur langsung selama hampir sebulan hanya kerana dia terasa hati dengan tindakanku yang tidak mahu meminta maaf.
Bila difikirkan semula, tatkala aku menyatakan lafaz cinta terhadap Fatin, aku semacam melepaskan beban yang tertangguh. Aku telah melepaskan limpahan emosi yang berlegar-legar mewarnai perhubungan yang muncul secara tiba-tiba, tanpa aku sedari.
Apa yang penting adalah aku telah meluahkan apa yang aku rasa. Dan selepas itu, seperti yang aku katakan tadi, aku seperti kehilangan arah dan hala tuju. Aku mula bertanya kepada diri sendiri, "What's next?"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan