08:43pm Friday 02 March 2012
Hari ini adalah ulangtahun kelahiran Ayah.
Setahun yang lalu, pada tarikh ini, aku berada di kolej. Aku sekadar menghantar pesanan teks mengucapkan selamat hari lahir dan semoga murah rezeki. Aku tidak menelefon kerana tidak mampu mengungkapkan sebarang kata-kata. Aku pasti akan menangis seperti anak kecil jika mencuba.

Hari ini, pada tarikh ini, Ayah berada di depan mataku. Aku masih tidak mampu menzahirkan ucapan ringkas selamat hari lahir kepada Ayah. Namun kasih sayang aku terhadap Ayah tidak pernah berkurangan walau sedikit pun. Aku dengan penuh rendah diri, berdoa supaya Tuhan memberkati hidup Ayah dan kami sekeluarga.
Jika Ayah sudah tiada, Ayah akan menjadi lelaki yang paling aku rindui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan