Aku pesan kepada diri sendiri supaya berhenti menulis nota halimunan. Kerana bila aku mula menulis segalanya dalam kepala, aku akan keberatan (dan malas) untuk menulis semula apa yang aku fikir/rasa dalam bentuk nyata. My thoughts will eventually disappear in some sort of endless void.
I mean, what's the point of rewriting them again? It's a complete bloody waste of time.
Disebabkan itu juga, ianya hampir mustahil untuk aku mengingati semua tulisan yang telah aku hasilkan. Sesetengah tulisan ditulis ketika aku patah hati. Ada yang ditulis ketika aku terapung kegembiraan. Malah ada yang ditulis sekadar suka-suka, tiada tujuan.
Walaupun mempunyai begitu banyak perkara yang boleh/mahu ditulis sepanjang tempoh dua hari pulang ke Seri Iskandar, aku tidak mampu menyatukan segala serpihan memori tersebut ke dalam hanya sebuah tulisan.
Maka serpihan yang berserakan itu, aku kutip dan tulis sesuatu mengenai setiap satunya.
Ini membuatkan aku terkenang perbualan yang berlaku dalam kereta sewaktu kami (aku, Ik, Apek, Pidot dan Yo) menuju ke Ipoh untuk makan mee kari. "Kalau kau dapat kerja cuci tandas tapi gaji level diploma, kau nak tak?" soal Apek kepada Ik. Soalan rawak yang muncul secara tiba-tiba tanpa diduga.
Aku sudah lupa apa jawapan balas Ik tetapi yang pasti, kami ketawa besar selepas itu.
Punbegitu secara perlahan-lahan, kebanyakan isi perbualan kami telah hilang ditelan memori. Yes, we sure talked a lot and joked around but I just can't remember everything.
Aku sudah lupa apa jawapan balas Ik tetapi yang pasti, kami ketawa besar selepas itu.
Punbegitu secara perlahan-lahan, kebanyakan isi perbualan kami telah hilang ditelan memori. Yes, we sure talked a lot and joked around but I just can't remember everything.
See, that's why I'm writing something right now, can't you tell?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan