Aku selalu menganggap diri ini sebagai seorang koya liberal dalam banyak hal. Sama ada dalam konteks beragama, atau kehidupan, atau hak asasi diri dll.
Seperti pagi tadi, kerana buntu mencari sejadah tak jumpa-jumpa, aku sembahyang Subuh beralaskan kain pelikat. Dan pernah sekali, tak ingat bila, sembahyang beralaskan kain cadar tilam yang aku selongkar daripada dalam almari.
Tetapi hal ini seolah tak dimengerti oleh sesetengah manusia. Mereka terikat dengan dogma, yakni sembahyang haruslah di atas sejadah. Pilihan selain daripada itu akan dipandang ganjil, malah tak keterlaluan, dianggap salah.
Aku adalah manusia yang tidak banyak kerenah. Tiada sejadah tidak bermakna dunia sudah hampir kiamat. Praktikaliti ternyata menyebelahi aku.
Pengakuan ini datang daripada aku yang pernah memasak megi, telur, sardin, dan malah, nasi goreng menggunakan periuk nasi eletrik. Atau menggunakan mesin basuh manual untuk mengeringkan baju tanpa perlu dijemur. Atau menyeterika (hodohnya perkataan ini) baju basah sampai kering sehingga tiada alasan untuk berkata, "Celaka, baju tak sempat kering!"
I tried to make the best out of everything. Especially the littlest things. Namun tidak ramai yang memahami; dilapik dengan alasan bahawa usaha ini nampak remeh, dan terkesan berbaur malas.
Tetapi ini tidak bererti aku menolak tradisi. Tidak, tidak, bukan begitu diri ini berfungsi. Jika nilai-nilai tradisi dilihat melindungi/membayangi praktikaliti, aku fikir, aku mampu untuk (cuba) sesuaikan diri dengan sesuatu yang baru.
Tidak membeli baju raya, misalnya. Kali terakhir adalah sekitar empat atau lima tahun lepas. Aku berhenti membeli kerana merasakan ia satu perkara yang tidak perlu. Adakah sambutan hari raya aku menjadi tidak bermakna tanpa berpaut pada kebendaan dan material? Sudah tentu tidak.

Kemudian aku tersedar, kitaran tidak membeli ini akhirnya mencipta satu tradisi baru. Hell, not buying is the new buying.
8:09PM Wednesday 04/12/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan