"I'm only 22. I sometimes wonder how the hell did my life turned out this way."
Keluhan ini datang daripada aku yang tidak lagi mencari aktiviti-aktiviti malam, tidak lagi berusaha untuk memulakan hubungan dengan mana-mana perempuan, tidak lagi keluar melepak melainkan jika diajak.
Miss F said it was partly my fault because clearly no one has been avoiding me. Ya, aku tahu itu. Tetapi yang lebih penting di sini ialah, mengapa pada usia muda begini aku semakin tidak berminat dengan kehidupan?
Sudah tentu, akan ada satu tahap dalam hidup, apabila kita akan luangkan sedikit masa untuk merenung/mengelamun tentang masa depan. Membayangkan bagaimana kehidupan selepas berkahwin, misalnya. Atau membayangkan bagaimana kehidupan dalam tempoh dua/tiga tahun mendatang, bersandarkan resos/data (gaji, status, taraf hidup dll) sedia ada.
Tetapi tidak lagi. Aku mula dapati hidup ini penuh dengan nilai-nilai negatif. Sehinggakan fantasi yang pernah aku bina satu ketika dahulu, kini tidak lagi melintas dalam fikiran. Maybe I just wouldn't dare go down that road ever again.
Aku juga sama seperti manusia lain; dibebani emosi berbelah bagi. Separuh diri ini masih beromantika dengan memori-memori silam. Separuh lagi berkeras mahu lupakan segalanya dan teruskan hidup seperti biasa.
Sejujurnya, kesunyian menyebabkan aku ingin berpatah balik. Memetik kata-kata Ted Mosby, "Everyone’s got some baggage; it’s part of life". Seolah-olah diri ini ingin mencari sisa-sisa kebahagiaan dalam memori silam.
Tiba-tiba wujud gesaan untuk menelefon suara-suara yang pernah menenangkan hati ini. Dan untuk kembali bersama dengan manusia-manusia yang buatkan aku terlupa erti kesunyian dan kesedihan.
But I know deep down, it doesn't work that way. No, not anymore.
12:11AM Wed 27/11/2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan