I don't write much about my family, siblings, friends, and cats anymore. Tak pasti mengapa, mungkin kerana aku terlalu larut dalam diri sendiri. Sehinggakan masa untuk merayakan setiap satu yang berlaku di sekeliling aku hampir tiada.
Aisyah kini mengajar di sebuah sekolah agama. Aiman pula berada di tahun akhir pengajian di Jitra. Sarah baru memulakan semester di Bangi. Ihsaan bakal menduduki UPSR tahun ini. Dan Haikal, kanak-kanak kegemaran aku, masih lagi dapat kalahkan aku setiap kali kami bermain apa-apa permainan peranti mudah alih atau konsol.
Aku masih lagi tidak jemu mencium pipi Haikal setiap kali aku hantar dia ke sekolah. He didn't like it though. Macam dia selalu cakap, "Mana boleh cium pipi dah. Adik dah darjah tiga." Well, I don't care. I'm giving you all my love.
Kucing-kucing di rumah sudah tidak banyak. Yang ada sekarang cuma tiga ekor. Topeng dan Momo, dan seekor anak kucing masih belum putus susu yang ditinggalkan oleh ibunya. Sudah seminggu Topeng selsema, masih belum sembuh. Momo pula selalunya akan dipaksa tidur di sebelah aku pada waktu malam. Aku akan berborak dengannya, mengusap bulunya, dan peluknya sehingga dia menjadi rimas. He didn't like it though. Well, I don't care. I'm giving you all my love.
Kawan-kawan aku kebanyakannya sudah bekerja. Jika ada pun yang masih menuntut, semuanya sudah berada di tahun akhir pengajian. It's good to have them back in my life. Masih lagi melepak setiap malam, keluar berhujung minggu, melakukan aktiviti-aktiviti tiga suku, dan bercuti bersama-sama.
Enam hari lagi, majlis kahwin kawan sekelas aku semasa di kolej. Kali terakhir kami jumpa, kalau tak silap, adalah tahun 2009. Aku berkira-kira untuk pergi memeriahkan, tetapi memandangkan aku sentiasa sibuk pada hujung minggu, maka aku semacam keberatan. Plus, I don't know my way around KL. Jadi sesat adalah salah satu aktiviti wajib setiap kali berkunjung ke sana.
Minggu lepas, Sepul telefon aku selepas dua tiga hari menyepikan diri. "Aku sekarang dekat kedai makan awek aku ni. Cari duit sikit. Aku internet takde, sini macam sial line telefon barai. Seminggu sekali baru aku balik. Apa-apa nanti aku contact."
"Dah tu kau tidur mana dekat sana?" aku tanya.
"Aku tidur dekat kedai la. Macam cilake, dah macam Bangla..." terus aku ketawa macam orang gila bila dengar jawapan balas Sepul.
8:18PM Sunday 02 August 2015

Tiada ulasan:
Catat Ulasan