Selasa, 4 Ogos 2015

Permulaan adalah permulaan kepada permulaan

Monday, March 26, 2012

“You’re talented,” kata beberapa orang manusia rapat kepadaku. “Terima kasih,” aku balas.

Aku menulis tentang pengalaman hidup, diselang-seli dengan beberapa percubaan liar bereksperimen menulis cerpen-cerpen separa-fiksyen dan sajak-sajak (yang entah apa-apa). I don’t know if this is ever be considered a real talent or what.

Sebelum menulis sesuatu, I have to read something. Other people’s blogs, short stories, excerpt from a novel, random quotes or anything. Aku perlu pastikan diri aku berupaya menyerap segala elemen luaran ini demi membolehkan aku melihat satu-satu perkara melalui pelbagai sudut pandang yang berbeza.

Jadi bolehlah dikatakan aku ini hanya sekadar mengutip cebis-cebis kelompok sosial manusia dan cuba untuk mengolah sesebuah tulisan menerusi pemerhatian sendiri. Atau konsep mudahnya, dari masyarakat kepada masyarakat. No, that sounds lame. Dan kedengaran seperti slogan kerajaan.

Anyway, berbalik kepada persoalan berbakat atau tidak itu tadi, aku semestinya menghargai perhatian yang ditaburkan. Ini bermakna, ada manusia di luar sana yang percaya dengan kemampuan aku (walaupun aku, secara peribadi, menyimpan skeptikal terhadap diri).

Pujian sebegitu sebenarnya menyebabkan narsis dalam diri aku meronta-ronta. Yes, I know, people’s expectation is a bitch.

Tiada ulasan: