Khamis, 13 Ogos 2015

Disjointed notes

Selepas selesai urusan kerja waktu tengah hari, dan aku dapati diri ini tidak mengantuk, atau Ihsaan dan Haikal pulang lewat daripada sekolah, atau tiada urusan lain untuk dilakukan pada waktu petang, aku akan singgah melepak di sebuah kedai menjual barang penghawa dingin milik seorang kawan.

Sesi lepak berborak (yang selalunya disertai dua tiga orang kawan yang lain) sambil menghisap rokok, minum Nescafe tin, selak surat khabar selayang pandang, belek barang perkakas yang dijual, atau kadang-kadang, masing-masing sekadar diam tanpa peduli untuk bersuara dek kerana bosan.

You know, just like an old married couple. Except we're not old. And we're not married. And we're not gay.

Ramai orang tak tahu, aku bukan jenis manusia yang riuh. Kalau kamu campak aku di tengah-tengah keramaian, kebarangkalian untuk aku memencilkan diri adalah terlalu tinggi. Dengan manusia-manusia asing, aku kurang bercakap dan lebih banyak memerhati. I don't possess certain degree of intuitive understanding of other people to be able to jump straight into conversation.

Once you get to know me, you'll probably get annoyed right away, of that I'm sure. 

Tiada ulasan: