Khamis, 20 Ogos 2015

Romantika Khamis

Terjaga pukul enam pagi. No, no it's still too early, I said to myself. Jadi aku hidupkan penggera untuk kembali berbunyi pada pukul enam empat puluh lima pagi.

I went to bed early last night. Tertidur di atas katil Aisyah, sebelum akhirnya dihalau masuk ke bilik aku sendiri. It was around 1AM.

Haikal didn't go to school this morning. Tiba-tiba semput dan bergelut untuk bernafas dengan sempurna. Nampak macam tak serius. Tak tahu sama ada ia cuma lakonan sebab malas untuk ke sekolah atau apa. Waktu aku kecil, aku selalu berharap aku mudah jatuh sakit. Untuk mengelak daripada pergi ke sekolah.

Tetapi Tuhan beri aku kesihatan yang baik. Aku kira, aku cuma jatuh sakit cuma setahun sekali. Demam, batuk, selsema yang tak mahu kebah selama seminggu, then I'm all good to go for the whole year.

Semua orang tak suka bila aku jatuh sakit. Because I can be huge pain in the ass. Tak semena-mena jadi clingy, jadi mengada-ngada, jadi manusia yang perlukan perhatian sepanjang masa.

I should get back to work right now. But it can wait. Kerana sekarang - waktu menaip ini - menggunakan waktu rehat yang aku sendiri sesuka hati cipta, aku sedang lari sebentar daripada kegilaan dunia.

Weekdays can be pretty slow for me. Setiap hari macam hari Isnin. Selasa adalah Isnin(2). Rabu adalah Isnin(3). Khamis adalah Isnin(4). Mungkin hanya Jumaat terkecuali, yang aku panggil sebagai pra-hujung minggu.

Three hours left, kemudian aku bakal pulang ke rumah. Tanggalkan baju seluar, mandi bersihkan diri, kemudian jemput Ihsaan pulang dari sekolah. Dan jika Ihsaan pulang lewat, aku akan singgah melepak dahulu di sebuah kedai milik seorang kawan.

Kerja habis pukul dua petang. But Life doesn't just stop there for me. Kehidupan berlaku sepanjang hari. Kadang-kadang kalau aku rajin aku akan hantar Aisyah pergi mengajar di sekolah pada pukul dua setengah petang. Dan jemput dia pulang kira-kira pukul enam petang. Atau enam setengah petang, kalau aku terlupa.

Untuk sebulan ini, pengurusan masa aku begitu teruk nampak gayanya. Orang ajak keluar makan malam pukul sembilan malam, aku datang pukul sembilan setengah jam. Pihak bank telefon suruh ambil dokumen, sudah dua minggu aku tangguh. Dan sekian-sekian bil yang entah sudah berapa lama tertunggak.

Hari ini dua puluh Ogos, dan aku baru teringat hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Ihsaan yang ke-dua belas. Awal-awal lagi dia sudah pesan, dia nak makan nasi Arab malam ini. Hairan juga bila dia tak minta kek atau apa-apa pastri.

Ihsaan rapat dengan Aiman. Apa-apa dia mahu, buku, barang mainan, atau, makanan lewat malam, dia akan minta daripada Aiman instead of minta daripada aku. Haikal, on the other hand, lebih rapat dengan aku.

Setiap kali dia kena marah dengan aku. Dia akan mengadu kepada Aisyah. Minggu lepas, sepuluh minit aku melilau keliling kawasan sekolah mencari dia. Rupa-rupanya dia pergi ke kedai untuk beli gula-gula getah.

"Adik pergi kejap je. Bukannya lama pun. Itupun nak marah," dia beritahu Aisyah.

Hal-hal kecil sebegini sering buat aku ketawa. Please don't grow up too soon, aku doa pada Tuhan. I love you guys more than anything in this whole world.

Maybe I don't spend much time with my family. Mungkin tak banyak aktiviti kami bersama sekeluarga. Last time they went to Melaka. Mereka rasa tak seronok kerana terpaksa tinggalkan aku. Aku cakap, go ahead, have fun without me. I don't mind, as long as you guys are happy.

Kerana Kegembiraan ini, aku boleh cari sendiri. And I am more than capable of finding my own Happiness.

Tiada ulasan: