Rabu, 26 Ogos 2015

5:59PM

Kegembiraan adalah pulang ke rumah dari kerja, dan lihat Ayah duduk senang membaca buku di meja makan, atau menatal skrin telefon sambil melayari internet, atau bermain dan berborak dengan kucing-kucing di rumah, atau memberi ayam makan di tepi rumah.

Pernah sekali, aku terajang ayam kepunyaan Ayah sebab berak merata-rata. Sebelum tersedar beberapa ketika kemudian, penuh rasa bersalah dan terus menyumpah diri sendiri, "Good God, what have I done? Bangangnya buli binatang yang tak tahu apa-apa."

Di rumah ini, tiada siapa tonton tivi. Kecuali Ihsaan dan Haikal dengan rancangan kartun mereka. Aku cuma pasang tivi, yang boleh diibaratkan sebagai sebuah relik, bila kawan-kawan datang ke rumah, untuk bantu hidupkan suasana. Seingat aku, tak pernah kami sekeluarga duduk berteleku di hadapan tivi menonton apa-apa rancangan bersama.

Mungkin ia satu alegori, atau cerminan, terhadap keluarga ini yang jarang ada apa-apa aktiviti bersama. Satu unit keluarga yang berfungsi dengan sempurna, tetapi setiap seorang ada hidup masing-masing yang jarang bersilang antara satu sama lain.

Mungkin ini secara tak langsung mempengaruhi cara pergaulan dan tatacara kehidupan sosial aku. Kadang-kadang aku dapati diri ini melakukan a month's worth of fun into just one week. Kemudian aku akan jadi letih dengan manusia, suasana dan segala-galanya. Dan aku akan perlahan-lahan memencilkan diri untuk seketika.

I've had enough of everything, I told myself. And now I need my own time and space. Untuk bergelumang dalam kekosongan. Untuk bergomol dalam kesunyian. Untuk buat hal-hal sendiri tanpa ada sesiapa peduli.

Orang hairan kenapa aku habiskan lebih banyak masa dengan kawan-kawan berbanding keluarga di luar rumah. Mereka fikir tidak selalu keluar makan malam bersama, tidak selalu tonton filem bersama, tidak selalu bersiar-siar di pusat beli-belah bersama, tidak selalu pergi bercuti bersama, adalah tanda-tanda aku tidak pentingkan keluarga.

Well... fuck you. All of you.

People don't know half the things I did for my family. Apa sahaja, minta apa sahaja daripada aku. Wang, tenaga, masa, dan segala-galanya. Seboleh mungkin, aku akan cuba tunaikan. Beban tanggungjawab yang sedikit sebanyak buatkan aku rasa macam jadi bapa pada usia yang muda. Walaupun aku belum kahwin. Dan belum ada anak.

Sepertimana aku kata tadi, kegembiraan adalah dapat lihat Ayah duduk berehat dan tidak lagi kucar kacir menguruskan hal-hal kami adik-beradik.

Tiada ulasan: