Ahad, 15 April 2012

Meet me halfway

"Hauntingly beautiful," aku kata tatkala kami sedang berbaring di atas hamparan rumput hijau sambil mendengar lagu Punch Drunk oleh Incubus. Sebuah lagu berdurasi lima minit yang mengheret jiwa aku untuk turut sama tertimbus dalam alunan senikata yang indah. Membuatkan aku selesa dibuai irama yang melatari suasana sunyi petang itu.

"Aku dah dengar lagu ni banyak kali. Tapi baru sekarang dapat rasa something," aku kata lagi. Dia hanya tersenyum dengan mata tidak memandang apa-apa, terpejam rapat.

"Aftertaste," dia balas ringkas sebelum menyambung. "The song will linger in your head, trying to seduce your mind. That's the beauty of it."

"So, how was your so-called hiatus?" giliran dia pula untuk bertanya. Hala tuju perbualan pantas bertukar arah.

"Nothing much. Tak sampai sebulan pun aku stop," aku sambut. Lebih kurang tiga minggu tanpa sebarang tulisan baru tentang kehidupan aku, menyaksikan masa seakan berdetik begitu perlahan. Terasa canggung sama sekali untuk membiarkan hari-hari aku berlalu tanpa menulis apa-apa.

"Sebulan ke, dua bulan ke, dah tak penting. Yet you're here, writing something," dia menggeliat ringan namun kekal tidak berganjak dari posisi asal. Sudah hampir sepuluh minit kami berbaring di sini. Kadang-kadang angin menghembus laju. Kadang-kadang perlahan melewati.

"Well, I'm glad to be back doing what I do best," aku hela keluar nafas kelegaan. Menoleh ke kiri, aku segera mencapai buku Norwegian Wood yang aku bawa bersama-sama untuk memanjangkan pembacaan yang sekian lama tertangguh.

"Yang ni pun sama," aku merujuk pada buku yang sengaja diselak pada muka surat 10, "Beautifully written."

Dia angguk.

"Aku dah banyak kali ulang baca bab satu. Paling indah dari mana-mana bab setakat ini. Murakami pandai tarik pembaca masuk ke dalam karakter penceritaan, sehinggakan kau sendiri boleh rasa setiap perkara yang berlaku. Ayat terakhirnya sampai sekarang menghantui aku, 'Because Naoko never loved me'."

Dia angguk. Lagi.

"It's good to see you getting better," dia bingkas bangun, duduk bersila bertentangan. "Cuma satu je. Kau masih cipta perbualan imaginasi dengan aku. Although, you know, I'm not... real?"

"It's not like I can't get rid of you but the thing is, I don't really want to. How many times do I have to tell you? I need you, that's why you're not going anywhere. You'll be here forever."

"Forever?" dahinya berkerut menanti jawapan dari aku.

"No, not literally forever," aku ketawa diikuti oleh dia selang beberapa ketika. Sudah tentu dia tidak akan wujud selama-lamanya. Aku tiada, dia tiada. Kewujudannya bergantung penuh kepada aku.

"Just to be clear, we're not lying on the grass right now. Aren't we?" dia soal. Seperti biasa, soalan keberadaan yang muncul secara tiba-tiba. 

"Yes, but I prefer to live in denial," aku balas seraya tersenyum. Dia kembali berbaring semula di sebelah aku.

Tiada ulasan: