Terlelap waktu tengah hari selepas menjemput Ihsaan pulang dari sekolah, dan selepas menyelak dua puluh muka surat buku Please Look After Mother.
Mimpi apa, aku sudah lupa, tetapi sejurus terjaga, kepala aku dipenuhi perbualan-perbualan yang tidak pernah wujud, dengan seseorang yang pernah aku cintai.
I jotted down some words quickly, in my phone. Terkial-kial menaip, mamai. Aku tak mahu mimpi ini pudar sehingga aku tidak mampu mengingatinya kembali. Mengingatkan aku kepada Coleridge yang diganggu oleh kedatangan seorang tetamu, yakni Lelaki dari Porlock, sewaktu sedang menulis sebuah puisi, menyebabkan puisi itu tergantung, tidak pernah siap.
Dia cuba untuk menyambung semula, namun tidak berjaya.
Dia cuba untuk menyambung semula, namun tidak berjaya.
Moga-moga aku mampu untuk menterjemah mimpi ini menjadi sebuah realiti, kerana tanpa berbuat demikian, mimpi ini umpama tergantung, tidak pernah siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan