Bak kata Charlie Chaplin dalam babak The Great Dictator, "We think too much and feel too little."
Frasa ini ini kerap menghantui aku. Membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan 'terlalu banyak berfikir'. Tanpa berfikir, bagaimana mungkin untuk merasa apa-apa, getus hati aku.
Now I think I know the answer. I used to tell myself that I'm tired of taking excessive control of my life. Tetapi aku sendiri tahu yang itu cuma penipuan semata-mata.
Aku telah biarkan diri mengambil terlalu banyak langkah ke hadapan. Kerana terlalu takut dengan ketidakpastian. Terlalu takut dengan kebarangkalian.
Jadi satu cara untuk menghindarkan kegusaran ini adalah dengan memastikan aku merancang setiap tindak-tanduk dalam hidup ini untuk menghadapi masa depan.
Expect failure and act accordingly.
But that's not how the world works. Pasti ada perkara-perkara yang akan tergelincir dari jangkaan aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan