Ahad, 25 November 2012

You know why I hate meeting (new) people?

"Kau tak boleh wujudkan karakter dan personaliti seseorang tanpa bertemu terlebih dahulu. Semantically, that's just bloody absurd. Kerana bayangan yang kau bina terhadap seseorang itu selalunya berpandukan anxiety atau curiosity semata-mata."

I asked him, "Why not? By doing so, I could anticipate every single conversation and situation. In other word, I'm taking control of every possible outcome."

"Secara harfiah, mungkin itu jalan paling mudah untuk memahami bagaimana setiap perkara dalam dunia ini berfungsi, dengan bantuan imaginasi dan logik akal dan nilai-nilai empirikal. Tetapi kau tetap akan terperangkap dalam kitaran yang tak sudah-sudah. Kau terpedaya dengan kebimbangan yang tidak berasas."

"Jadi aku kena terima hakikat bahawa imej-imej, persepsi, perbualan dan situasi yang aku cipta itu hanyalah untuk mengatasi rasa kurang selesa berhadapan dengan manusia lain?"

"Yes, and you have to admit that some things in life are just out of your control. Tanya diri kau soalan wujudiah ini, adakah kebenaran yang kau genggam ketika ini, ialah kebenaran dalam erti kata sebenar? Jika kau anggap kebenaran yang kau cuba selit dan tampal di setiap permainan imaginasi sudah mencukupi, datang pula persoalan lain. Adakah ia sesuai untuk diaplikasikan ke dalam situasi realiti sebenar? Atau kau sebenarnya masih dibuai-buai imaginasi berat sebelah? Trust me, you're not fooling anyone but yourself. The images created in your head will soon fall apart when you meet them face to face."

1 ulasan:

iKhRam berkata...

analoginya seperti ini..

anda naik sebuah bot menuju ke sebuah pulau..

sepanjang perjalanan anda terlihat air laut.. tp adakah anda tahu air laut itu masin jika tidak merasa sendiri air laut itu.

sedangkan sebelum merasa anggapan kita bermacam-macam.. dan saya percaya tiada andaian yang sebetulnya selepas kita merasa sendiri air laut itu.


begitu jugaklah dgn kehidupan kita..

'tak kenal maka tak cinta.'

ikhlas,
ikhram