Menerima berita kematian Tok di Mekah sebentar tadi, membuatkan aku sedikit tersentak. Setelah hampir beberapa hari Pak Cik - yang menemani Tok mengerjakan ibadah haji - mengirim khabar mengenai kesihatan Tok di sana, aku tidak menyangka bahawa kematian adalah pengakhirannya.
Kerana aku sepatutnya menyambut kepulangan mereka ke tanah air hujung bulan ini. Aku berharap agar dapat berkumpul beramai-ramai di Sungai Petani bersama saudara-mara sambil dapat mendengar mereka bercerita tentang pengalaman ketika berada di sana.
Namun Tuhan tidak mengizinkan situasi itu terjadi.
I'd be lying if I said I wasn't upset. Semoga Tok baik-baik sahaja di alam sana. Al-fatihah.
1 ulasan:
Takziah.
Catat Ulasan