Khamis, 7 November 2013

Menjamu nafsu

Terlena sewaktu membaca The Satanic Verses, sebelum terjaga pada pukul 5.30 petang. Atau pukul 6 petang; aku tidak pasti.

A difficult read, I must say. Struktur ayat, kosa kata, dan penyusunan dialog yang agak kompleks (atau aku yang bebal untuk memahami?) membuatkan aku terpaksa membaca dengan maha perlahan dan berhati-hati. Ia tidak semudah membaca Haruki Murakami atau John Green, yang terkesan lebih mudah untuk dihadam.

Jadi aku duduk termangu seketika. Perut lapar, dengan tiada apa-apa makanan di dapur melainkan kebab hasil saki-baki daripada makan malam semalam (atau kelmarin?).

"It's still too early for dinner," aku bisik dalam hati sewaktu melihat jam di telefon bimbit. Tetapi perlukah aku menuruti norma sosial yang menetapkan makan malam haruslah selepas matahari terbenam di ufuk barat?

Well, my stomach begs to differ.

Maka awal senja itu, Tuhan rahmati aku dan sup cendawan dan telur dadar dan sotong goreng tepung dan teh ais.

11:13 PM 16/06/2013

Tiada ulasan: